Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 16, 2015

Dosa sudah tidak lagi jadi perhitungan?

Sejauh mana dakwaan ‘sabotaj’ dalam pemilihan PAS kawasan?
09:30PM Apr 15 2015
oleh Alyaa Alhadjri

KUALA LUMPUR: Komplot tersirat – atau tidak terlalu tersirat – antara puak dalam PAS mungkin sudah pun mula berjalan menjelang muktamar pemilihan Jun depan, dengan sekurang-kurangnya satu laporan berhubung sabotaj dan pengaturan dalam pemilihan peringkat bahagian.
Pada 14 April, Malaysiakini memetik tokoh veteran PAS Ahmad Awang yang mendakwa bekas menteri besar Perak Nizar Jamaluddin adalah antara mangsa “kempen fitnah” oleh puak pro ulama’. Nizar terlepas kedudukan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.
Ahmad dilaporkan mendakwa, ada risalah yang melabelkan Nizar sebagai “talibarut DAP” yang menyebabkan beliau tewas kepada Ketua Hal-ehwal Ulama’ PAS Kampar.
Nizar sebelum ini menjadi Yang Dipertua di sana untuk tujuh penggal, atau hampir mencecah dua dekad.
Ketika dihubungi, Nizar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak pada awalnya berkata, tidak menyedari tentang dakwaan Ahmad.
Namun selepas dimaklumkan, beliau kemudiannya berkata, “Betul lah!”, tetapi tidak mengulas lanjut.
Jika sabotaj dan taktik begitu benar-benar berlaku, ini bermakna mereka dalam puak ulama’ sedang bergerak untuk mengukuhkan kedudukan mereka, menguasai lebih banyak PAS kawasan yang akhirnya dapat menentukan pencalonan dan menghantar perwakilan kawasan ke muktamar nanti.
Namun, pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Asmuni Awi memaklumkan belum menerima apa-apa laporan “rasmi” berhubung dakwaan salah laku dalam tempoh berkempen yang sedang berlangsung.
Katanya, garis panduan telah dikeluarkan kepada setiap ahli dan tidak akan melayan apa-apa “khabar angin” berhubung dakwaan kesalahan, termasuk dakwaan sabotaj terhadap Nizar.
“Tiada laporan (diterima). Jika ada, saya tiada kuasa untuk menyiasat, (maka) saya akan lanjutkannya kepada jawatankuasa disiplin.
“Saya juga tidak akan mengulas khabar angin. Individu itu sendiri atau ahli kawasan yang perlu membuat laporan rasmi kepada parti,” katanya ketika dihubungi Semut Harian.
Setakat ini, sejumlah 40 daripada 191 PAS kawasan seluruh negara telah mengadakan mesyuarat dan memilih pemegang jawatan bagi penggal 2015-2017, serta menamakan calon untuk bertanding jawatan di peringkat pusat.
Jika apa yang berlaku kepada Nizar adalah benar, ia mungkin akan diteruskan di cawangan lain sepanjang tempoh ini, dengan puak pro-ulama’ dan profesional melancarkan perang proksi untuk mengawal kawasan.
Tarikh akhir bagi PAS kawasan bermesyuarat dan menghantar pencalonan adalah 26 April ini.
Sementara itu, Malaysiakini juga melaporkan yang Ahmad setakat ini sudah menerima tiga pencalonan untuk mencabar presiden Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi pula telah menerima 22 pencalonan.
Ahmad masih belum memutuskan untuk menerima pencalonan itu, dan beliau dilaporkan berkata: “Kalau bertanding (mesti) nak menang, tetapi kalau keadaan ini dibiarkan tiada maknanya. (Pencabar) Mesti kalahlah.”
“(Mereka) guna ulama, buat aktiviti khusus untuk menangkan Ustaz Hadi,” katanya, dan membangkitkan sokongan terbuka Majlis Syura Ulama’ yang diketuai Mursyidul Am Haron Din terhadap Hadi, yang jelas bertujuan untuk menyekat pencabar.
“Dia (Haron) perlu berlaku adil, menasihat supaya perwakilan menjaga adab. Isytihar suruh pertahan presiden, orang lain tak boleh.
“Kita tidak mahu mursyidul am masuk campur. Jangan salah guna kuasa, ia boleh menjatuhkan imej parti dan menambahkan lagi imej buruk pimpinan khususnya ulama,” kata Ahmad seperti dipetik.
Pemerhati menyatakan, Ahmad, 79 tahun, boleh memberikan cabaran yang lebih sengit kepada Abdul Hadi, memandangkan beliau adalah seorang ulama’ dan pada masa sama pendokong kuat agar PAS kekal bersama PKR dan DAP dalam Pakatan.
Laporan juga menyatakan Ahmad ketika menjadi timbalan pesuruhjaya PAS Perak menentang usaha Umno yang didakwa mahu menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS di negeri itu, selepas Barisan Nasional tewas pada PRU ke-12.
Pada PRU itu, Umno Perak memenangi 27 kerusi DUN (dan MCA 1 kerusi) sementara PAS menang 6 kerusi. Ia membolehkan kerajaan perpaduan tiga parti itu ditubuhkan dengan majoriti 4 kerusi di DUN Perak.
 Seorang lagi calon yang layak mencabar Hadi adalah Naib Presiden Husam Musa, yang setakat ini mendapat Sembilan pencalonan.
Namun berbeza dengan Ahmad, Husam bukan seorang ulama’ dan calon yang dilihat jelas untuk mewakili puak profesional. 
Bekas exco Kelatan itu sendiri dikatakan telah diketepikan, dan kerjaya politiknya “disabotaj” selepas puak ulama’ yang pro-hudud dan pro-Umno mengambil alih pentadbiran negeri.

11 comments:

  1. Aduhai, dah kalah masih tak puashati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalah mestilah tak puas hati. klu menang masih tak puas hati ada suatu yg tak kena!

      Delete
  2. insafah...jgnla dok tabur fitnah pd ulamak lagi...silap mereka pd mata kau hanya krn mereka nk hudud jer...

    tak usahla nk ckp belum sesuai...sbb smpi bila2 pun dap xkan kata sesuai...nak ajak berbincang...dh bincang dah...x setuju jgk...cx caya? cuba pi tanya dap...ada jr alasan...tapi semata2alasan...xperla psl mereka tu kapiaq...tapi xkan nk implement hukum allah kene mintak izin kapiaq dulu....insafla...mati dh dkt...waktu tu baru nyesal x guna dah

    hudud mungkin gagal terlaksana akibat permainan dap pkr dan umno...tapi hudud berjaya pecahkan tembelang2 jebon...itu pun dh satu rahmat besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulamak tuduh org tanpa bukti (fitnah),boleh pula yerr..org biasa buat x boleh yerr..salah kah kami kalo cuba contohi tok guru kami wahai anon 12:54..

      Delete
  3. nk siar hak kau...xnk siar pun hak kau...tp aku dh jlnkan peranan aku utk menyedarkan ka dari asyik mengfitnah tanpa dalil yg nyata...patut xnk hudud..suka mengfitnah

    ReplyDelete
  4. Geng2 ug kelate bodo tak abis abis
    Sanggup berketuakan barua dn broker dari ganu
    Kita negeri menang berketuakan dari negeri kalah
    Ketua ug pulok riak san takbur
    Mapuh la pas lagu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat2...buat apa nak angkat org yg dah kalah kt negeri sendiri utk menjadi presideng..

      Delete
  5. Masih lagi belum memegang tampuk kuasa, dah nak melaksanakan hudud? Habis tu yg terhegeh-hegeh pergi minta sokongan UMNO yg sekular itu, dimana pula logiknya? Jika nak dibangkitkan fasal fitnah, apa kurangnya Hadi dgn fitnah pil kuda dulu? Almarhum TGNA sendiri sebagai Mursyidul Am PAS sehingga akhir hayatnya, tetap tidak bersetuju berkejasama dgn UMNO disebabkan tidak mahu dipatuk ular dua kali dari lubang yg sama, alih2 Hadi sendiri bercanggah pula, akal waraskah? Bahtera PAS dlm keadaan terhuyung hayang, disebabkan dikemudi oleh nakhoda tidak mahir menggunakan peta walaupun ada kompas yg bermutu.

    ReplyDelete
  6. Ulamak dan Ustaz pon manusia kurang iman tetapi gaya saja yang lebih

    Gagal kawal nafsu dunia - pangkat kedudukan dan rumah besar serta bini bini muda buat mainan hasil jaja jaja agama dan penipuan

    Hanya menipu diri mereka sendiri , tsnpa di sedari.

    ReplyDelete
  7. Puak-puak ni memang suka fitnah, dah jadi makanan harian mereka. Tiada isu yang kukuh yang boleh menyakinkan selain dari fitnah.

    ReplyDelete
  8. Anon 1:01 AM dan Anon 3:39 PM

    Saya setuju dan terpaksa telan hakikat itu sebab saya pun orang Kelantan dan saya tak marah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa