Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 21, 2015

Rupanya gaya mewah Najib bukan hanya jadi tumpuan dalam negara

Korang tak bangga ker......PM kita hidup bergaya
......dan terkenal seantero dunia dengan gaya mewah?

Tempo tumpu gaya hidup mewah Najib
mk - 3:53PM - 21 Apr 2015

Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Indonesia bakal disambut dengan laporan sebuah majalah paling berpengaruh di republik itu berhubung gaya hidup mewah beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rencana bertajuk “Hidup mewah sang perdana menteri” itu ditampilkan dalam laporan khas majalah Tempo sempena ulangtahun ke-60 Persidangan Asia Afrika yang akan dihadiri Najib, Khamis.

Tempo antara lainnya memetik laporan The New York Times, yang menyebut mengenai minat Rosmah pada beg tangan mewah dan barang kemas.

Majalah tersebut turut menggariskan mengenai kegemaran Najib dan Rosmah pada jam tangan mewah, seperti ditunjukkan oleh NGO pemantau jenayah Malaysia, MyWatch.

Tempo malah menyebut bahawa Rosmah memiliki sekurang-kurangnya empat jam tangan mewah, sedangkan gaji suaminya hanya sekitar RM350,000 setahun.

“Gaya hidup Najib dan keluarganya itu memancing kemarahan masyarakat Malaysia,” laporan itu dipetik.

Selain itu, laporan tersebut juga membangkitkan mengenai bayaran RM1,200 untuk dandanan rambut Rosmah.

Tidak ketinggalan, isu harta yang diraih anak tiri Najib, Riza Aziz, yang membeli apartmen mewah di New York dan rumah mewah di Beverly Hills.

3 comments:

  1. Untong jadi Bangsawan Lahanat

    Ada Gaya , Kaya Ber Gaya

    Kesian makcik pakcik kat kampong miskin papa kedana tak de duit makan sayur ubi siang malam , di sangka Tuah tengok tengok Keturunan Razak.

    Hampeh

    ReplyDelete
  2. Xpa bergya tp masalahnya bukannya amno yg bayar gaji... Duit rakyat dan reta rakyat jd mcm reta mak bapak dia...ni le emelda rosmah malaysia...

    ReplyDelete
  3. sapa yg marah? cuba tanya makcik pelda?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa