Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 11, 2015

Mengapa Najib tak gentar cabaran Mahathir

oleh Alyaa Alhadjri

FOKUS: Selagi Barisan Nasional terus membentuk kerajaan persekutuan, kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri masih terjamin.
Mungkin ramai rakyat Malaysia yang telah dan akan terus mengundi menentang kerajaan persekutuan BN, tetapi keputusan akhir mengenai sama ada Najib akan kekal memimpin Putrajaya akan hanya ditentukan oleh ahli-ahli akar umbi Umno dari 191 cawangan di seluruh negara.
Ini kerana presiden Umno yang dipilih juga secara automatik adalah merupakan pengerusi BN dan Perdana Menteri, satu fakta yang buat masa ini boleh menjadi sumber rasa selamat Najib.
Walaupun dengan pindaan-pindaan kepada perlembagaan parti yang membolehkan ahli-ahlinya menawarkan diri sebagai calon-calon untuk mana-mana jawatan parti, jawatan presiden secara tradisinya selalu kekal tanpa bertanding.
Pada pemilihan parti lalu pada bulan Oktober 2013, desas-desus telah muncul bahawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menentang Najib.
Ahli veteran Umno itu kekal berdiam diri sehingga saat-saat akhir, dan pada masa itu memberitahu pemberita untuk tunggu dan lihat sama ada beliau akan memfailkan kertas pencalonannya untuk bertanding bagi jawatan itu. Dia akhirnya tidak bertanding.
Ku Li pada awal bulan ini mencabar Najib untuk membalas dakwaan-dakwaan yang disuarakan oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang mengulangi kebimbangan bahawa adalah sukar untuk sesiapa sahaja mendapatkan sokongan jika masih terdapat banyak isu-isu "yang tidak dapat diselesaikan".
Ku Li telah terlepas peluang untuk memimpin, dan Mahathir mungkin hanya mahu memberi peluang kepada "orang lain".
Maka adalah tidak mengejutkan yang Najib, dalam sebuah wawancara yang telah dirakam di televisyen malam tadi, "tidak begitu menjawab" isu-isu utama yang disuarakan Mahathir, yang paling penting adalah motif pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shariibu.
Dia tidak perlu berbuat sedemikian. 51,278 orang pengundi di Pekan yang telah mengundi beliau sebagai ahli parlimen mereka semasa PRU13 tidak peduli. 
Tambahan pula dengan percambahan kilang-kilang dan kemudahan di dalam dan sekitar Pekan, yang telah memuaskan hati pengundi dan mungkin menjadikan Pekan sebuah "kawasan dimanjakan".
Sejak penubuhannya, tidak pernah berlaku satu pun kes di mana seorang penyandang jawatan presiden Umno tewas pada pilihan raya umum, dan hilang kelayakan untuk dilantik semula sebagai perdana menteri.
Dalam Umno sendiri, pada awal bulan lepas 154 ketua-ketua cawangan Umno telah berkata yang mereka "berpuas hati" dengan penjelasan Najib mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad yang bernilai RM42 bilion, walaupun apa-apa siasatan ke atas dakwaan serius mengenainya belum lagi dijalankan.
Dan sering dianggap sebagai tulang belakang parti, pada 9 April ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil juga menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi 1.3 juta ahli-ahlinya kepada Najib.
Walaupun berpengaruh, Mahathir hanyalah seorang ahli biasa dalam Umno dan Najib sendiri dalam edisi khas program Soal Jawab TV3, berkata: "Saya menerima kritikan-kritikan ini (dari Mahathir) walaupun ia menyakitkan. Tetapi kesimpulannya, saya bertanggungjawab kepada rakyat dan parti.”
"Selagi rakyat dan parti memberikan mandat kepada saya, meletakkan kepercayaan mereka (kepadanya), saya akan terus memimpin negara dan parti.
"Pada hakikatnya, haluan negara itu tidak diputuskan oleh mana-mana individu, tetapi diputuskan oleh rakyat dan parti," Najib menegaskan.
Mengenai amaran Mahathir bahawa Umno dan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang jika dia terus memimpin, Najib hanya menganggapnya sebagai pandangan peribadi perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini.
Dalam penulisan terbaru blognya, yang diterbitkan beberapa jam sebelum temu bual itu disiarkan, Mahathir menjelaskan: "Saya bertanyakan soalan-soalan mudah, tetapi beliau hanya meminta orang ramai untuk menyokongnya."
"Saya juga ingin bertanyakan kepada penyokongnya, sama ada sokongan mereka bermakna kehilangan RM42 bilion itu bukan satu masalah, yang tidak perlu untuk sekurang-kurangnya menjelaskan mana wang ini.
""Jika ya, sila beritahu Daim, Razeleigh, Shahrir Samad (yang dilaporkan berkata Najib akan menjawab soalan-soalan Mahathir), dan Khairy untuk diam," tulis Mahathir yang merujuk kepada pemimpin-pemimpin Umno yang turut bersuara menentang Najib. 
Dengan enakmen Akta Pencegahan Keganasan 2015 dan kelulusan pindaan-pindaan kepada Akta Hasutan 1948, semua mata terarah kepada Najib sewaktu beliau terus "memimpin negara" ke jalan mundur dari segi kebebasan awam.
Kritikan-kritikan terhadap kerajaan mungkin tidak lagi menjadi satu jenayah, tetapi apabila "arahan" bagi sebuah negara boleh diputuskan oleh 146,000 perwakilan dari hanya sebuah parti, tindakan memberikan sokongan membabi buta untuk faedah-faedah yang jelas, pasti kelihatan seperti pilihan yang menarik.
Terutamanya untuk sekumpulan orang yang telah lama terbiasa dengan 'kedudukan istimewa' mereka dan perjanjian-perjanjian dan kontrak lumayan; amalan menenangkan peringkat akar umbi yang secara ironinya, Mahathir sendiri telah pelopori.
Tidak banyak perkara yang Mahathir boleh lakukan untuk mengubah keadaan.
Dan selagi ini berkekalan, ada Mahathir atau pun tidak, dengan adanya sumber-sumber daripada BN, kerajaan yang memerintah dan ‘kabel’ Kementerian Kewangan di tangannya, Najib boleh buat endah tak endah.

4 comments:

  1. Gentar tak gentar , mamat 1 Mat Daj Bahalol tunggu nak pencen saja

    Mahathir bijak , cakap2 dalam TV3 bukti pada Rakyat yang 1 Mat Dah Bahalol tak takut tipu jutaan Rakyat.

    Rakyat tahu sikap Penipu dengan jelas sekarang.

    Satu undi tak percaya cukup buat mamat 1 Mat Dah Bahalol pencen terus.

    Ku Li boleh usul di Parlimen tengok siapa senyap siapa sambut.

    Bukan semua orang nak hidup bahalol kan diri kerana wang me manjang. Dosa subahat pun kena tamggung.

    JJ tengah ber peluh jawab dalam kubor tu.

    Bila KIOK dah tak guna dah....

    ReplyDelete
  2. Mat mongol tak takut kerana hj Hadi and geng ada......"giliran kita pulak jentik puak2 kapir tu!" Kita guna pil untuk jatuhkan PR.

    ReplyDelete
  3. Aku x beri mandat pun pada najib utk jd PM..

    ReplyDelete
  4. Aku yg beri mandat pada rosmah untuk jadi pm tapi kenapa najib pula yg jadi... ini mesti konspiransi ni...sprm, pdrm, tolong siasat..tapi jangan tangkap...kalau tangkap tu pemimpin pembangkang saja tau...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa