Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 13, 2015

Kesihan Mukhriz......

Mukhriz digesa letak jawatan MB Kedah jika tidak mahu sokong PM
UPDATED: Apr 12, 2015 07:58pm
Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib jika siasatan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika sebaliknya beliau akan bersama-sama rakyat, kata Ahmad Lebai Sudin. - Foto arkib TRP

KUALA LUMPUR, 12 April:

Datuk Seri Mukhriz Mahathir digesa melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya enggan memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, jawatan menteri besar yang disandang Mukhriz itu adalah lantikan oleh Perdana Menteri dengan sokongan kepimpinan negeri.

“Sekiranya beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, elok letak jawatan,” katanya dipetik dari laporan portal SuaraTV.

Mukhriz pagi ini telah memanggil seluruh pimpinan UMNO Bahagian Kedah ke kediaman rasmi menteri besar di Seri Mentalon bagi membincangkan soal krisis antara mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib.

Bagaimanapun tidak ada kata putus dicapai dan Mukhriz difahamkan mahu menunggu hasil keputusan laporan Ketua Audit Negara berkaitan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahmad mendakwa tindakan Mukhriz itu telah dikecam oleh pimpinan UMNO Kedah yang lain kerana tidak boleh membezakan soal memberi sokongan dengan isu 1MDB.

“1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara ia tidak harus menjadi ‘benchmark’ kepada kepimpinan Najib.

“Perdana Menteri sendiri berjanji sekiranya ada salah laku dalam 1MDB, tindakan tegas akan diambil.

“Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib sekiranya (siasatan) yang dijalankan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika siasatan mendapati sebaliknya, beliau akan bersama-sama rakyat,” katanya.
Ahmad Lebai Sudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Kedah


Menurut Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut juga membidas tindakan Mukhriz dan menegaskan sokongan terhadap Perdana Menteri tidak seharusnya berpaksi kepada 1MDB semata-mata.

Bagaimanapun, Johari ketika dihubungi The Rakyat Post enggan mengulas lanjut perkara itu.

Selain Ahmad dan Johari, antara pimpinan UMNO yang juga ADUN yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrhaim (Pedu), Datuk Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Dato Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).

Manakala antara ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Aminuddin Omar; dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim.

Seterusnya Ketua UMNO Bahagian yang hadir Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah).

3 comments:

  1. Dalam Umno ni kalau nak survive, pemimpin yang korup harus dipertahan sampai ke titisan darah yang terakhir.

    Sesiapa yang melawan arus akan dikenakan GST Ganyang Sampai Tertomoih.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Hei Lebai. Kau jgn lah beri sokongan bulat2 pd PM sebelum buat relaity check. Jabatan Audit tu dibawah PM yg juga Advisor 1MDB. Takkan pencuri nak kata dia mencuri. Pikir2kan lah. Jgn nak sokong buta tuli seje. Cuba jadi seorang yg bijak memikir...nanti kalo orang ckp bodh kau marah plak Lebai...tukai nama Lebai lah ke lebah ke baru ok kot..

    ReplyDelete
  3. Adun Kedah bwbudak tak cukup duit nak beli kain kapan


    Tu sebab sokong budak 1 Mat Dah Bahaliol aka Mat Mongol buta buta


    Orang yang ber TOHAN duit tak akan ambil iktibar kisah JJ

    Bahalol saja

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa