Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 17, 2015

Hanya seorang Mufti yang bersuara dari ramai-ramai Mufti yang ada?

Mufti Wilayah gesa Putrajaya kecualikan GST kepada orang Islam
Published: 17 April 2015 1:56 PM
Mufti Wilayah Persekutuan berkata orang Islam di Malaysia sepatutnya dikcualikan GST kerana mereka sudah membayar zakat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 April, 2015.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad menggesa Putrajaya mengecualikan warganegara beragama Islam daripada membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana mereka sudah melunaskan zakat berdasarkan agama Islam.
Cadangan itu dibuat Zulkifli menerusi laman Facebook Mufti Wilayah Persekutuan semalam di samping menggesa Putrajaya mengurangkan kadar GST sedia ada.
"Kadar 6% hendaklah dikurangkan mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini.
"Masyarakat Islam yang membayar zakat tidak lagi dikenakan GST atau satu mekanisma khusus diwujudkan agar tidak berlaku dua kali pembayaran sehingga terbeban umat Islam itu sendiri."
Kenyataan sama turut diterbitkan laman rasmi mufti Wilayah Persekutuan dalam kolum “Bayan Linnas”. – 17 April, 2015.

3 comments:

  1. Wah kalau GST bukan pada Orang Orang Islam ada baik nya juga

    Tanda tanda bukan Islam memeluki Islam akan ber tambah terutama dari Vietnam , Cambodia , Laos , Myanmar dan Filipina.

    Duit zakat pon habis jugak lah


    Cina yang jana dana ekonomi akan mula hijrah kluat negara


    Negara akan bankrap menganti Indonesia pulak dengan nilai matawang Rp1 - RM3,550

    Bila dah macam ini nilai duit negara , sekilo daging lembu harga RM100,000 pulak doh


    Bahalol saja kan

    ReplyDelete
  2. Lebih baik tak bersuara, kalau bersuara nampak bodohnya.

    ReplyDelete
  3. Elok kalau Cina berhijrah dari Malaysia, ramai orang bangsa lain pun boleh berniaga..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa