Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 21, 2015

Fakta mengejutkan.......

Hampir 80 syarikat kawalan keselamatan terlibat dengan kongsi gelap
Anthea Yap,Astro Awani |Kemas kini:April 21, 2015
(Diterbitkan pada: April 21, 2015 18:09 MYT)

Hampir 80 syarikat kawalan keselamatan terlibat dengan kongsi gelap
Sehingga kini, lesen yang membabitkan hampir 80 syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara telah dipajak kepada beberapa kumpulan kongsi gelap. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Isnin mendedahkan terdapat sesetengah syarikat kawalan keselamatan yang diurus oleh kumpulan kongsi gelap.

Agensi bukan kerajaan, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) mengakui perkara tersebut berlaku berikutan terdapat pembabitan kongsi gelap melalui pemajakan lesen.

Sehingga kini, lesen yang membabitkan hampir 80 syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara telah dipajak kepada beberapa kumpulan kongsi gelap.

Menurut Presiden PPKKM Datuk Sri Mustapa Ali, kebanyakan syarikat berkenaan beroperasi di kawasan perumahan dan pembinaan.

Jelasnya, tindakan memajak lesen itu berlaku walaupun pemegang saham syarikat kawalan keselamatan berkenaan terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat dalam organisasi polis dan tentera.

“Kebanyakan 'bapa angkat' ahli kongsi gelap ini mempunyai sekuriti berlesen tetapi memajak kontrak tersebut kepada pihak ketiga iaitu ahli kongsi gelap yang tidak berlesen atau merupakan kumpulan haram," kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustapa turut mendedahkan sejumlah 80 peratus kawasan Lembah Klang termasuk Pelabuhan Klang dan Subang dilindungi oleh kumpulan kongsi gelap.

“Kita sudah maklumkan kepada KDN supaya mengambil tindakan. PPKKM tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan dan terserah kepada kementerian untuk bekerjasama dengan pihak polis.

"Biar pihak terbabit mengambil tindakan supaya perkara ini boleh dicegah atau dihapuskan. Kalau tidak diambil tindakan maka semakin serius lagi kes ini," tambah Mustafa.

Mustapa turut berkata sebuah 'task force' bersepadu telah ditubuhkan dengan kerjasama KDN, polis dan pihak Imigresen sejak tiga bulan lepas bagi membanteras masalah kumpulan ahli kongsi gelap dalam syarikat terbabit.

Setakat ini, terdapat lebih 200,000 pengawal keselamatan tempatan dan warganegara Nepal yang sedang berkhidmat di negara ini.

2 comments:

  1. Semua kerja lahanat bangsa sendiri pon , yang lulus lesen dalam gomen pon bangsa sendiri pon

    Dah ketua besar pon lahanat , anak anak buah pon ikut lahanat jugak

    Apa ada kesah , hidup mesti kaya ber gaya jugak

    Salam 1Lahanat lah......,

    ReplyDelete
  2. apa lagi nak tunggu sila ambil tindakan kalau tidak akan ada musibah dikemudian hari
    kongsi gelap lawan kongsi cerah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa