Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 14, 2015

Dah pencen baru suruh siasat?

Musa mengetuai pasukan polis ketika kes pembunuhan Altantuya berlaku pada tahun 2006.
Kenapa ketika itu tidak disiasat?

Bekas IGP: Siasat motif bunuh Altantuya
mk - 6:29PM - 14 Apr 2015

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa pasukan itu membuka semula siasatan ke atas kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Menurutnya, polis boleh menyoal individu yang melakukan jenayah berkenaan bagi mengenalpasti motif tersebut.

Menurutnya, motif pembunuhan itu sepatutnya muncul semasa persidangan mahkamah lagi

“Mereka sepatutnya mendedahkan (motif) di mahkamah semasa perbicaraan. Kalau begitu, tanya orang yang melakukannya,” katanya di Twitter.

Beliau menjawab pertanyaan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @salahdinMY.

Terdahulu, Musa berkata bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melakukan kesalahan atas persoalan yang dibangkitkan.

"Harap penyiasatan polis dapat menjawab segala pertanyaan Tun," katanya.

Musa mengetuai pasukan polis ketika kes pembunuhan Altantuya berlaku pada tahun 2006.

Tegasnya, siasatan pasukannya sebelum ini tidak menunjukkan Najib terlibat.

"Siasatan tidak tunjuk keterangan Najib terlibat. Itu sebab tiga orang dituduh," katanya.

Beliau turut menekankan fakta kes bahawa Altantuya telah membuat laporan polis sebelum dibunuh.

6 comments:

  1. Mat lawak semUa nih! Dah pencen baru nak buka mulut!

    ReplyDelete
  2. dulu dia juga mngatakn x perlu motif krn mlondungi sesorang, skang suruhcsiasat plk hipokrit dn opportunist

    ReplyDelete
  3. tunggu kpn skrg pencen mcm hang, baru dia akan siasat motif. apa punya cara buat kerja. lebih baik diam drpd memalukan diri sendiri

    ReplyDelete
  4. Mereka bukan mahu kebenaran, nak beri tekanan je. Lepas tercapai niat semua diam tak tanya dah.

    ReplyDelete
  5. Ini Orang Kaya , bila pencen sudah tak makan duit orang sedekah tiap tiap bulan lagi , tu sebab boleh cakap

    Masa miskin makan gaji gomen biasa lah tak boleh cakap banyak banyak nanti tak masoookkk...

    ReplyDelete
  6. Kalau ya pun Najib tak terlibat, semasa hang jadi KPN dulu awatnya hang tak kerah anak buah hang buat siasatan lengkap dan terpeinci, termasuklah mendedahkan motif pembunuhan itu? Tadak siapa tuduh Najib terlibat, yg hendak diketahui sekarang adalah motif. Awat, hang pun nak melindungi sesiapa jugakah? Atau penat usung tilam tu masih belum hilang lagi....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa