Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 14, 2015

GST: Ini dia indikasi Hasan Malek

Aku rasa menteri ni diam lagi lebih baik!
Tidakkah dia tahu yang rakyat dah bosan mengadu?
Bodoh jangan ditunjuk.....

Aduan kurang, rakyat sudah boleh terima GST, kata Hasan Malek 
Published: 14 April 2015 3:41 PM
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata aduan mengenai GST berkurangan, ia bermakna rakyat mulai menerima cukai itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 April, 2015.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek hari ini mengatakan, rakyat sudah memahami dan boleh menerima pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak dua minggu lalu.
Kesimpulan ini dibuat beliau berdasarkan statistik kementerian yang menunjukkan pengurangan dari segi bilangan aduan pengguna yang diterima.
"Saya melihat daripada statistik kementerian, nampaknya aduan sudah mulai berkurangan. Maknanya rakyat sudah mula memahami (GST).
“Bertentangan apa yang diwar-warkan sebelum ini di media sosial, dengan sikap pembangkang dan lain-lain, banyak yang negatif daripada positif.
"Oleh itu alhamdulillah, dua minggu ini rakyat sudah boleh menerima hakikat GST tak membebankan mereka."
Beliau juga menyatakan, maklumat yang diperolehi daripada media massa mengenai GST membuatkan rakyat tidak ada masalah dalam memahami pelaksanaan cukai tersebut.
"GST satu sistem percukaian yang cukup telus. Maknanya, orang tak boleh lari dari membayar cukai dan sebagainya.
“Jadi rakyat sudah boleh memahami, apatah lagi maklumat yang diberikan semua stesen TV, radio, media dan lain-lain, mereka sudah cukup faham."
Sebelum ini dilaporkan, selepas enam hari GST dilaksanakan, kementerian menerima 692 aduan daripada pengguna melalui pusat gerakan anti pencatutan.
Sementara itu, Hasan turut mengulangi hasratnya berhubung penghapusan 10% caj perkhidmatan di restoran dan hotel.
Menurutnya, sementara menunggu keputusan mesyuarat mengenai perkara itu, restoran dan hotel disarankan agar meletakkan notis di pintu masuk premis mereka supaya pengguna sedia maklum mereka mengenakan 10% caj perkhidmatan.
"Saya nampak hotel yang mengenakan 10% caj perkhidmatan tak banyak, sebab tiada 'Collective Agreement' yang mereka tandatangani."
Sabtu lalu, Ahli Parlimen PKR merancang membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai caj perkhidmatan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, bertujuan memperbaharui dan memperbaiki sistem bayaran industri perkhidmatan.
Diterajui Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Kapar G Manivannan, proses itu akan bermula dengan mengumpul maklumat dan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam industri perkhidmatan dan orang awam, untuk memahami masalah mereka.
"Kami akan mulakan dengan menerima aduan, dan mengadakan dialog dengan pihak berkepentingan dalam sektor perkhidmatan, untuk memahami masalah mereka.
"Selepas sesi dialog, kami akan berjumpa Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), dan kami akan mencadangkan rang undang-undang persendirian bagi mengawal masalah caj perkhidmatan," katanya sewaktu kempen #bantahGST.
Katanya, kutipan caj perkhidmatan perlu bagi meningkatkan industri perkhidmatan negara, dan mereka merancang mencadangkan 2% daripada caj perkhidmatan itu digunakan untuk kursus pembangunan pekerja. – 14 April, 2015.

4 comments:

  1. Orang ini kan jenis BODOH , buat apa di layan

    Itu kan lahanat bangsa , apa dia kesah pon


    Dia sudah kaya ber gaya

    ReplyDelete
  2. He Hassan bebal. Better shut ur mouth

    ReplyDelete
  3. Allah Maha Mengetahui. tau tak ngok

    ReplyDelete
  4. Biarkan shj Hasan Malek selesa mempercayai pendapatnya sendiri, hukum kebenaran tetap berjalan. Dia fikir rakyat ini bodoh semacam dia juga.

    Rakyat berpendapatan dan berbelanja RM4000 sebulan sebelum GST, terpaksa ikat perut berbelanja hanya RM3773.60 shj dan RM226.40 lagi itu dlm bentuk GST. Jumlah GST setahun adalah RM226.40 X 12 = RM2716.80, sedangkan BRIM yg akan diterima nanti tidak sampai kpd nilai jumlah GST tersebut. Rakyat ikat perut tanpa kerelaan tapi pulangannya tidak berbaloi. Pada masa itu, barulah dia tahu akibatnya.

    Bagaimana pula jika jumlah pendapatan suami dan isteri lebih drp RM4000, contohnya RM6000, tentu shj jumlah GST setahun RM4075.20. Nak dikontra dgn BRIM langsung tidak boleh, sebab mereka bukannya layak menerima BRIM itu. Ini bukan kes tidak berbaloi lagi, tetapi teraniaya!!! GST telah merompak wang mereka, ada fahammm. ABU!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa