Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 13, 2015

Faktor inilah kot yang Daim kata Najib dapat sokongan palsu

Dr Mahathir dakwa pemimpin UMNO hari ini setia hanya kerana kontrak
Astro Awani |Kemas kini:April 12, 2015
(Diterbitkan pada: April 12, 2015 18:43 MYT)

Dr Mahathir dakwa pemimpin UMNO hari ini setia hanya kerana kontrak
Dr Mahathir dakwa pemimpin UMNO hari ini setia hanya kerana kontrak
KUALA LUMPUR: Bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO menyatakan kesetiaan mereka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak hanya kerana mendapat kontrak.

"UMNO sekarang hanya kerana duit.Ketua-ketua UMNO setia sebab mereka dapat sesuatu, kontrak. Yang dapat-dapat jawatan tu semua dapat duit.

"Tapi bila anda buat macam tu, anda bagi ketua, yang lain semua?" kata Dr Mahathir menerusi video yang disiarkan di blog dinturtle.blogspot.com.

Dr Mahathir dilaporkan mengadakan pertemuan bersama penulis blog anjuran Bloghouse di ibu negara semalam.

Dalam video itu juga Dr Mahathir mendakwa UMNO hari ini sudah berpecah dan berbeza jika dibandingkan ketika beliau mengetuai parti terbesar orang Melayu itu.

"UMNO dah pecah dah. UMNO yang saya ketuai dahulu sangat kuat, kalau anda tengok dalam perhimpunan pun, semangat cukup," katanya.

Dr Mahathir juga mendakwa beliau merasakan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyebabkan UMNO tewas dalam pilihan raya akan datang.

"Saya rasa dia akan menyebabkan UMNO akan kalah dalam pilihanraya akan datang, percayalah pada saya," ujar beliau.

Beliau juga mendakwa, ramai yang datang menemuinya mengadu mengenai pentadbiran Najib dan menyatakan rasa tidak puashati mereka.

"Dasar Ekonomi Baru (DEB), perasan kecewa orang Melayu. Mereka datang cakap dengan saya, apalah macam ni. Maksud saya orang biasa

"Biasiswa tak boleh dapat, dulu boleh mudah dapat," katanya.

Beliau juga mempertahankan haknya untuk mengkritik Najib, dengan mengatakan bahawa apabila ia datang kepada isu-isu negara dan Melayu, beliau mempunyai hak untuk bercakap mengenai mereka kerana dia menganggap dirinya Melayu, walaupun ini telah dipertikaikan.

"Kira-kira negara dan orang Melayu, saya di sini, saya seorang Melayu. Walaupun sesetengah orang mengatakan saya tidak. Sisi undang-undang saya Melayu. Saya telah berjuang untuk ini.

"Ia adalah hak rakyat untuk menolak apa yang saya katakan, tetapi ia adalah hak saya untuk mengkritik." jelas beliau.

Mutakhir ini, Dr Mahathir sering memberi kritikan keras terhadap pentadbiran Najib dan menggesa perdana menteri meletak jawatan.

3 comments:

  1. Najib adalah pemimpin haprak bermentorkan Mahathir juga, kedua-duanya adalah haprak dlm kelas masing2. Sama shj mereka ini dlm menjahanamkan ekonomi negara, jenis perembat duit untuk kepentingan sendiri, rasuah dan macam2 lagi. Mengenai sokongan kuat orang melayu kpd UMNO dulu adalah kerana peranan yg berjaya dimainkan oleh Kuli dan DSAI yg memikat hati orang melayu. Sebaik shj Kuli dan DSAI dipinggirkan oleh Mahathir kerana sifat tamak dan dengkinya sendiri itu, maka berlakulah perpecahan yg serius pd UMNO dan perpecahan ini belum lagi berlaku di tangan Najib. Baik Mahathir mahupun Najib, mereka adalah makhluk perosak keharmonian negara. ABU!

    ReplyDelete
  2. Kalau mcm tu baik ko je jd pm. Tgk haprak ke tk..

    ReplyDelete
  3. Zaman Mahathir berkuasa dulu, Ibrahim Libya serta rakan-rakannya dibunuh oleh polis (diulangi: oleh polis) itu atas arahan siapa? Manakala Najib ketika berada dihirarki kedua tinggal satu anak tangga lagi untuk ke puncak, Altantuya dibunuh dan diledakkan juga oleh polis (diulangi: oleh polis), atas arahan siapa? Faktor ini shj pun sudah cukup untuk mengatakan kedua-duanya adalah haprak dlm kelas masing2. Terdapat banyak lagi faktor jika hendak dihuraikan, itupun jika minda anon 6:24am jenis terbuka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa