Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 17, 2015

Topik panas......pasti ada yang naik hangin!

Cantik sungguh wajah PAS sekarang......
Siapa penyoleknya? 
Korang cari, fikir, tengok dan nilailah sendiri.....

Pada aku PAS sudah hilang roh perjuangannya

PAS dah terbelah dua
Satu bahagian terarah ke UMNO/BN
Satu bahagian lagi terarah ke PR

Aku rasa daripada mengelirukan rakyat segala peragai tak senonoh yang tidak mengikut Hukum yang sendiri dilaungkan........

Adalah lebih baik mereka ini(?) masuk saja UMNO kerana UMNO adalah parti 'Islam dan Melayu terbesar dunia'

Adalah lebih baik mereka ini(?) tubuhkan parti baru dan merangka halatuju baru yang bersesuaian dengan kehendak semasa atau biarkan saja PAS diterajui oleh manusia 'maksum' yang 'bukan jebon, bukan barua dan bukan parasit' juga tidak mengikut 'kaki bontot'! 

Yang tersenyum lebar sekarang ialah pemimpin UMNO kerana orang PAS sudah ikut perangai mereka dan berpolitik stail mereka

Selepas Jebon, Parasit Pula?
Thursday, April 16, 2015

Baru-baru ini satu gambar pamplet yang bertajuk “Siapakah perosak sebenar PAS?” tersebar melalui media sosial WhatsApp. Di bawah tajuk itu tercatit pula takrif perkataan ‘parasit’. Di dalam pamplet tersebut disenaraikan pula 8 pimpinan PAS yang digelarkan sebagai ‘parasit’ dengan urutan ranking tertentu. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nampak gaya seolah-olah satu atau dua gelaran tidak memadai dalam usaha golongan ini menjatuhkan pemimpin. Sebaliknya mereka memanafaatkan gelaran sebanyak mana yang mungkin demi mencapai matlamat mereka. ‘Jebon’, ‘Parasit’, ‘Anwarinas’, ‘anti-ulama’, ‘anti-hudud’, ‘liberal’, ‘sekular’ dan apa sahaja yang mungkin digunakan untuk menimbulkan kebencian terhadap kumpulan pemimpin ini. Samada gelaran ini betul atau pun tidak, benar ataupun fitnah, tidak langsung diendahkan. Yang penting, berjaya ditanam kebencian terhadap mereka ini.

Golongan tukang label ini menggelarkan diri mereka sebagai ‘pro-ulama’ tetapi hakikatnya, perangai mereka lebih sesuai dengan gelaran ‘geng-juhala’. Ini adalah kerana hanya yang jahil akan bersikap dan bertindak seperti mereka. Kononnya mereka lakukan demi menyokong calon ‘ulama’ dalam Muktamar. Kalau benar, maka saya harap calon ulama ini bukan jenis yang ‘bisu’, tidak menegur kejahilan dan kejahatan penyokong.


ASAL USUL GELARAN ‘PARASIT’
Setakat mana saya ingat, orang yang mula-mula gunakan gelaran ‘parasit’ adalah Dato Dr. Hassan Ali. Bersama beberapa pengikut tegarnya, DDHA menggunakan gelaran itu terhadap mereka yang menentang hajatnya untuk PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN di Selangor pada 2008 dengan dirinya sendiri sebagai MB Selangor. Tidak sangka masih ada yang sanggup menjadi ‘tukang-tiru’ kaedah DDHA dalam PAS! Berkemungkinan juga mereka adalah orang-orang yang sama yang merupakan ‘tukang-tiru’ Zul Nordin pencipta gelaran ‘Anwarinas’!
 
Selepas ghaibnya DDHA dan ZN, budaya gelar-menggelar dan label-melabel diteruskan ‘tukang-tiru’ dengan turut tersebarnya gelaran baru yang dicipta mereka!

SIAPA PARASIT SEBENAR?
Parasit ditakrifkan oleh pengarang pamplet sebagai “menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat dari tubuh itu. Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpangi itu semakin rosak dan lunyai”.

Bagi pandangan saya, 8 pemimpin yang digelar sebagai ‘parasit’ (termasuk saya), tidak menepati takrif di atas. Malahan ianya lebih sesuai digunakan terhadap golongan ‘geng-juhala’ yang baru muncul ini. Ini adalah kerana 8 pemimpin yang digelar ‘parasit’ ini sebenarnya telah bersama PAS sejak PAS parti lemah yang tidak mendapat sambutan, samada dari orang Islam atau bukan Islam. Keterlibatan kami sejak tahun 80an semasa PAS tidak mempunyai Ahli Parlimen ataupun ADUN kecuali sedikit dan hanya di Pantai Timur. Dan melalui maklumbalas yang diterima, usaha kecil kami bersama ahli PAS yang komited memperjuangkan Islam telah menyumbang kepada bertambah kuatnya PAS dan bukan sebaliknya. 

Atau adakah ada yang beranggapan PAS lebih kuat pada tahun 80an berbanding 1998 hingga 2013?

‘Parasit’ datang pada tubuh yang kuat dan menjadikannya lemah (seperti sekarang) dan bukan datang ke tubuh yang sedang ‘lemah’ dan membantu mengukuhkannya. Kemanisan manafaat atau ‘zat’ yang telah dihisap tidak lain dari celaan berselang kutukan masyarakat pada ketika itu serta ditahan di bawah ISA dan bermalaman di lock-up!

PARASIT MULA DATANG...
Tetapi sekarang, tubuh PAS sudah kuat dan kukuh. Maka amat menarik bagi ‘parasit’ datang menghinggap dan menghisap! Maka inilah masanya dan bukan 20 tahun dahulu!

Mereka muncul entah dari mana, muka baru yang melayari alam maya, menaburkan fitnah dan adu-domba. “Pemimpin ini Liberal, Sekular dan Plural. Mereka anti-ulama, anti-hudud dan ingin jatuhkan DS Presiden” kata mereka. Mereka menonjolkan diri, menggambarkan diri sebagai penyokong PAS tegar tetapi dengan setiap kejayaan yang mengukuhkan kedudukan mereka, PAS menjadi semakin berpecah dan semakin lemah.

Ukhuwwah dalaman semakin parah, hubungan dengan PR semakin retak, penerimaan oleh masyarakat Islam dan bukan Islam semakin merosot. Sambil itu mereka bertambah ‘kenyang’. Disanjung atas sebab dianggap ulama. Laluan disediakan permaidani merah dan mereka inilah parasit sebenar.

Mereka hisap zat kekuatan PAS demi keuntungan peribadi. Mereka semakin kuat, PAS semakin lemah dan lunyai.

DUIT DATANG DARI MANA?
Ada juga yang bertanya, “buat pamplet ini banyak belanja. Mana datang duit?”

Adakah mustahil mereka ditaja? Oleh yang inginkan PAS dan PR berpecah untuk UMNO kekal memerintah.

KESIMPULAN
Nasihat ikhlas saya pada ‘tukang-tiru’ DDHA dan ZN, sekiranya kamu hendak gelar dengan gelaran menghina sekali pun, pilih-pilihlah. Silap-silap terkena batang hidung sendiri. Sudahlah akhlak terkutuk, nampak kebodohan lagi... bab duit, sila jawab sendiri.

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

18 comments:

  1. Aku nengok admin yg naik hangin kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Ni geng kencing berjemaah

    ReplyDelete
  3. Parti Angkot Sampah jadi nya.

    Jajs jaja Quran tuk cari maksn , tak berkat maka tak tahan lama.

    Ter bukti dah.

    Lepas PRU14 maka pupus lah PAS.

    Baru orang orang Melayu boleh majuvke hadapan.

    ReplyDelete
  4. Puak puak berkiblat tokong tu pi joint DAP dak pun PKR Islam liberal

    ReplyDelete
  5. PAS kearah UMNO BN? Kahkahkah admin, admin....sedar lah sebelum terlambat....mahathir dgn anwar tak timbul pulak isu, DAP nak bertenggek dgn UMNO tak timbul isu, PAS nak laksana hudud minta sokongan UMNO dicapnya UG....macai-macai...sudah2 lah buat fitnah.

    ReplyDelete
  6. admin dah comfirm ke buku itu disediakan dan diedarkan oleh PAS?
    Si Khalid Samad pula bkn boleh pakai punya cakap berbelit-belit. Satu malam dia, Rafizi dan Nurul Izah buat ceramah dkt taman aku. Rafizi dan Nurul Izah nampak ok aje, tapi siKhalid Samad ni dah tak ada modal, walaupun isu MB Selangor dah selesai dia masih membangkitkan isu itu. bukan setakat itu saja malah mengutuk kepimpinan sendiri.

    ReplyDelete
  7. Khalid Samad ni tgok rupupun dah boleh agak dah(ada iras2 paderi gitu).kata orang tua luaran mencerminkan dalaman..entahlah tapi berdasarkan tindak tanduk dia kebelakangan ini begitulah.

    ReplyDelete
  8. KOTA BHARU 17 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

    Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.

    Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ‘sampah’ dalam parti tersebut.

    Berikut ialah transkrip kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini:

    Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?

    Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas.

    Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.

    Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?

    Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya.

    Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.

    Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).

    Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.

    Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini.

    Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan.

    Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.

    Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?

    Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.

    Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?

    Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini.



    Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz3XdaWVPA4
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  9. Komen dari benih parasit geng juhala dari 9.38 - 10.48... memang benih parasit terencat ni dah naik angin... betullah telahan tuan admin memang ada yang naik angin tapi tuduh admin naik angin... kartun sungguh geng juhala.

    ReplyDelete
  10. Kahkahkah, duk ulang kata-kata TGNA psl kerajaan perpaduan....ikata-kata tu aje yg macai duk jaja....dengar dulu ceramah TGNA, dengar sampai habis jgn ambik suku je....banyak lg TGNA tinggal pesanan....itu dah lama dah....macai-macai.

    ReplyDelete
  11. Semasa TG Fadhil Noor memimpin PAS membantu TG Yusuf Rawa, dibuat satu pendekatan untuk mendekati kaum Cina dengan CCC yang mana kertas kerjanya disediakan oleh ustaz Nakhaei Ahmad ketika itu.

    Namun, mungkin kerana mengenangkan perhubungan kawan lama, TG Fadhil Noor menerima jemputan anwar Ibrahim bertemu mahathir ketika itu bersama Presiden PAS.

    Akhirnya pertemuan itu dibocorkan Anwar sendiri sehingga makan diri PAS, namun pemimpin2 PAS yang dibelakang TG Fadhil Noor dan TG Yusof rawa tetap berdiri di belakang mereka. Sanggup menerima kesilapan dan kemenangan bersama.

    Yang melenting dan merasa hebat seperti Ustaz Nakhaei Ahmad pula yang keluar dari bahtera membawa bersama beberapa tokoh muda seperti Fuad (bukan aku) Zarkasyi, Saifuddin Nasution dan lain lain.

    Bila berlaku pula gerak kerja menyatukan pembangkang dalam 1990, Pemimpin Pemuda ketika itu Ustaz Abdul Halim Arshad berjaya menemukan TG Nik Aziz dan Ku Li, arkitek yang turut terlibat menjatuhkan kerajaan Kelantan 1977, berlaku ribut dalam parti ISLAM apabila kumpulan ISLAM cuba mewujudkan angkatan 51.

    Maka , yang turun memberi penjelasan membantu kerja Presiden PAS ketika itu, TG Fadhil Noor, adalah TG Hj. Abdul Hadi yang sanggup berjumpa ulama-ulama Kelantan menjelaskan perkara sebenar. Walaupun bergolak, Pemimpin Atasan Pusat yang bersatu dapat mengekalkan momentum PAS dan memenangi PRU 1990.

    Pada Tahun 1998, Bila Anwar Ibrahim dikhianati dan dipecat Mahathir, Al-Marhum TG Fadhil Noor tanpa keputusan mesyuarat dan menggunakan kapasiti seorang Presiden yang diberi Hak, membuat keputusan untuk membantu. Maka, sekali lagi ribut berlaku. Saat itu, Mhhammad Sabu sedang sahaja berceramah 3 jam tanpa henti menghentam UMNO dan juga Anwar sehingga terlekat gelaran Al juburi yang dimain mainkan oleh UMNO sehingga kini.

    Namun, siapa yang meredakan keadaan? TG Hj Hadi juga yang turun memberi nasihat bersama yang lain termasuk TG Harun Taib meskipun Anwar Ibrahim pernah menggelar TG Harun Taib sebagai "unta" di Manir ketika ceramah di atas pentas UMNO. Begitulah besarnya jiwa pemimpin PAS. Amat pemaaf.

    Pada tahun 1995-1996, Aura TGHH yang punyai gelombang besar sehingga Asia Week menjadikan muka depan majalah tersebut sebagai Pimpinan Masa Depan. Sebahagian ahli PAS mula mahu TGHH menjadi Presiden.. tetapi TGHH dengan penuh tawadduk menasihatkan dengan memberi jawapan yang dapat meredakan semua pihak sehingga wala kepada TG Fadhil Noor terus dikekalkan.

    Bayangkan ketika itu, sekiranya orang nombor 2 PAS bertindak berdiam diri atau menyatakan pendapat peribadi. Maka, saat itu kita mungkin melihat perpecahan berlaku. Alhamdulillaah ia tidak berlaku kerana org no. 2 terus teguh di belakang Presiden.

    Hari ini, ketika TG Haji Hadi memimpin PAS... siapa yang dapat bersikap seperti beliau?

    Siapa yang mempertahankan beliau seperti beliau dan rakan rakannya no 3 dan 4 (Pemuda dan Muslimat) mempertahankan Pemimpin terdahulu?

    Yang duduk di belakang beliau hari ini adalah lapisan Pemimpin Pemuda yang pernah berkrisis pada tahun 1995-1996, Yang mana KOSIS sendiri pernah memecat Ketua Pemuda sebagai ahli lembaga Pengarah. Yang masa waktu itu terbahagi antara blok revolusi dan blok demokrasi.

    Adakah pemimpin di belakang TGHH sekarang masih lagi membawa masalah Pemuda era 1995-1996?

    Makanya...mereka semua itu tidak matang dan tidak belajar Politik ISLAM dari kepimpinan Ulama. Hanya belajar menjaga posisi dalam politik semata-mata, atau sudah pandai menerima arahan yg berbilang.

    Ramai yg menyanjung al-Marhum TGFN kerana keupayaanya namun mrk lupa siapa yg di belakang TGFN waktu itu. Org itulah yg kini sedang dihina, dicerca dan cuba dijatuhkan. Alangkah baiknya jika hari ini org no. 2, 3 dan 4 memainkan peranan sepertimana org no. 2, 3 dan 4 di belakang TGFN dulu. Tidak berkongsi selimut dg orang luar.

    Aku rindu saat pemimpin 2, 3, 4 seorang yang ikhlas dan membantu ketua dengan sebaik- baiknya....macam dulu...

    Aku sedar, aku tak semuda dulu...namun apapun...aku rindukan no2, 3 dan 4 yg mcm dulu

    ReplyDelete
  12. Sambutan dan kemenangan PAS yg menggalakkan mutakhir ini, pusinglah kut mana pun adalah kerana faktor aura Anwar yg berjaya diolah oleh UFN. Jika bukan kerana aura yg ada pd Anwar dan dibawa oleh UFN dulu, termasuklah dasar mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama, disertai oleh ketokohan TGNA pasti PAS tidak akan mendapat sambutan sebegitu meriah dari orang melayu kebanyakan dan juga dari yg bukan islam. Kesannya nampak amat nyata, sehinggakan kerusi PAS bertambah begitu significant dan TGHH sendiri dapat menjadi MB Terengganu. Apa yg dapat dirumuskan adalah dasar mengulamakan profesional boleh dikatakan berjaya, sebaliknya memprofesionalkan ulama pula yg gagal. Para ulama dlm PAS sepatutnya berjiwa besar menerima golongan profesional berada di dlm barisan pimpinan parti. Jika PAS membelakangkan pandangan dan penglibatan golongan profesional, nescaya PAS akan bergerak ke belakang bukannya ke hadapan. UMNO itu amat licik penipuannya dlm semua sudut, tetapi sayangnya pimpinan ulama dlm PAS mudah tergoda untuk ditipu berkali-kali oleh UMNO. Ini akan mengecilkan saiz PAS shj dan akhirnya siapa yg rugi? Untuk berjuang secara demokrasi, saiz memainkan peranan yg teramat penting. Sejarah kelicikan UMNO memutar belit adalah untuk dijadikan pedoman supaya PAS tidak terperangkap dan tersungkur.

    ReplyDelete
  13. Apa susah2, kalau GU berjaya dalam muktamar, kita tubuh PASMA. Saya jadi ahli PASMA yang pertama. Mana boleh dapat borang ahli.

    ReplyDelete
  14. Bukan CCC ditentang oleh PAS Terengganu ke? Namun hujah mereka dipatah dan dihujah dengan baik oleh Almarhum Yusuf Rawa. Tak taulah kalau ada cerita yang lain.

    Fasal Nakhaei saya diberitahu ada cerita disebalik cerita yang diketahui. Namun atas dasar prinsip Islam maka kisah sebenar ditutup rapat.

    Ada rakan pernah mendengar syarahan dari pakar kriminologi pdrm, bahawa sekitar awal 80an ada sekumpulan pelajar lulusan agama pernah direkrut untuk menjadi polis. Namun dikatakan ramai gagal sebab tidak dapat menerima prinsip Islam vs polis. Persoalannya jika benar kisah tu, benarkah mereka gagal atau mereka diserap sebagai SB dan menyusup masuk di dalam PAS. Saya rasa saya dapat menghidu seorang dari pemimpin PAS yang berkali-kali cuba menggagalkan usaha murni yang dibuat kepimpinan PAS dengan kaum lain dengan berbagai gelagat dan tingkah laku. Orang ini hebat, namun kini saya lihat amat meragu.... saya syak dialah antara SB di dalam PAS yang melaksanakan tugas sabotaj dari dalam PAS.

    ReplyDelete
  15. Saya sokong tuan anon 11.55pm .. apa yg berlaku sekarang ni ialah wala' kpd no.1 juga tetapi malangnya dari parti dap dan pkr..

    Sebab tu kita alu2kan utk mereka tubuhkan parti pasma spy mereka boleh wala' kpd no 1 dr parti mereka shj..

    ReplyDelete
  16. tgk dulu sokongan kpd pas dlm prk rompin. jika dlm suasana menindas gst dan saham felda jatuh merudum pun pas tak dapat meraih kemenangan atau sekurang2nya menokok tambah undinya, kita tahulah kemampuan ustaz utk berpolitik.......

    ReplyDelete
  17. Kena tgk jugak prk p.pauh, kalau kurang mendapat undi kita tahu lah rakyat tolak pkr kerana liberal.

    ReplyDelete
  18. Wan Rosli....

    Sokong pendapat kamu sebab kamu malas membaca. Kamu tidak boleh menerima berita buruk terhadap pemimpin serban kamu yang berperangai munafik. Kalau kamu rajin membaca pun tidak ubah seperti "ikan kering" - mata sentiasa terbuka tapi tak nampak apa-apa. Nak tanya satu soalan? Kamu ni baru bangun dari koma 23 tahun ke? Bangang lebih dari manusia yang makan kepala babi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa