oleh Mariam Mokhtar
SEKILAS PANDANG: Hasil pemerintahan selama 58 tahun Umno Baru, setelah beratus juta duit dilaburkan untuk pendidikan, telah di lihat Ahad lepas. Sekumpulan orang Melayu melakukan bantahan di depan sebuah gereja di Petaling Jaya. Mereka berasa terancam dengan salib, yang terletak di bumbung gereja. Mereka juga takut yang anak-anak muda mereka akan terpengaruh.
Anda mungkin pernah mendengar kata-kata ini, “Dilahirkan dengan sudu emas dalam mulutnya”. D Malaysia, satu lagi kata-kata baru lahir; ‘Dilahirkan dengan tempurung kelapa jadi kepala otak mereka”, dalam kata lain, untuk jadi tidak peduli dan bebal.
Tempurung kelapa yang tebal tidak lut dengan rangsangan. Maklumat dan idea tidak boleh masuk ke dalam otak orang Melayu Umno Baru. Mereka terpenjara dalam dunia yang mereka cipta, dan kerana busuknya hati mereka, orang lain akan diheret sekali.
Orang Islam yang menghadiri sekolah mubaligh masih kekal Islam. Ibu bapa Melayu, yang mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah ini, tertarik dengan ethos sekolah, kualiti pengajaran, kurikukulum dan displinnya. Mereka tidak peduli dengan salib atas bumbung, salib yang tertekap di logo sekolah atau loket salib kayu yang dipakai oleh paderi dan rahib.
Ibubapa tidak peduli jika ‘The Lord’s Prayer’ dibaca dalam perhimpunan, atau rahib-rahib memberi restu kepada para pelajar dengan symbol salib. Ibubapa menggalakkan persembahan akhir penggal sekolah. Mereka tidak kisah jika lagu-lagu barat dinyanyikan, lagu-lagu mazmur dimainkan dan lelaki menari dengan perempuan di atas pentas. Mereka mengetahui yang semua ini hanyalah proses menjadi dewasa.
Dasar Menteri Pendidikan Muhyuddin Yassin telah mengecewakan anak-anak kita. Walaupun beratus juta dilaburkan untuk projek-projek mahal, guru-guru asing, dan teknologi terkini, pandangan terhadap dunia dan kebijaksanaan orang Melayu masih tidak berubah.
Sebenarnya, Orang Melayu tidak pernah meninggalkan keselesaan dalam tempurung.
Kebanyakan ahli keluarga Diraja Melayu, termasuklah seorang Sultanah dan seorang Perdana Menteri, Najib Razak ialah produk sekolah mubaligh. Adakah Najib ke hadapan untuk menghentikan serangan tidak masuk akal ke atas orang bukan Islam? Tidak!
Najib tidak pernah, dan tidak akan menjadi, seorang pemimpin yang memperjuangkan keharmonian. Harmoni hanyalah kata-kata tempelan apabila dia berada di luar Negara, jauh daripada orang Melayu yang konservatif.
Najib boleh menghentikan kebebalan ini, tetapi dia tidak akan. Dia tidak boleh mengecewakan puak pelampau, yang telah berjanji taat setia, sekiranya tidak mahu politiknya dimusnahkan. Mereka hanya kekal berdiri dibelakangnya selagi mana dia boleh memberi kan mereka sesuatu, kontrak-kontrak misalnya.
Jadi tanggungjawab terletak di pundak orang Melayu yang lain, untuk bersuara menentang ketaksuban yang digerakkan oleh sesetengah orang Melayu kepada saudara bukan Islam mereka. Suara orang Melayu yang progresif perlahan-lahan didengari tetapi ia masih sekadar bisikan. Ia perlu menjadi lebih lantang.
Baru-baru ini sumbangan duit daripada Arab Saudi didakwa digunakan untuk menganjurkan kumpulan perbincangan agama, di rumah-rumah dan masjid-masjid. Samaada ia dipantau masih menjadi tanda tanya. Bukan semua yang berasal daripada tanah suci ialah perkara yang baik. Salah satu contohnya ialah Osama bin Laden. Di Arab Saudi, tapak suci orang Islam, yang tidak disukai golongan Wahabi, sedang dimusnahkan.
Hanya dua cabaran kepada Islam di Malaysia abad ke 21. Pertama, kebodohan ramai orang Melayu Umno Baru. Kedua, kekurangan kepimpinan pemimpin Melayu.
Bahalol
ReplyDeleteMak Bapak sudah lah malas bodoh pulak tu
Di pilih Ketua mereka tanpa pikir panjang akibat menagih Rasuah , generasi Bahalol di tinggal kan pun tidak mengapa
Itu lah Mak Bapak orang orang Melayu sekarang
Kurang membaca , Benggap memikir hanya pandai neniru ikut ikutan
Di sangka Jubah Kopiah Serban itu Ulamak walhal Otak Kosong SPM Gred 3
Jaja jaja Agama di jadi Ketua , bodoh miskin tu orang orang Melayu saja
Org. Melayu Bendera Merah Putih yg. "Melayu" melemahkan Islam.Mereka mendukung Pembentukan Negara "Pelembagaan" yang dicipta oleh org. bukan Islam (Musuh Islam).
ReplyDeleteInilah hasil dan natijahnya:-
- MELAYU paling ramai di PUSAT SERENTI
- MELAYU paling ramai hidup gelandangan d kota raya
-MELAYU paling ramai hidup miskin
-MELAYU tanah tumpah darahnya semangkin mengecil
-MELAYU paling ramai terlibat dengan gegala siosal
-MELAYU paling ramai terlibat dengan rasuah
-MELAYU semangkin jauh dgn amalan baik yang d suruh oleh Agamanya
-Melayu paling ramai menjadi kaya apabila melibatkan diri dlm politik
-MELAYU ....MELAYU....MELAYU........Dukunglah Pelambagaan Negara Yang D CIPTA oleh BRITISH......Dulu..Kini dan Selamanya agar hidup sejahtera dunia dan Akhirat........
kih kih kih...
ReplyDeletemengata dulang paku serpih...
mengata orang awak tu yang berlebih- lebih lagi teruk dari orang yang awak mengata...
kesimpulannya...
apabila jari jemari lebih pantas menaip dari akal memikirkannya maka keluarlah artikel kat ataih nun...