Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 24, 2015

Korang rasa pelik ke?

Bagi aku tak pelik bila sebut Hadi
Adakah dulu semasa di Turki Hadi diserang darah tinggi?

Ketika PAS Pusat sokong PKR di Permatang Pauh, Hadi ambil sikap berkecuali 
Published: 24 April 2015 9:06 AM
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menyatakan dengan jelas pendiriannya berhubung sokongan terhadap calon PKR di Permatang Pauh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 April, 2015. 

Walaupun pemimpin PAS Pusat termasuk calon timbalan presiden paling popular, Naik Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkali-kali membuat kenyataan menyokong calon PKR di Permatang Pauh, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya enggan menyatakan pendiriannya dengan jelas.
Hadi kelihatan 'tersepit' pada Rabu ketika diajukan soalan mengenai sikapnya terhadap PAS Permatang Pauh yang seperti mahu memboikot kempen PKR di sana susulan tidak setuju dengan pendirian presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh. Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," kata Hadi ketika itu, mengulas kenyataan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan.
Omar sebelum ini menegaskan PKR hanya akan memperoleh sokongan mereka selepas menarik balik kenyataan menolak hudud, menggesa Dr Wan Azizah menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah juga memberikan amaran yang sama kepada PKR.
Malah, Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman mengatakan, 'hukumnya haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud', merujuk kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan diadakan 7 Mei ini.
Di satu pihak, Hadi perlu berkempen untuk mendapat sokongan kepada hudud yang diperjuangkan PAS, tetapi di satu pihak lagi, terpaksa menghadapi rakannya dalam PKR yang tidak menyokong hudud dilaksanakan sekarang.
Kenyataan Hadi itu bagaimanapun berbeza dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada 20 April yang menjelaskan PAS Pusat muktamad menyokong pencalonan PKR di Permatang Pauh dan sebarang keputusan di peringkat atas mengatasi keputusan yang dibuat di peringkat akar umbi.
Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh memberi undi mereka kepada calon PKR.
Beliau yang juga ahli Majlis Syura Ulama berkata keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh ialah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak.
Beliau malah mengatakan PAS menerima penjelasan PKR berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang dipertikaikan dan memahami pendirian mereka bukannya menolak syariat Allah tetapi hanya berbeza pendapat dan pendekatan.
Selain perlu menyatakan sokongan kepada PKR atas dasar rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS juga akan menghadapi PRK Rompin pada 5 Mei di mana calon PAS akan menentang calon Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, kenyataan Hadi semalam memberikan pelbagai mesej kepada ahli PAS menjelang Muktamar PAS ke-61 awal Jun ini di Kuala Selangor.
Ini kerana, selain kenyataan yang menjauhkan PAS daripada rakannya dalam PKR itu, Hadi juga dilihat mahu merapati Umno, dengan membuat kenyataan parti Islam itu perlu percaya kepada musuh tradisi PAS itu apabila ia menyatakan kesediaannya menyokong hudud.
"Umno kata hendak sokong hudud – dalam Islam kita diajar menerima ucapan zahir daripada sesiapa sahaja termasuklah mereka yang munafik sekalipun.
"Jadi, dengan cara ini yang munafik pun akhirnya bertaubat," kata Hadi pada forum yang sama.
Kenyataan sebegini sudah tentu menghantar mesej yang pelbagai kepada PAS.
Sebelum ini, kenyataan beliau pernah mengakibatkan seorang ahli PAS, Tamrin Abdul Ghafar mengumumkan keluar parti Islam itu.
Sebagaimana Tamrin, Leman Raja Lawak, seorang selebriti yang mendekati PAS menjelang pilihan raya 2013 lalu juga nampaknya terasa dengan kenyataan Hadi itu.
"Haram lawan Umno kat Rompin sebab Umno sokong hudud dah! Haram undi PKR kat Permatang Pauh sebab PKR tolak hudud... Haram kesemua," tulisnya di laman Facebook.
Leman juga jelas kesal dengan kenyataan yang dibuat Badrul.
"Buat kenyataan media haram tak wala' kat pimpinan PAS Pusat! Kita dok tarik pengundi, depa dok bagi lari pengundi," tulis Leman menjawab persoalan itu.
Pandangan Leman dan tindakan Tamrin sebelum ini dibimbangi menjadi trend dalam PAS ketika Hadi mengumumkan pertambahan ahli parti itu secara mendadak bulan lalu kepada 1,004,000 orang kini.
Bertindak balas kepada Badrul, Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan meminta pimpinan parti di semua peringkat tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi sama ada melibatkan hubungan dengan PR atau hukum.
"Isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulama dan pendirian rasmi Dewan Ulama kerana ia mempunyai implikasi besar.
"Ia boleh mendedahkan mudarat yang lebih besar kepada rakyat sekiranya Umno-BN terus berkuasa," kata Tuan Ibrahim. – 24 April, 2015.

12 comments:

  1. Perangai macam mubaligh kristian...ambik ayat sekerat pastu kata quran benar dan suruh bunuh semua org...ambik ayat sekerat kata quran buat org islam gile seks senang2 kawin 4...sbb apa aku kata kau mcm mubaligh kristian..sbb mung ning jenis sama..ambik ayat hadi sekerat pastu fitnah mcm2 pd hj hadi...hj hadi kata dia akan berjumpa dgn ahli2 pas permatang pauh...tanda hormat. Itu nama dia ketua...dtg dgr dulu...benda sensitif...dgr dulu baru buat keputusan....
    nabi pesan klu xdok bende baik nk citer baik dok diang2...jgn jadi pembuat fitnah...pengumpulmfitnah dan penyebar fitnoh...sapedia pelik? Mung la pelik...beli akhirat dgn dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh ke Hadi jumpa akar umbi PAS P.Pauh?Pendirian Pres PAS belum jelas walaupun hari mengundi 2 hari lg. Betul ke PAS masih bersama PR?

      Delete
  2. Hadi

    Tak tau nak cakap apa lagi kalau ada melibat Hadi ini.

    ReplyDelete
  3. Dalam PAS baik Hadi Tuan Ibrahim Mustafa ke dah tak boleh di percayai

    Samada mereka sekata atau tidak !

    Tapi kalau berparti Hadi lah kena ikut Tuan Ibrahim dan Mustafa sebab masing masing mewakili majlis syura dan parti

    Dalam PR Hadi buat macam ini Dalam PAS pun Hadi buat macam ini

    Ahli sedar tak kenyataan Hadi sebenar nya mengalakkan orang munafik Sebab kata munafik lebih diterima dari kata kata yang berpendirian

    ReplyDelete
  4. Hadi kena ikut kenyataan Tuan Ibrahim yang mewakili Majlis Syura dan Mustafa yang mewakili Parti

    Nampak sikap Hadi dalam PR sama dengan dalam PAS !

    Ketiga tiga kena sekata jika tidak tak guna ada jawatan dalam PAS selain Presiden sahaja



    ReplyDelete
  5. Kenapa nak tunggu TGHH bersuara? Untuk apa kita tunggu TGHH? Ayuh semua, pemuda DAP, pemuda PKR, NGO Pasma dan semua penyokong kuat PR, mulakan kerja usah lagi merungut pasal TGHH.

    Perkukuhkan jentera, AMK dan DAPsy bersatu, berkempen dan berceramah dengan penuh rasa tanggungjawab, mereka mampu lakukan walaupun tanpa unit amal PAS.

    Biarkan TGHH berpendirian, PAS hanya kuat di Kelantan dan Terengganu je mereka lemah di Permatang Pauh, buat apa bergantung pada orang yang lemah.

    Kenapa masih ada lagi yang mengharapkan TGHH? Beliau seorang yang keras pada pendirian.

    Daripada membuang masa lebih baik tumpukan perhatian pada gerak kerja. Semoga PKR berjaya mempertahankan Permatang Pauh dan mendapat majoriti yang lebih besar, sekali gus membuktikan bahawa PKR mempunyai kekuatannya sendiri dan tidak bergantung pada PAS.

    ReplyDelete
  6. Pemimpin apa mcm ni hendak berkawan tapi tak tahu jaga hati kwn. Buat malu bangsa lain aje..Yg buruknya dpt kat Islamlah..

    ReplyDelete
  7. Anon Khinzir 6:15

    Mubaligh Kristian ape nyer? Kamu ni tak pernah tengok U-tube ke yang Hadi membuat sesuatu kenyataan sampai habis? Penyokong PAS yang berotak babi macam kamulah yang tak pernah nak terbuka hati mencari kebenaran. Sesungguhnya Hadi Awang lebih hina perangainya kecuali bagi sesetengah penyokong taksub babi yang tak tahu mencari maklumat dan buta babi. Habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa hg khinzir. Berhujah secara baik2 la bang. Bahasa tunjukan kelakuan kau anon 8.03

      Delete
  8. hadi kata percaya pada mulut zahir umno.

    memang kita hanya blh menilai zahir tp kita ada akal dan kaedah.

    tu sebb hadi sokong syiah sebb percaya syiah kata mereka minoriti tkkan memimpin umat. tp hadi jadi buta bila syiah jelas2 sesat dan zalim kpd umat islam.

    agaknya hadi ni menilai mulut semata2, perbuatan org dia tk nilai.

    tp adakah hadi nilai mulut 2 adun PAS selangor yg kata mereka terpaksa menyelamatkan selangor dr jatuh ke BN.

    mulut mereka itu hadi cop sebagai barua dan dibeli.

    PAS sepatutnya menguji umno lebih jauh mengenai hudud ini. buat dokumen bertulis yg umno sokong hudud sebelum percaya umno.

    Pemimpin yg baik warak istiqomah tegas berilmu saja tidak cukup kalau masih ada bodoh dlm menilai agenda musuh.

    ReplyDelete
  9. Benar,rapatkan saf,buat kerja,jangan bergantung pada orang yang lemah,pas permatang pauh dah lemah...kita as a mukmin tidak boleh lemah dan pengecut.Kita buat kerja ,doa ,yg membantu itu Allah,bukan pas permatang pauh.(entah bila wan azizah tolak hudud!!.).mudah2an pas permatang pauh tidak akan di tanya tentang saudaranya yg di zalimi,yg di penjara kerana fitnah.sedih betul dgn sikap segelintir jamaah yang pelik itu.bagi kami kelak akan memilih orang2 yg boleh tolong rakyat bukan kerana parti,sbb kami bingung,najib pernah tolak hudud dan sampai skrg tak nyatakan pun sokongan terhadap hudud,jadi haram tak sokong dia.mmg pening kami ahli2 kat bawah,cuma kami nampak yg profesional dlm pas je yg buat kerja,yg ulamak?...cuma tak sanggup rasanya nak maki ulamak kerana mereka ada ilmu,tapi sedih bila ulamak sanggup pulak maki ...
    Sorry mountdweller.tercurah perasaan terbuku dan terkilan kat hati di blog tuan😪

    ReplyDelete
  10. Anon 8:42 PM

    Tak apa gunakanlah ruang yang ada untuk lepaskan perasaan walau pun diruang komen blog ini. Saya juga punya perasaan yang sama dengan saudara. Kalau rasa teringin nak menulis, boleh hantar ke mountdweller@gmail.com - email blog ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa