Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 14, 2015

Muktamar PAS: MSU secara terang "menyalah guna kedudukan"?

Najis dah sama terpalit pada serban mereka?
Sama hina dengan cara parti yang dikatakan sekular berkempen!

'Tiada makna cabar Hadi kalau kempen kotor'
mk - 1:45PM - 14 Apr 2015

Ahmad Awang, calon yang sejak awal diramal mampu memberi saingan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mula bersuara.

Bagaimanapun, ketika teka-teki sekitar kesediaannya bertanding tidak dinyatakan secara muktamad, beliau membangkitkan pula dakwaan kempen kotor dan berat sebelah menjelang pemilihan parti itu Jun ini.
"Kalau bertanding (mesti) nak menang, tetapi kalau keadaan ini dibiarkan tiada maknanya. Mesti kalahlah.

“(Mereka) guna ulama, buat aktiviti khusus untuk menangkan Ustaz Hadi. Macam kita ini, (siapalah sangat)," katanya yang masih mempertimbangkan mencabar pemimpin nombor satu PAS itu.

Daripada kira-kira 30 daripada 191 kawasan, Ahmad semalam layak bertanding selepas mendapat pencalonan daripada kira-kira 3 kawasan PAS.

Hadi selesa dengan sekurang-kurangnya 22 pencalonan manakala Naib Presiden Husam pula mendapat sekurang-kurangnya 9 pencalonan.

Ahmad (atas), bekas naib presiden yang tidak mempertahankan jawatan sebelum ini dilihat antara alternatif terbaik bagi kumpulan yang kritikal terhadap Hadi.

Masalah pimpinan Majlis Syura

Beliau meraih populariti di kalangan kumpulan pro-Pakatan Rakyat dalam PAS.

Sementara itu, ulama disegani dan veteran PAS itu antaranya mendakwa berlaku amalan fitnah, tuduh menuduh dan gelar menggelar antara pemimpin parti Islam itu.
Lebih jauh lagi, Ahmad mendakwa kepimpinan tertinggi PAS di negeri-negeri dan Majlis Syura Ulama secara terang-terang "menyalah guna kedudukan" untuk meraih sokongan kepada calon proulama.

“Jika terus berlaku, ia akan membawa perpecahan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Ahmad yang pernah terlibat dalam pentadbiran kerajaan terkenal sebagai tokoh ulama PAS berpendidikan Timur Tengah yang tegas mempertahankan Pakatan Rakyat sewaktu krisis Perak 2009.

Beliau, ketika itu pemimpin PAS negeri, tegas menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno yang antaranya turut digerakkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika itu.

Walaupun pernah bersara daripada politik sebelum ini, penyokongnya kini melihat beliau alternatif kepada Hadi yang sedang berdepan krisis keyakinan susulan tindak tanduknya tidak menguntungkan Pakatan akhir-akhir ini.

Nizar mangsa di Perak
Sementara itu, mengulas lebih lanjut budaya tidak sihat dalam kempen pemilihan PAS, Ahmad membangkitkan kes di Kampar dan Tambun apabila pemimpin pro-Pakatan tewas dalam pemilihan kawasan.

Ahmad mendakwa bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (kanan) antara yang menjadi mangsa fitnah dengan digelar "tali barut DAP" melalui sebaran risalah kempen.

Akibatnya, kata Ahmad, Nizar tewas dalam pemilihan yang dipertua kawasan kepada ketua urusan ulama tempat itu.

Ahmad juga membangkitkan sikap memihak kepimpinan Majlis Syura Ulama khususnya mursyidul Am yang baru Datuk Dr Haron Din yang terang-terang mahu Hadi dikekalkan sebagai presiden.
"Dia (Haron) perlu berlaku adil, menasihat supaya perwakilan menjaga adab. Isytihar suruh pertahan presiden, orang lain tak boleh. Kita tidak mahu mursyidul am masuk campur.

"Jangan salah guna kuasa, ia boleh menjatuhkan imej parti dan menambahkan lagi imej buruk pimpinan khususnya ulama," katanya.

Bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) itu juga berkata kecenderungan menggunakan kedudukan juga dilakukan oleh beberapa pesuruhjaya PAS negeri dan dan anggota Majlis Syura.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi daripada jawatankuasa pemilihan PAS berhubung dakwaan itu. 


10 comments:

  1. Madey dah pon cakap terang2 dan dah tak berselindung lg dah..

    Klu umno kalah & kuasa rkyat/pakatan dpt memerintah akan banyaklah nanti kepala2 umno yg masuk mahkamah..

    ..dan apa kurangnya dgn puak2 UG yg sama2 SONGLAP ddlm gelap itu pon juga WAJIB disiasat kemahkamah hatta isu FITNAH pilAyam pilKuda pilJati pon boleh disemak semula?

    ..sbb itu hidup ATAU mati depa/UG itu sggup buat apasaja janji umno/BN terus brkuasa diputra Jaya!

    Klu dah KEPALA boleh buat FITNAH u-turn maki HALAU ponteng serta mnodai JANJI, buat apa pon bg puak2 tu dah halal sokmo...dah takde etika aturan2=batas=had2=@HUDUD langsung, bahkan lebih jijik drp setan yg dah pon dikenali!

    ReplyDelete
  2. dunya punya pasal ulamak pun jadi
    sikit gila

    ReplyDelete
  3. Kepimpinan PAS yang ada masa kini ada lah orang orang GAGAL demgan kualiti Otak Gred 3

    Mereka yang BODOH lagi GAGAL hanya mementong kan diri mereka sendiri dan biji bini muda mereka saja


    Muktamar PAS di guna tuk rasuah ahli ahli bodoh se waktu dengan mereka agar tetap ber satu memilih mereka

    Harapan mereka bila ber gabung dengan UMNO dapat lah habuan dunia sedikit

    Pepatah melayu kampong kampong , "Biat Bodoh Asal Ber gaya" memang benar


    Ulsmak Syok Sendiri ini GAGAL ambil iktibar dari kejadian menongkat langit sehingga KIOK


    Ustaz Ahmad Awang wajar memimpin PAS ganti Hadi dan sewaktu dengan nya


    Melain lah ahli ahli PAS memang di lahir dengan Otak Otak Keldai dan Unta


    Keldai dan Unta pun tidak pakai serban kopiah dan jubah... Bijak juga !!!

    ReplyDelete
  4. Adakah dgn mengiyakan segala cakap dap baru dikatakan cerdek pandai.orang2 umno tu apa agamanya dn apa bangsanya.perlukah kita berbunuhan sesama sendiri baru dikatakan cerdik pandai.ambillah iktibar dari apa yang berlaku ditimur tengah.

    ReplyDelete
  5. Semasa arwah TGNA masih hidup beliau pun mempertahankan TGHA sebagai presiden mengapa tidak timbul perkara itu? Mengapa tidak timbul MSU salah guna kuasa?

    Apakah perbezaan yang diantara TGNA dan Harun Din dengan kenyataan ini?

    Ahmad Awang sepatutnya menerima kekalahan Nizar dengan hati yang terbuka kerana itu adalah kehendak akar umbi kerana Nizar bersekongkol dengan DAP.

    Ahmad Awang tidak perlu risau dengan keadaan ini, kalau akar umbi nakkan Ahmad Awang sebagai presiden, Ahmad Awang akan mendapatnya, yang pasti tunggulah muktamar pada Jun nanti.


    ReplyDelete
  6. Puak2 macai ni mmg jenis batu api, depa tak sedar diperguna dap utk bergaduh sesama melayu islam , depa dah dirasuk dgn ideologi komunis dgn memburuk2kan golongan agama ............... macai mmg bodoh , akal tak da

    ReplyDelete
  7. Puak2 hadi ni sanggup fitnah kawan2 sendiri seperti mat sabu utk meraih undi. Dari mana mereka belajar kita blh pikir sendiri..

    ReplyDelete
  8. Kalau benar PAS tidak mahu bersekongkol dgn DAP, maka lebih baiklah PAS keluar dari PR. Tunggu apa lagi! Biarkan shj PKR yg bersekongkol dgn DAP dan PAS tidak usahlah mahu berpaut dlm PR. Elok juga PAS berambus terus menyertai BN yg ada UMNO itu ataupun berjuang secara sendirian, ada beranikah sahut cabaran ini?

    ABHA & ABU

    ReplyDelete
  9. Besekongkol menolak hudud la, itupun x blh pikiaq ke?

    ReplyDelete
  10. sekongkol tolak hudud? abih tu...umno sokong hudud ke??? tak dak sekoq pon umno pusat cakap sokong hudud.beza umno ngan dap is......jeng! jeng! hamno boleh bg alphard ...vellfire...hellfire yg org PAS dok gilakan...
    kan tontowi penah ckp dia bakal menteri pelajaran....takiri tak ttau lah menteri pe...jembali pon ntag..ayami...fuhhh....nama xam ulamak besaq

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa