THURSDAY, 23 APRIL 2015
Anggota Parlimen Pulai dan Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan anak kepada bekas Menteri Penerangan Datuk Mohamed Rahmat tidak boleh berselindong di sebalik sehelai lalang bila menapikan bahawa tulisannya bermaksud mahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib meletak jawatan.
Tidakah syor beliau supaya Najib membubarkan Parlimen dan mendapatkan mandat baru dari rakyat dengan mengadakan Pilihanraya Kilat bagi mencuci persepsi negatif terhadapnya dan keluarganya memberi arti bahwa Najib mesti letak jawatan.?
Bagaimanakah pilihanraya itu boleh diadakan jika Najib tidak meletak jawatan?
Dalam tulisannya yang berterus terang di Malaysian Insider, Nur Jazlan telah menunjukan beberapa kelemahan Najib dan mahukan Najib menjawab segera kritikan dan tuduhan terhadapnnya dan beliau juga berpandangan jawapan Najib menerusi intverviu di TV3 baru-baru ini tidak dapat menangkis kritikan dan spekulasi umum terhadap 1MDB dan juga GST..
Bagaimanapun Nur Jazlan sendiri tidak pasti samaada UMNO akan dapat kembali berkuasa selepas pilihanraya kilat itu sedangkan Najib sekarang berada pada kedudukan yang lemah untuk mempertahankan dirinya kerana barisan pertahanannya terdiri dari orang -orang yang tidak mempunyai kredibiliti dan pengalaman sehingga segala hujjah mudah sahaja dijawab bukan sahaja dikalangan pembangkang malah oleh rakyat biasa.
Jika kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin " You are not alone Sir " dipertikaikan sebagai sokongan kepada Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan dilihat sebagai cuba bersembunyi tetapi kenyataan Datuk Nur Jazlan menampakan beliau lebih berani dan lepas bebas.
Ini meningkatkan kredibilitinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara kerana menunjukan sikap kebertanggungjawabannya tetapi kenapa pula beliau cuba bersembunyi di sebalik sehelai lalang?.
Lalang mudah ditiup angin dan akan nampak belang. Bagaimanapun saya yakin Nur Jazlan tidak akan menjadi lalang.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa