Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 12, 2015

Hinanya Undang-Undang Islam di mata mamat ni!

Aku hanya paparkan satu pemikiran yang benar-benar sekular seolah anti undang-undang Islam bahkan memburukkan perilaku Islam keseluruhannya
Apa pun alasan penulis ini kalau bab menentang Alqur'an memang tak boleh pakai
Dia ni penganut apa entahlah......!
Di sini aku bukan nak bela PAS dan Kelantan tetapi Alqur'an itu sendiri mesti dibela 

Jangan tertipu dengan PAS. Hudud hanya bagi menutup kelemahannya di Kelantan! 
10:30AM Apr 12 2015
oleh Ahmad Mustapha Hassan

SUARA LANTANGParti Islam Se-Malaysia atau PAS merupakan parti Melayu kedua yang tertubuh pada 1951.

Ia dimulakan kelompok agama di dalam Umno yang meninggalkan parti bagi menubuhkan parti berasaskan agama. Mereka kecewa kerana Umno didakwa bersifat sekular.

Walaupun berasaskan Islam, ia tidak pernah menyuarakan hasrat menubuhkan Negara Islam. Di dalam memorandumnya kepada Suruhanjaya Reid, PAS menjelaskan bahawa negara baru yang bakal mendapatkan kemerdekaan itu perlu mengangkat kedaulatan Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan peranan Islam di dalam Negara.

Parti tersebut bagaimanapun tidak gembira dengan Perlembagaan baru Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam mesyuarat luar biasanya selepas pengumuman Perlembagaan, PAS berkata parti itu akan mengubah ciri Perlembagaan berdasarkan Al Quran dan As Sunah, apabila ia diberi peluang. Prinsip itu masih diamalkan.

Ini perlu difahami oleh parti-parti yang membentuk kerjasama dengan PAS. Ia mungkin mengubah taktik tetapi tidak objektifnya. Hanya kelompok yang percaya undang-undang Islam dan kanun jenayahnya mampu membawa kepada kehidupan yang lebih baik menyokong PAS. Mereka ini mempunyai pandangan palsu tentang kehidupan.

PAS tiada agenda ekonomi dan hanya menumpukan kepada kanun jenayah Islam bagi mentadbir negara. Skopnya amat kecil. Tiada usaha memahami gejala sosial dan mengapa ia terjadi. Hukuman semata-mata tidak akan merungkai semua masalah yang dihadapi masyarakat.

Semua negara yang menggunapakai Islam sebagai asas pentadbiran mereka telah gagal menunjukkan mereka mampu membasmi jenayah dan salahlaku. Bahkan rakyat meraka menyaksikan peningkatan gejala sosial.

Toleransi terhadap penganut ajaran lain sepertimana yang dinyatakan AL Quran tidak berlaku dan keganasan adalah sesuatu yang biasa terjadi kepada pengikut ajaran lain. Gereja dan rumah ibadat dibakar oleh penganut ajaran Islam.

Sikap sebegini semakin menular di Malaysia sekiranya trend semasa tentang Islamisasi berterusan. Undang-undang yang diamalkan di Kurun Ke-7 ketika Islam baru bermula digunakan bagi menghukum rakyat.

Undang-undang ini tidak lagi mencapai objektif yang dihajati.

Dunia telah berubah dari segi sosial dan ekonomi dan gaya hidup kita juga telah melalui perubahan drastik. Sikap berpegang kepada undang-undang dari Kurun Ke-7 akan menyebabkan kita mengundur ke belakang. Kita tidak akan dihormati dan menjadi seperti Pakistan.

Kita akan membunuh semua pemikiran intelek dan usaha insan kreatif kerana bimbang mereka akan bertentangan dengan ajaran agama. Semua aktiviti akan dikekang dan negara akan kembali ke Zaman Gelap.

Semua rakyat Malaysia perlu menentang usaha menubuhkan negara Islam di negara ini. Ini pelan berbahaya.

Terdapat keperluan bagi membaiki kualiti hidup rakyat dan hudud tidak akan mampu melakukannya. Ianya hanya usaha mustahil dengan menakut-nakutkan rakyat. 

PAS telah menipu gabungan pembangkang sehingga percaya mereka telah mengubah matlamat walaupun sebenarnya tidak.

Mereka yang mengundi PAS perlu sedar apa yang telah mereka lakukan di mana keharmonian telah dimusnahkan. Begitu juga perpaduan dan kemakmuran rakyat dan negara.

PAS sebenarnya bankrap politik. Ia cuba menyembunyikan kegagalan membawa kehidupan yang lebih baik buat rakyat Kelantan. Ini cuba dilakukan melalui enakmen hudud.

2 comments:

  1. Tanpa menghina Al Quran , Sunnah , dan Hudud mungkin ada kebenaran nya.

    PAS yang ada kini hanya jaja jaja agams tuk jadi relevan dalam politik tanah air.

    PAS tiada nilai ekonomi dan gagal menjana ekonomi positif di kawasan yang di kuasai nya.

    Islam bukan hanya mengutama kan hudud saja tetapi juga ekonomi yang jelas gagal di bawa PAS

    Untuk terus menikmati elaun bulsnan MP dan ADUN yang tinggi dari kerja ustaz , jaja jaja Hudud saja yang boleh bagi kedudukan pangkat tuk cari makan.

    Hudud tak salsh , tapi PAS yang salah jaja jaja agama dan Hudud tuk cari makan

    ReplyDelete
  2. Pandangan sebegini amat sinonim dgn pandangan pasma??

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa