Jangan panjangkan isu Taman Medan - Ketua Polis Negara
Huzaifah Abd Jamil, Astro Awani |Kemas kini: April 21, 2015
(Diterbitkan pada: April 21, 2015 22:36 MYT)

KUALA LUMPUR: Semua pihak diseru supaya tidak memanjangkan lagi perbincangan mengenai insiden yang berlaku di Taman Medan kerana ia melibatkan isu sensitif.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tidak semua perkara boleh dipanjangkan dan disebarluaskan kerana ia hanya mengundang keburukan kepada semua pihak.
“Saya merayu kepada semua (agar tidak memanjangkan isu ini), kerana ada perkara yang kita boleh panjangkan, boleh kita sebar luaskan tetapi isu-isu berkaitan dengan bangsa dan agama ini kita jangan main-main.
“Jadi janganlah kita mainkan sentimen-sentimen yang sengaja memanaskan situasi ini, ini tidak baik untuk negara kita yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa,” ujar beliau dalam satu sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.
Khalid menjelaskan, pihak polis tidak mengambil sikap berdiam diri atas setiap laporan yang diterima tetapi akan melakukan siasat dengan kadar segera.
Berkenaan insiden di Taman Medan itu, beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), kerajaan negeri dan pihak polis Selangor dan mengambil tindakan yang sepatutnya.
“Saya memberi jaminan di sini bahawa setiap laporan polis yang dibuat akan kita siasat, tapi biarlah pihak berkuasa MPPJ, kerajaan negeri dan pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang patut.
“Siasatan akan tetap dibuat, dan saya juga tidak akan mencampuri urusan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis Selangor,” ujarnya.
Ditanya mengenai penglibatan abangnya Datuk Abdullah Abu Bakar, Khalid optimis menyatakan beliau tidak risau sekiranya tindakan undang-undang dikenakan kepada abangnya itu.
“Saya amat profesional dalam hal ini kerana sentimen adik beradik tidak akan mempengaruhi saya dalam apa juga tindakan kita (pihak polis),” tegas beliau.
BACA: Abang KPN nafi ketuai bantahan gereja Taman Medan
Sekumpulan 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya pada Ahad dilaporkan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah gereja yang baru sahaja dibuka di situ.
Mereka turut mempersoalkan lambang salib yang diletakkan di luar gereja berkenaan selain menuntut ia diturunkan kerana lambang suci penganut Kristian itu dikatakan boleh mempengaruhi minda penduduk muda beragama Islam di sana.
Bagaimanapun, Khalid berkata tiada unsur hasutan dalam protes yang diadakan di hadapan gereja itu.
BACA: Tiada unsur hasutan dalam bantahan gereja Taman Medan - KPN
Menurut beliau, ini adalah kerana bantahan tersebut diadakan berhubung isu lokasi gereja dan bukan menyentuh soal agama Kristian.
Dalam pada itu, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan pada Selasa berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan setelah mengadakan perbincangan di peringkat Kabinet.
BACA: Najib arah polis siasat protes salib Taman Medan
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kes bantahan penduduk itu akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
BACA: Isu salib diserah kepada peguam negara untuk tindakan - Wan Junaidi

hanya darakula dan vempire yg takut salib tak tau pulak kat sini ramai pengikut darakula
ReplyDeleteKalaulah individu yg terlibat itu adalah Anwar Ibrahim atau Mat Sabu atau sewaktu dgnnya, amat pasti hingga tidak muat slot berita tv kamu hebahkan berminggu-minggu. Media cetak perdana pun serupa, tetapi bila ia melibatkan puak kamu sendiri, adakah patut kamu suruh orang lain berdiam diri pula? Bangkai!!!
ReplyDelete