Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 20, 2015

Contoh Elena Ceausescu: Dr. Maza sindir sape ni?

Pemimpin rosak kerana Wanita Pertama

April 20, 2015
Menurut Dr Maza wanita mempunyai kehebatan dalam melakukan perancangan yang licik sehingga menyebab suami dan kaum lelaki mudah terpedaya.
queencontrol
PETALING JAYA: Kerenah wanita yang memakai gelaran “First Lady” atau Wanita Pertama boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik pemimpin negara.
Dalam status Facebook yang dimuat naik Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin memberikan contoh kepada yang berlaku kepada isteri bekas diktator Romania, Nocolae Ceausescu, Elena.
Menurutnya, rakyat negara berkenaan bangkit dan kemudian menjatuhkan hukuman mati ke pasangan berkenaan ekoran peranan isteri yang boros dan zalim.
Dalam tulisannya Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza turut memetik ayat al Quran tentang kehebatan wanita dalam melakukan perancangan sehingga menyebab suami terpedaya.
“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. Surah Yusuf: 28.
Jelasnya, perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam dalam ayat berkenaan ialah “kaid” yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat.
“Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan “kaid”sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”, hurainya.
Mengulas lanjut fakta itu, Dr Maza menerangkan atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas kepada wanita.
Katanya, senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasa dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang bertakwa.
“Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s,” tulis beliau sebelum mengakhiri status yang dimuat naiknya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa