Tak disebut juga Parlimen Pekan.....bukankah kawasan pusaka Tun Razak?
Nurul Izzah persenda kenyataan ‘syarikat sendirian berhad’ Shahrizat
OLEH ISTA KYRA SHARMUGAM
Published: 12 April 2015 9:31 AM
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyifatkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai seorang yang tidak tahu malu apabila mengatakan Permatang Pauh sebuah ‘syarikat swasta’. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 April, 2015.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersendakan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil malam tadi, yang menyamakan kawasan Permatang Pauh dengan "syarikat sendirian berhad" di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anak sulung pemimpin pembangkang, yang ketika ini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh kerana sabitan liwat berkata, Shahrizat tidak malu berkata demikian.
"Ada seorang ketua Wanita Umno di Permatang Pauh yang tidak tahu malu mengatakan Permatang Pauh sebuah syarikat swasta.
"Saya nak cakap, jika nak belajar, dengar. Kami bukan macam NFCorp (National Feedlot Corporation) atau NFC, yang nak guna dana dan libatkan ahli keluarga dalam satu projek yang sebenarnya untuk rakyat.
"Bila kami bercakap pasal perjuangan, ia bermakna anak-anak kami dan keluarga kami terlibat dalam menentang penindasan rakyat," kata Nurul Izzah dalam ucapannya pada majlis makan malam “March to Freedom” malam tadi anjuran PKR Perak di Ipoh.
Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR dan pengarah pilihan raya, berkata beliau masih boleh berdiri dengan bangga sebagai anak Anwar.
"Hari ini hari ke-61 ayah saya dipenjarakan dan semalam ketika pertemuan keluarga kami, memang kami rasa sangat sedih.
"Tetapi, bagaimana sedih pun kami, oleh kerana kami tidak melakukan rasuah, tidak menyalahguna kuasa, dan tidak menindas orang, kami bangga sebagai keluarga Anwar," katanya.
Shahrizat bekas menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat yang terpaksa meletak jawatan pada April 2012.
Suaminya, Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak mereka dituduh menyalahgunakan dana awam dalam projek itu.
Salleh menghadapi tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta dan didakwa melanggar Akta Syarikat berkaitan dana persekutuan RM49 juta yang diberikan kepada NFCorp.
Terdahulu, Nurul Izzah memberitahu hadirin, ketika beliau ditahan polis semalaman mengikut Akta Hasutan, beliau berasa risau mengenangkan anak-anaknya yang masih kecil.
"Tetapi, jika kami didiamkan sekarang, dan tidak berani menentang penindasan ini, kami akan terus didiamkan hingga bila-bila."
Nurul Izzah ditahan pada 16 Mac kerana didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan ketika membahaskan ucapan Yang di-Pertuan Agong, di mana beliau mengkritik badan kehakiman berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan liwat ayahnya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudiannya berkata, Nurul Izzah ditahan di bawah Akta Hasutan kerana berucap pada perhimpunan #KitaLawan, dan bukan kerana ucapannya di Parlimen.
Katanya kepada hadirin, majlis makan malam “March to Freedom” itu sebahagian usaha mengumpul satu juta tandatangan di bawah petisyen menggesa Yang di-Pertuan Agong mengampunkan Anwar.
Beliau berkata perjuangan parti itu bukanlah atas dasar peribadi untuk Anwar, tetapi perjuangannya menuntut kebebasan ialah juga bagi media dan hak asasi manusia, dan ia berterusan selama 17 tahun sejak hari-hari awal pergerakan reformasi.
Beliau berkata Malaysia menjadi bahan ketawa dan aib kepada badan antarabangsa seperti Human Rights Watch dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, berikutan 'tangkapan haram' pemimpin pembangkang dan aktivis.
"Saya akan pastikan mereka dapat senarai nama semua pemimpin pembangkang dan aktivis yang dikenakan tindakan."
Beliau berkata Malaysia membelanjakan kira-kira RM20 juta untuk mendapatkan kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Selepas membelanjakan wang itu, mereka (kerajaan Barisan Nasional) terus menindas demokrasi, menahan pemimpin pembangkang dan aktivis.
"Di Parlimen seluruh negara, perbahasan masih berterusan sama ada hendak melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau tidak, tetapi di Malaysia, semua yang dibahaskan ialah agenda Umno," katanya merujuk kepada Akta Pencegahan Keganasan (Pota) yang diluluskan Dewan Rakyat pada 7 April dan pindaan kepada Akta Hasutan.
Nurul Izzah mendakwa, BN memperkenalkan undang-undang baru untuk menakutkan rakyat.
"Ingat kumpulan militan Al-Maunah? Kumpulan ini disabitkan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Ini menunjukkan kita sudah ada undang-undang membanteras pengganas, tetapi mereka wujudkan undang-undang baru untuk menakutkan rakyat."
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali juga bercakap pada majlis makan malam itu, bertanyakan kemampuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam memimpin negara selepas memungkiri janjinya memansuhkan Akta Hasutan.
"Najib 2 kali berjanji gantikan Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian Nasional, tetapi ia tak terjadi sekarang.
"Kalau perdana menteri tak boleh berpegang pada janji, siapa lagi kita nak harapkan?"
Timbalan presiden PKR itu berkata, rakyat perlu bersatu dalam perjuangan mereka walaupun ketika ini Anwar, yang sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, dipenjarakan.
"Anwar tak boleh memimpin kita sekarang, jadi kita mesti memimpin diri kita sendiri supaya waktunya di dalam penjara tidak sia-sia.
"Biar kita ditangkap, diburu, dicederakan, kita akan teruskan perjuangan kita," katanya, sambil menambah yang pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Rompin harus memberi isyarat pertama kepada BN yang "cukup-cukuplah". – 12 April, 2015.
hello
ReplyDeletekau tak layak nak ckp busuk org - kau sekelurga BUSUK DAN KOTOR
NK JGA SATU KWSAN PARLIMEN JAGA LAKI PUN HANCUS
sapa yg dengar ckp budak ni bodoh
OLIH KERANA BPK MELIWAT DIA SATU FAMILY JDI WKIL RKYAT
Sapa nk jadi w/rkyat suruh bpk kamu meliwat
Bangang punya komen..ni mesti geng ahmad maslan.
DeleteAda besar beza nys Orang yang Bijak ber Pendidikan dengan yang Bahalol ber pendidikan.
ReplyDeleteNurul dan Shahrizat bagai Bulan dan Longkang
Nurul boleh ber bangga kerana darah daging nya bersih tanpa Rasuah mentedarah harta Rakyat
Rakyat perlu guna otak memilih pemimpin bersih dari yang lahanat giler kaya ber gaya hasil tipu daya ke atas Rakyat
Orang Orang Melayu Kampong rata rata malas bahalol papa kedana suka meminta minta dan rasuah
Akibat otak pendek , anak cucu cicit merana di tipu aniaya lahanat bangsa Melayu sendiri
Bukan bangsa lain , melayu jugak
Memang.pun melayu malas semalas , rajin duduk kedai kopi cerita politik lowya apa pun tarak. Tanah berbukit bukau.hasil tarak hampeh dibahalol kan olih melayu umno.
ReplyDelete