Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 21, 2015

Sekiranya gagal berlaku adil, letak jawatan sajalah!

Zahid, Khalid bercanggah isu demo anti salib

 | April 20, 2015
Zahid Hamidi berkata peserta boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan tetapi Ketua Polis Negara pula berkata tindakan tidak boleh diambil kerana tiada unsur hasutan.
zahid hamidi
SERDANG: Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memberi kenyataan berhubung peserta demi anti-salib di Taman Medan, Petaling Jaya pada Ahad lalu.
Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata, peserta itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.
“Mereka akan diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948,” katanya dalam satu sidang media di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Isnin.
Ahmad Zahid berkata, kejadian seperti itu menunjukkan Malaysia masih memerlukan Akta Hasutan.
“Akta Hasutan ini bukannya melindungi agama Islam sahaja, tetapi melindungi agama lain termasuk Kristian,” ujar beliau.
Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula memberi kenyataan bertentangan di mana peserta terlibat tidak akan dikenakan Akta Hasutan kerana tidak melibatkan unsur hasutan.
Katanya, kejadian itu tidak menyentuh isu agama sebaliknya ia hanya merupakan isu masyarakat tempatan.
“Kami tidak melihat apa-apa isu yg berbentuk menghasut. Ini bukan isu menyentuh agama atau agama kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu,” tegas Khalid.

2 comments:

  1. Siapakah yg tidak faham peranan akta hasutan diantara dua orang nih? Sorang panjat tiang dan sorang lagi panjat dinding, apa sudah jadi?

    ReplyDelete
  2. Kes Salib atas pada Bangunan ini bende kechik saja

    Satu Ketua tak tahu jadi Ketua , dan satu lagi Pekerja tak tahu jadi Orang

    Dua dua bahalol saja

    Rakyat tanggung GST tuk bayar gsji pencen orang orang bahalol negara

    Nak ber gaya tapi bahalol , mana Rakyat nak setuju pon


    Yang ber demo pon macam tak cukup makan sifat nya.... Anak Bini Cucu Cicit kat rumah pon tak hormat azan masjid tengok Astro


    Melayu Melayu saja pon.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa