Bekas menteri: Biar Dr M, Anwar guling Najib
mk - 4:00PM - 17 Apr 2015
Bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad berbaik semula dan bekerjasama dengan para seterunya bagi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zaid mencadangkan demikian dalam tulisannya berhubung pertemuan di antara Mahathir dan orang kepercayaan Anwar, Azmin Ali yang didakwa berlangsung bulan lalu.
“Adakah ini pemulaan bagi satu pertemuan paling penting di antara Dr Mahathir dan Anwar?
“Semua orang menunggu ia berlaku – apatah lagi, kedua-dua personaliti itu membentuk politik Malaysia sejak 30 tahun lalu.
“Mungkin merekalah gandingan yang dapat menyatukan negara ini dan membawanya keluar dari kekusutan sekarang,” katanya.
Tambahnya, kemunculan Mahathir di majlis pengebumian allahyarham bapa Anwar awal bulan ini juga menunjukkan bahawa hubungan kedua-duanya semakin baik.
Trio Anwar, Mahathir, Ku Li
Dalam tulisan di blog zaid.my itu, beliau seterusnya berkata, usaha kedua-dua tokoh itu “untuk menyelamatkan Malaysia” dapat diperkuatkan lagi jika disertai oleh seorang lagi veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
“Pemerintahan mereka bertiga akan memastikan kerajaan Najib dalam dilupuskan dengan pantas,” katanya lagi.
Katanya, gandingan Mahathir dan Anwar yang dibentuk pada pada 1989 itu kini dapat dijayakan.“Kini mereka berpeluang menjayakannya, mungkin dengan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri sementara untuk tiga tahun, sementara menunggu pilihan raya umum akan datang.
“Kemudian, Anwar boleh mengambil alih dengan rancangannya untuk negara ini,” katanya lagi yang turut mempromosi agar orang ramai menyertai perhimpunan besar 1 Mei bagi “menunjukkan jalan keluar bagi Najib”.
Beliau yakin, gabungan blok pembangkang dan BN akan dapat menggulingkan Najib.
Bagi mencapai tujuan itu, Mahathir dan Anwar bagaimanapun perlu mengubah sikap ke atas satu sama lain, katanya.
Mahathir perlu memadamkan rasa benci pada Anwar, dan begitu juga sebaliknya, kata peguam itu lagi.
Mahathir dgn nuar??
ReplyDeleteKakaka.. Zaid..
Dlm mimpi ler
Apa pun boleh jadi pada waktu negara nak bankrap akibat se orang 1 Mat Dah Bahalol aka Mat Mongol giler kan LUBOK BACIN
ReplyDeleteBurok Baik semua nya akan di puji di sumpah pada se orang saja - Maha Firaoun
Di zaman moden ini Mahathir saja dapat menjinak kan Keldai Unta dan Kuda jantan
Kuda Jantan dalam kandang pon boleh di jinak kan , apa tah lagi Keldai Liar dan Unta Pantai.
Bahalol saja jika perubahan tidak ber laku dan yang paling rugi hanya lah orang orang kampong yang hidup mati ber gantung pada rasuah BR1M tuk bayar GST
Lagi Bahalol saja
Ku Li perlu rehat di istana nya saja. Cukup lah.
SORRY LA ZAID IBRAHIM. AKU BELUM GILA DAN TAKKAN SANGGUP UNTUK BERKETUAKAN SEORANG BANDUAN JENAYAH LIWAT . DAN AKU JUGA TAK SANGGUP UNTUK BERKETUAKAN SEORG DINASOUR POLITIK YG DAH SAMPAI KE HARI2 HUJUNG HIDUPNYA. KAU SANGGUP , KAU BUAT SENDIRI IDEA GILA LAGI BANGANG INI. BERPULUH JUTA RAKYAT MALAYSIA BERSAMA AKU.KAMI MASIH WARAS & ADA MARUAH.BURUK2 NAJIB ,DIA TAK MELIWAT JUBO ANAK ORG , DIA X BUAT PERWAJA & MISC BANGKRAP PAPA KEDANA. ITU YG PENTAKSUB ANWAR , MAHATHIR LUPA & BUAT2 LUPA.
ReplyDeletesuciiiiinya najib pada pandangan kau. lebih 50% rakyat m'sia tak berfikir demikian! hello dah lupa altantuya?
Delete