Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 16, 2015

Susah nak percaya bila keluar dari lidah orang politik!

Cuma menjadi masalah...... bila orang politik bercakap akan menjadi 'boleh jadi, jadi dan boleh jadi tidak'
Akan sentiasa jadi benar dikatakan tidak, yang tidak dikatakan benar!
Dalam politik juga tidak ada perkara yang mustahil.......

Pakatan sulit Anwar-Mahathir asak Najib?
mk - 1:00PM - 16 Apr 2015

Khabar angin terdapat pakatan sulit Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan perdana menteri adalah tidak benar, kata pemimpin Umno Wilayah Persekutuan.

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata penyebaran dakwaan itu sebahagian kempen fitnah menjatuhkan Datuk Seri Najin Razak yang juga presiden Umno.

Syed Ali menuduh
pembangkang terlibat menyebarkannya di laman-laman sosial dan portal berita.

“Dalam keadaan hubungan mereka agak kurang selesa, ada pihak ambil kesempatan sebarkan fitnah kononnya berlaku pakatan Dr Mahathir dan Anwar,” tegas ketua Umno Cheras itu.

Blog Umno bahagian itu juga melaporkan Syed Ali sebagai yakin ahli-ahli Umno tidak mudah terpedaya dengan spekulasi itu.

“Ahli-ahli Umno yang berikan mandat kepada Najib, sudah tentu mereka akan mempertahankan kedudukan presiden parti selaku Perdana Menteri,” tegasnya.

katanya, khabar angin itu munsul selepas Mahathir hadir memberikan penghormatan terakhir kepada bapa Anwar, allahyarham Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 4 April lalu.

Dr M sendiri pecat Anwar

Mahathir diringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berada di rumah allahyarham di Kajang sebelum Anwar tiba dari Penjara Sungai Buloh.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden Umno.
Syed Ali hari ini berkata beliau kesal kunjungan Dr Mahathir ke rumah bapa Anwar disalah ertikan oleh pihak tertentu.

“Saya sedih kerana menziarahi orang yang meninggal dunia telah dipolitikkan, ini perbuatan tidak baik,” katanya lagi.

Menurut beliau, kesannya bukan setakat menjejaskan nama baik Dr Mahathir tetapi  juga turut dirasai oleh keluarga Ibrahim.

“Bagi saya, kunjungan Dr Mahathir itu sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham yang sebelum ini pernah aktif dalam Umno,” tegasnya.

Syed Ali juga berkata, tidak ada kewajaran bagi Mahathir untuk berpakat dengan Anwar yang dipecatnya sendiri daripada Umno dan kerajaan.

“Ada yang kata politik itu serba mungkin, tetapi dalam isu ini, agak mustahil bagi Dr Mahathir,” katanya.

3 comments:

  1. Semua ni salah anwar, dah masuk penjara pun salah anwar sebabkan madey kutty serang najib. Mungkin dunia kiamat disebabkan anwar juga kata pemimpin umno yg banggang. Sebenarnya jika umno/bn kalah PRU ramai pemimpin umno akan masuk penjara. Itulah yg ditakutkan mereka termasuk madey kutty, najib, pak lah dll.

    Jika umno/bn kala PRU dunia dah kiamat bagi mereka.

    ReplyDelete
  2. Mahathir sudah tua dan bila KIOK mesti nak ikut Lee Kuan Yew tinggal legasi yang bagus

    Antara semua anak murid Mahathir , Anwar saja tau jadi orang

    Yang lain semua Lahanat saja pun


    Mahathir mintak Agong anpun Anwar , Anwar masok PRK kemudian jadi MP terus jadi PM

    Tak kan Mahathir nak KIOK sampai rakyat sumpah kubor dia , bebende tak baik saja di tinggal tuk Rakyat

    Hati kechik Mahathir tahu dia kena bust bende betul sebelum KIOK

    JJ yang budak lagi pon dah KIOK kan...

    ReplyDelete
  3. Arab keturunan ABDI dari Yemen ni risau jugak...kalau la Najib jatuh, terpaksalah dia jual batu cincin di kaki lima untuk menyara hidup. Naik regime lain tentu dia turut di terajang dari jawatan Ketua Bahagian Cheras.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa