Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 11, 2015

Bila yang sepatutnya makan ubat dihantar menemui pelajar Universiti

Pelajar universiti tak puas hati penerangan GST Ahmad Maslan
Published: 11 April 2015 2:30 PM
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bercakap dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, hari ini. Bagaimanapun, pelajar tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 April, 2015.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hadir pada satu taklimat program cukai barang dan perkhidmatan (GST) hari ini, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Ahmad Maslan yang disifatkan tidak menjawab persoalan mereka mengenai pelaksanaan cukai tersebut.
Tetapi sebaliknya kata mereka, timbalan menteri kewangan itu seperti menghentam pihak pembangkang pada sesi soal jawab bersama pelajar UiTM Shah Alam itu.
Pelajar Fakulti English Professional dan Communications, Maziah Mazli, 21, berpendapat, Ahmad tidak menjawab soalan yang dibangkitkan dan memberi penjelasan sebenar mengenai GST.
"Kerajaan mesti terangkan dulu (pada pelajar). Dia tak jawab soalan. Dia macam 'twist' (putar belit). Kami sebagai pelajar, kami nak tau apa sebenarnya GST. Kami tak dapat gambaran jelas apa itu GST.
"Sejak pelaksanaan GST, terasa sangat kesannya, terutamanya top-up (kredit telefon bimbit) dan makan. Kerajaan macam tak ambil kira semua aspek. Kami tidak ada kemudahan untuk masak.
"Jadi, betul-betul bergantung kepada makanan yang disediakan universiti," katanya yang mengulas saranan Ahmad kepada mereka supaya selalu memasak dan tidak makan di luar untuk mengelakkan GST.
Muhammad Shamil berkata GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 April, 2015. Muhammad Shamil berkata GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 April, 2015.Seorang pelajar Fakulti Undang-undang, Muhammad Shamil, 20, pula mengatakan beliau tidak setuju dengan pelaksanaan GST dan jawapan Ahmad pula seperti menghentam pembangkang.
"Saya tengok menteri tadi lebih kepada nak hentam pembangkang daripada menjawab soalan. Masalah saya bukan GST, tapi pelaksanaan GST.
"Saya okey dia (Ahmad) datang ke sini, tapi dia tak menjawab soalan," katanya ketika ditemui selepas sesi itu yang diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pagi ini.
Muhammad mengatakan, GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah.
Pada sesi soal jawab itu, Ahmad kerap menegaskan, sistem GST telus dan lebih baik berbanding sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diamalkan sebelum ini.
"Cukai perlu untuk tujuan ekonomi. Kalau bayar cukai, tolong pembangunan negara. Sistem SST yang dulu ada cukai atas cukai. Itu sebab kita buang SST itu, kerana ia membebankan.
"GST 6% tidak ada cukai atas cukai. Pengilang, pemborong dan peruncit boleh tuntut 6% tersebut kecuali pengguna," katanya.
Katanya, rakyat Malaysia kini menyedari yang setiap sen itu berguna apabila mereka mula menyimpan resit setelah membuat pembelian barang sejak GST dilaksanakan 1 April lalu.
Salah seorang pelajar bertanya kepadanya, mengapa cukai tersebut dilaksanakan sedangkan ekonomi yang sedia ada tidak stabil dan ramai berpendapat ia membebankan.
Ahmad bagaimanapun menyelar kenyataan pelajar tersebut, mengatakan sistem SST yang membebankan dan bukannya GST, dan terus menyelitkan topik yang tiada mengena dengan soalan yang diajukan.
"Yang membebankan ialah SST, bukan GST. Ekonomi Malaysia sekarang stabil, bukan negatif. Pertumbuhan 4.5% hingga 5.5%, maksudnya bagus. Salah peniaga yang tidak beretika dah lama menaikkan harga barang.
"Seperti juga PAS yang cerita pasal hudud 1990, tapi DAP tak pernah nak faham-faham sejak 25 tahun, apa itu hudud.
"Macam, ada juga yang bila dengar Barisan Nasional (BN) terus 'switch off' (tak mahu dengar)," katanya yang mengibaratkan peniaga yang menaikkan harga itu seperti sengaja enggan memahami konsep GST.
Pada masa sama, beliau juga bertubi-tubi diajukan soalan yang “pedas” daripada pelajar yang salah seorangnya bertanya saranan kerajaan kepada rakyat supaya berjimat, sedangkan kerajaan tidak berbuat sedemikian, terutamanya isu membabitkan pembelian jet peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas perkara itu, Ahmad berkata pembelian itu dibuat kerana jet kerajaan yang ada sering rosak dan kos membaikinya lebih mahal daripada kos pembelian jet baharu.
"Jet kerajaan itu kerap kali rosak. Kos penyenggaraan untuk baiki lebih tinggi. Jadi, beli (jet) baru untuk Agung, Sultan dan Najib. Bukan jet peribadinya (Najib)," katanya sambil memaklumkan yang harga pesawat MH370 ialah RM660 juta sementara harga jet baru itu RM400 juta.
Beliau juga menjelaskan, kerajaan menyokong GST kerana terdapat 169 negara melaksanakannya.
"Kerajaan buat apa yang baik dan betul. SST banyak kelemahan. Ada 169 negara yang melaksanakan (GST), sebab itu saya sokong," katanya. – 11 April, 2015.

2 comments:

  1. Gasak Sampai Ter-Benggap

    Apa pun boleh jadi sekarang bila budak benggap Senior hendak membenggap kan bebudak muda Junior.

    Pakai lah bebende GST , pasti semua jadi benggap

    Bila keluar universiti kerja kutip duit tol tol.

    Dah Otak Benggap hasil cikgu cikgu benggap ; apa boleh buat pon.

    ReplyDelete
  2. sebelum ianya bertambah parah aku harap PM Datok Najib patut hantar Ahmad Mazlan, Hasan Malek dan AP Langkawi Ir Nawawi keHospital Mental bagi menjalani ujian otak tujuan mengenal pasti virus yg telah menyerang otak mereka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa