Pada aku persoalannya siapa yang sepatutnya jawab soalan ni?
Zaid: Najib cuma jawab 'tak kenal Altantuya'
mk - 3:58PM - 13 Apr 2015
Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata penjelasan Datuk Seri Najib Razak tidak memadai kerana perdana menteri itu hanya menyebut tidak mengenali mendiang Altantuya Shaariibuu.
Zaid berkata, persoalan sebenar adalah sebab bekas komando polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri membunuh wanita tersebut.
“Saya ulang: Kita mahu tahu mengapa pengawal Najib bunuh Altantuya. Takkanlah jawapannya 'Saya tidak kenal (Altantuya),” kata Zaid di Twitter.
Dalam siri tulisannya di laman itu, Zaid turut mempersoalkan mengapa syarikat pelaburan negara hanya diasaskan dengan modal kecil.
Menurutnya, persoalan seperti itu perlu diperjelaskan.
“Mengapa 1MDB, sebuah syarikat milik negara hanya memerlukan RM1 juta untuk permulaan? Perniagaan apa yang boleh dijalankan oleh negara dengan wang sebanyak itu?
“Tidak bolehlah jawab 'oh jangan bimbang tentang hutang itu, beri kami masa, kami akan bayar',” katanya lagi.
Beliau turut menyelar kenyataan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata, Najib tidah harus menjawab tuduhan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tegasnya, Najib perlu menjawab isu berkenaan kerana ia penting bagi orang ramai.
“Jambatan bengok itu penting bagi Mahathir, tapi bukan atas sebab peribadi. Jangan gunakan itu untuk memperkecilkan Mahathir atau menggambarkan beliau berdendam. Jawablah.
“Bukan Mahathir yang perlu anda jawab; tapi orang ramai yang mahu tahu. Mahathir hanya bercakap mengenai isu yang kita anggap penting,” katanya.
Zaid turut menyeru Hishammuddin menjawab dakwaan yang dibangkitkan Najib.
Sudah budak Penipu apa lagi yang boleh di harap pon
ReplyDeleteSemua nya rasuah dan KOSONG
Kalau MONYET boleh rasuah pun boleh jadi PM
Melayu Islam yang gila kan rasuah pulak tu.
Bala daei ALLAH SWT tunggu masa saja
Ulamak Syok Sendiri merata rata tutup mata le segala dosa dosa.