Haider Yutim,Astro Awani |Kemas kini:April 11, 2015
(Diterbitkan pada: April 11, 2015 23:03 MYT)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh hari ini berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat adalah haram.
Katanya, dengan kedudukan negara yang mengalami masalah ketirisan dan rasuah, cukai itu tidak wajar dikenakan dan ianya bercanggah dengan syariat Islam.
"Cukai sebegini seolah-olah merompak rakyat secara sah ... walaupun Islam membenarkan kutipan cukai dalam negara, tetapi ia adalah haram apabila negara dipenuhi ketirisan dan rasuah," katanya kepada pemberita pada program 'Himpunan Derita Rakyat (HINDAR)' anjuran Dewan Ulama PAS Pusat, pada Sabtu.
Menurut beliau, di Singapura, meskipun kerajaannya mengenakan GST, tetapi ianya diganti dengan sistem pengangkutan awam yang efisyen serta harga kereta yang jauh lebih murah.
Selain itu, katanya negara Malaysia kaya dengan pelbagai sumber asli seperti petroleum dan kayu balak yang boleh dijadikan sumber pendapatan.
Terdahulu, dalam ucapannya, Nik Zawawi berkata Dewan Ulama PAS akan meneruskan agenda seperti program HINDAR ini membangkitkan kesedaran rakyat.
Ujarnya, ini adalah pertama kali Dewan Ulama turun untuk membantah kerana katanya pelaksanaan GST menzalimi rakyat dan bercanggah dengan syariat Islam.
"Kita Dewan Ulama bukan menentang secara membabi-buta, tetapi GST satu sistem percukaian yang tidak patut dilaksanakan di negara kita," katanya lagi.
Nik Zawawi juga berkata, beliau bersedia berdebat dengan mana-mana pihak termasuk menteri atau mufti tentang hukum melaksanakan GST.
"Saya hendak rumuskan bahawa dalam negara kita ini, dikenakan GST ini hukumnya adalah haram. Dan saya bersedia untuk bersemuka dan siapa sahaja dalam negara kita di kalangan ilmuan atau sesiapa pun saya sanggup untuk berdepan dengan mereka, tetapi dengan syarat dalam televisyen yang dibuka umum," katanya.
Ditanya mengapa Dewan Ulama memilih untuk turun membantah GST dan bukan cukai-cukai lain sebelum ini, katanya sebelum ini cukai yang dikenakan oleh kerajaan tidak begitu membebankan tetapi GST melibatkan semua rakyat.
"Dan kita rasa ini tanggungjawab Dewan Ulama untuk jelaskan dari segi hukum itu sendiri... itu yang menyebabkan bila adanya GST ini, kita turun," ujarnya.
Dalam pada itu beliau juga mencadangkan supaya kerajaan lebih agresif dalam usaha menarik pelabur asing dari negara-negara ASEAN untuk melabur di negara ini daripada mengenakan GST.
Himpunan yang menyaksikan kira-kira 2,000 perserta yang di Padang Merbok itu turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dan pemangku Timbalan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Terencat akal ke kepimpinan PAS ini ????
ReplyDeleteKalau nak jadi jantan pon , sunat lah dulu sebelum meng entot
Ini sudah sumbat baru nak sunat.
Gasak Sampai TerBenggap dah mula 1 April lepas , baru sekarang nak guna Otak Gred 3 tu ber fikir. Bahalol betol....
Kalau tanya budak tahub 5 Tadika pun tahu jawab kesan GST takbagus.
Macam mana boleh pikir nak jadi kepimpinan bila Otak sendiri Gred 3,
Ini hasil kurang membaca dan menonton CNN BBV SlKazeera News juga Economist
Kesian kan ?
Bukan turun untuk test market sokongan kepada geng2 ustaz ke? hehehe. Suruh Ust. Zawawi debat dengan Ust. Wanji dulu sebelum boleh mendabik dada sebagai ulamak konon! huhuhu
ReplyDeleteHoi Anomymous, ko terencat jangan cakap orang lain terencat. ko ingat dengan menonton CNN boleh tambah ilmu pasal hukum hakam ke. pegi cuci dulu otak barat ko tu baru komen kat sini.
ReplyDeleteJenis otak slow teramat sangat dan sel-sel otak baru shj nak bersambung agaknya, itu pun entah. Orang lain telah membuat bantahan pelaksanaan GST lama sebelum 1 April 2015, mereka ni masih belum mumaiyiz lagi kut pd masa itu. Oh ya tak ya juga baru teringat, mereka adalah golongan ulama bukannya dari kalangan profesional. Ulama mana boleh dengar nasihat dari yg profesional, bukankah begitu?
ReplyDeleteKenapa x dikeluarkan fatwa sebelum 1 April lagi. Dari dulu kini dan selamanya mufti mufti rasmi kerajaan x ada seorangpun yang buat keluar fatwa terbuka sebaran umum macam pas buat. Ini adalah untuk nak dapatkan kredit sokongan orang ramai kepada golongan main stream ustaz ustaz yang arif dalam satu jurusan saja,bab lainnya K O ! Nampak sangat bulan Jun ni ada pemilihan dalam pucuk pimpinan pas " pilihlah aku - unity governgmentg (kera jaang perpadu$ wang ) "
ReplyDeleteBukan apa. Inilah masanya nak cari popularity, political mileage.
ReplyDeleteTabik DUP.. pasms lamgsung x leh nk wat mcm anda sbb dikhuatiri 20 org je yg akan hadir!!
ReplyDeletekomen budak sekolah menengah!
DeleteTabik DUP... PASMA pasti x mampu nak ikut jejak anda lantaran dikhuatiri hanya 20 org shj yg akan hadir!!
ReplyDeleteHaram tetap haram. Ularmak UMNO ada berani ke?
ReplyDeleteAku tengok macai2 pkr mcm dengki je dgn demo Pas..........ye la sbb depa buat demo tp tak dpt sambutan.......syabas Pas teruskan perjuangan anda walaupun terpaksa menghadapi musuh dari 2 arah termasuk musuh dlm selimut ! Jgn buat sesuatu dgn gelojoh dan gopoh mcm macai yg terdesak utk berkuasa maka kata mereka apa pun boleh walaupun melanggar hukum Tuhan demi kuasa yg diidam2kan.
ReplyDelete