Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 21, 2015

Hari ini Zunar, Eric Paulsen dan Mantan IGP pula menghimpit IGP

Ditakdirkan Allah menguji ketegasan Khalid......

Zunar masih tunggu polis tahan abang IGP
mk - 3:00PM - 21 Apr 2015

Kartunis popular Zunar masih menunggu jika polis akan turut menahan abang kepada ketua polis negara, yang menyertai demonstrasi di sebuah gereja Ahad lalu.

Zunar berkata, beliau kecewa kerana ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar awal-awal lagi menyatakan bahawa individu tersebut, Datuk Abdullah, tidak melakukan sebarang kesalahan.

Sedangkan, tiada siasatan dijalankan sebelum Khalid menentukan bahawa Abdullah dan peserta lain demonstrasi membantah lambang salib itu tidak bersalah, kata Zunar.
Menurutnya, polis sebaliknya boleh menahan beliau lewat malam, dan beliau kini menghadapi sembilan tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya ke atas badan kehakiman.

Kenyataannya itu berhubung kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disabitkan dengan tuduhan Liwat II.

"Saya menjangkakan satu twit serta-merta dari IGP, seperti yang dilakukannya ke atas saya, tapi ia tidak berlaku.

"Saya menjangkakan polis akan pergi ke rumah abangnya, tapi ia tidak berlaku, saya tunggu sehingga jam 3 pagi untuk (Khalid) hantar orangnya, tapi tidak berlaku,” kata Zunar.

Bercakap kepada Malaysiakini, kartunis itu berkata, ini menunjukkan pelbagai tindakan IGP itu “berat sebelah”.

Zunar dalam satu tulisan di Twitter pada 10 Februari lalu mengecam para hakim yang menjatuhkan hukuman pada Anwar.

Perkara itu dijawab oleh Khalid di Twitter, yang mengarahkan pasukannya menyiasat kartunis tersebut.

Zunar ditahan pada hari yang sama.

Sementara itu, peguam Eric Paulsen turut ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 berkata, Khalid sepatutnya menahan peserta demonstrasi antisalib tersebut untuk siasatan.

Katanya, layanan polis dalam isu ini berbeza dengan penahanan lebih 100 orang sebelum ini yang menurutnya bermotifkan politik.
"Tapi dalam kes ini, IGP nampaknya membebaskan kesemua peserta demonstrasi ini, yang kebanyakannya merupakan anggota Umno, tanpa sebarang siasatan,” kata Paulsen kepada Malaysiakini.

Paulsen ditahan oleh seramai 20 orang pegawai polis pada malam 12 Januari lalu atas kritikannya ke atas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam tulisan di Twitter itu, Paulsen mendakwa Jakim “menyebarkan ekstremisme” melalui khutbah Jumaat.

Beliau didakwa empat hari kemudian.

Menurutnya lagi, dalam kes demonstrasi di gereja di Taman Medan itu, para peserta demonstrasi tersebut sepatutnya boleh disiasatan mengikut Kanun Keseksaan dan bukannya Akta Hasutan.


# Di sini kenyataan bekas IGPMusa Hassan sokong Zahid, protes salib satu hasutan

2 comments:

  1. Di negara ini kalau tidak bersedia menjadi "barua UMNO", tidak mungkin beliau boleh dilantik sehingga ke taraf KPN. Mungkin beliau telah langkah beratus-ratus bendul untuk mendapatkan jawatan tersebut dari pegawai lain yang lebih bijak dan jauh lebih berkredibiliti dari beliau. Hasilnya, seorang KPN yang korupsi dan flip-flop serta tiada amanah terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  2. Abang Adik mana boleh usik usik

    Kalau boleh usik usik , buat apa jadi Ketua Tweeter

    Baik jadi bebudak bahalol mat rempit

    Ini semua Kerabat Kerabat ZAKARSTAN aka Kazakstan lah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa