Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 23, 2015

Najib ke Kazakhstan kerana ini?

Majlis Resepsi Perkahwinan Belah Menantu Najib Di Almaty, Kazakhstan
Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 8:44 PM
Majlis meraikan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessibayev di Grand Ballroom Royal Tulip Hotel, Almaty, Kazakhstan, Ahad.

KUALA LUMPUR: Majlis resepsi perkahwinan anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kesikkba, telah diadakan di pihak lelaki di Almaty, Kazakhstan pada 17 hingga 19 April lepas.
Menggabungkan elemen moden dan tradisi Kazakhstan atau 'Betashar', majlis berlangsung meriah dengan dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta 250 tetamu dari Malaysia, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Rabu.
Antara yang turut hadir ialah isteri Yang DiPertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni; Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan isteri; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamad dan isteri; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri; serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek dan isteri.
Kenamaan lain ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan isteri,  beberapa kerabat diraja Perak, Pahang dan Selangor serta keluarga terdekat dan sahabat.
Turut memeriahkan majlis ialah kenamaan dan tetamu dari Kazakhstan dan antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta ibu Daniyar, Maira Kessikbayev (kiri) bergambar kenangan ketika meraikan majlis perkahwinan anak mereka Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev di Grand Ballroom Royal Tulip Hotel, Almaty, Kazakhstan, Ahad.

Semasa di negara itu, perdana menteri mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.
"Dalam pertemuan itu kedua-dua pemimpin membincangkan kerjasama dua hala berkaitan perdagangan, ekonomi, pelaburan, industri dan kebudayaan di samping beberapa isu-isu antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Majlis resepsi perkahwinan pasangan itu di Kuala Lumpur sebelum ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Mac dan Pusat Dagangan Dunia Putra pada 29 Mac.
Pada 4 April, satu majlis resepsi diadakan di kawasan Parlimen perdana menteri, di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Nooryana dan Daniyar, masing-masing berusia 27 tahun, bertemu ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat, dan mengikat tali pertunangan pada 2011. -- Bernama

# berkaitan: Diam-diam Najib di Kazakhstan?

5 comments:

  1. Lahanat punya manusia , habis duit Rakyat di guna.

    ReplyDelete
  2. Dua2 ekor manusia laknat rosmah-najib ni memang jenis tak tau serik, tak tau malu. Masih cari helah nak membelit, mengelentong utk guna dana-harta rakyat. Pegi Kazakhstan senyap2 pastu cover line buat cipta helah meeting ngan President Kazakhstan tapi pegi anta anak buat kenduri kawin kat umah besan. Eloklah tu disumpah seranah berjuta rakyat. Bakal dpt cucu pun perangai setan-iblis 7 keturunan. Dari dulu klau ada hal kuarga kunjung umah besan dia mesti buat helah kata lawatan rasmi negara tapi sampai skrg tak tau apa peoject antara Malaysia-Kazakhstan.

    ReplyDelete
  3. Inilah makhluk yg x tau beza wang rakyat dgn duit sendiri

    ReplyDelete
  4. DOAKN le ramai2 semuga dlm perjalanan balik, kapal terbang hilang ke..kna tembak ke..tau jatuh dgn sendirinya...kn bgus tuk RAKYAT MALAYSIA SEMUA...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa