'Tidak Hadi, kempen kotor ada'
mk - 11:50AM - 20 Apr 2015
Jawatankuasa Pemilihan PAS menegaskan pemilihan parti itu kali ini dicemari kempen kotor, walaupun presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan perkara itu itu.
Malah, kata pengerusi jawatankuasa itu Asmuni Awi keadaan sekarang lebih kotor berbanding dua tahun lalu.Malah, katanya, beliau sendiri turut menerima aduan dan risalah yang memburukkan pemimpin tertentu.
"(Pemilihan) yang lalu tak nampak pun (kempen kotor), tapi kali ini hebat sangat. Tak tahu kenapa berlaku.
"Mungkin presiden tak tahu sebab dia tak ada maklumat.
"Tetapi orang mengadu pada saya dan risalah (memburukkan pimpinan) pun saya dapat sendiri ," katanya kepada Malaysiakiniselepas sidang medianya di ibu pejabat PAS hari ini.
Hadi sebelum ini menyangkal dakwaan pemilihan parti dicemari kempen kotor dengan mengatakan sesiapa yang buat "kotor" tidak akan dipilih.
Dalam sidang media itu juga, Asmuni menjelaskan beliau turut menerima risalah yang dipos terus ke rumahnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, perkara itu juga telah dibawa ke Lembaga Disiplin untuk tindakan selanjutnya.
"Saya terima pelbagai risalah sama ada secara pos atau pelbagai cara yang lain. Peti surat rumah saya (ada risalah), tak tahu siapa hantar.
Adu Lembaga Displin
"Kami ambil maklum dan panjangkan pada Lembaga Disiplin dan harap akan ambil tindakan supaya sama-sama mencegah perkara seperti ini. Ia lebih kepada serangan peribadi," katanya lagi.
Bagaimanapun, apa yang menjadi kebimbangan apabila dikhuatiri serangan yang bersifat peribadi di media sosial dan risalah itu dibuat oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan terhadap PAS.
Malah, yang lebih membimbangkan, katanya, apabila kempen memburukkan pimpinan itu berlanjutan selepas muktamar."Tak pasti siapa punya kerja. Adakah dibuat oleh ahli PAS atau pihak yang nak menangguk di air keruh.
"Saya bimbang lepas muktamar ini akan ada pelbagai info yang diberi kepada Pusat, cawangan dan Dewan. Ini akan beri kesan tak baik pada parti.
"Imej parti akan terjejas. Ini parti Islam jadi etika Islam itu kena ada," katanya lagi.
Sementara itu, Asmuni berkata jawatankuasa pemilihannya telah menerima sebanyak lima laporan berhubung kesilapan teknikal berkaitan perjalanan pemilihan di peringkat kawasan.
"Setakat ini pihak jawatankuasa secara rasmi dah terima dua laporan dan tiga laporan lagi Insya-Allah akan disampaikan kepada kami," katanya.
Asmuni turut mengingatkan, semua kertas pencalonan perlu dihantar selewatnya pada 30 April depan jam 11.59 malam.
Bukan Hj hadi takda maklumat tetapi dia jenis dia tak suka ambil tahu.Bhasa terengganu.PEDULI MU .MU SAPE?.KANG AKU NI PRESIDENG.PANDAI AKAU LAH.
ReplyDeletePresiden PAS si Hadi ini sudah ikut gaya Najib pulak bila nak nafi bebende bahalol yang wujud dalam pengurusan nya.
ReplyDeleteMacam mana nak maju
Bila orang ada Otak Bahalol macam mana nak jadi umat manusia yang ber nilai dan di hargai
Bulan lepas sibuk pasal Hudud pun tak ke mana jugak , tahun lepas sibuk pasal UG di Selangor pun tak ke msna jugak
Patut nya bila se se orang itu kenal pasti sifat bahalol nya terus pencen tapi si Hadi ini ikut gaya si Najib macam Keldai.
Bahalol saja
Maggi Goreng Mamak lagi ada nilai dari sosok sosok bahalol dua ini
Bodoh lah orang orang Melayu
Admin,
ReplyDeleteApa citer pemilihan kat Kuala Krai? Jebon Pasma merasuah perwakilan dan diadakan mesyuarat haram.
BAGUSLAH ADMIN MENYEDIAKAN RUANG UTK SAMA-SAMA MENGUTUK DAN MENCACI..SAMA-SAMA BERKONGSI SAHAM...
ReplyDeletecer tgk muka asmuwi tu elok2...perati dgn mata hati...ada gaya org yg amanah tak? cer tanya mata hati...klu asmuwi ajak jadi rakan kongsi boleh percaya ke?
ReplyDeleteItu salah dan wajib dilaporkan kepada JK Pemilihan.
DeleteIni tidak bermakna puak ulamak boleh buat sesukahati. Ingat hangpa tu guna nama Allah bukan nana samy vellu ke mugabe ke dalam kempen pemilihan ini.
Doh mung org kanan TGHH mung laa kena lapor bukan buat kenyataan akhbar. kalu nok jadi peguam bela laa anok guam bukan bela pesalah. bodo punye peguam
ReplyDeleteApa yg dikatakan oleh Asmuni tu merujuk kepada PAS kawasan Kuala Krai dekat dgn admin.
ReplyDeleteRancangan jahat jebon pasma Kuala Krai untuk rampas kuasa Dewan Pemuda PAS Kuala Krai gagal dan tidak berjaya apabila berlakunya Mesyuarat Haram oleh jebon pasma.
ANON 8:40 AM
ReplyDeleteDah tengok dah muka Asmuni....lebih kurang muka Hj Hadi jer...kalu mung kata dia tidak boleh dipercayai, maknanya Hj Hadi pun sama, tidak boleh dipercayai, penipu, pembelit, perengus, suka panggil orang BARUA!
Tolong ajar kita orang macam mana nak menilai tingkah laku dan menyelami perangai sesaorang hanya dengan melihat pada wajah. Ilmu makrifat apa tu YEOP? . Setahu aku hanya Allah saja yang tahu rahsia manusia. Kita ni hanya mampu menilai dari perbuatan saja. Contohnya, jika terbitkan risalah memfitnah serta memburuk-burukan seseorang , itu jelaslah berperangai syaitan biar pun orangnya hensem macam gajah...Jika gelar orang BARUA, diri sendiri yang macam BARUA!
Tiada apa pada barua....barua bermaksud orang tengah yg melakukan sesuatu tanpa pengetahuan org pertama.....sama mcm brooker tiada apa yg kasar pada barua, mmg sesuai digunakan perkataan barua kepada sipelaku.
ReplyDeleteMarah nampak ! mmg sah macai 8.40 barua ! Hanya barua yg marah apabila dikatakan barua ............. adapun yg bukan barua tak akan marah sbb dia mmg bukan barua
ReplyDeleteSendiri bikin surat layang ,sendiri pos kemudian kecoh. Akai ada ka...
ReplyDeletepresiden tak tahu kerana tak ada orang bagitau...
ReplyDeletehabis tu hang dah tau awat hang bagitau ada lepaih presiden bagitau tak ada?
ni macam ada unsur-unsur sabotaj presiden jek?
ke guane asmuni?