Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 5, 2015

Gesaan PM Letak Jawatan: Khairy buat u-turn ke?

PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? (7)
Ibnu Hasyim

KL: APAKAH Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah berpihak kepada Tun Mahathir Mohammad apabila beliau bersetuju  bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab isu-isu yang dibangkitkan bekas PM itu bagi meredakan suasana?

Ketua Pemuda Umno itu berkata, meskipun beberapa isu yang disentuh Tun Mahathir itu sudah dijawab sebelum ini, namun ia perlu dijawab lagi.

"(Tun Mahathir mahu jawapan dari Najib) Saya rasa itu yang Tun Mahathir mahu. Kita boleh buat penjelasan tapi paling berkesan kalau Najib sendiri yang memberi penjelasan tersebut.

"Kalau ditanya (lagi) oleh Tun Mahathir bermaksud jawapan sebelum ini tidak cukup atau tidak jelas. Jadi, kita kena jelaskan lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di program menolak ekstremisme, di sini, hari ini. Lapor Sinar Harian.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?

Siri 1: Ini Sebab Najib Perlu Letak Jawatan.. Dedah Ku Li.
Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...  
Siri 7:

Terbaru, Tun Mahathir dilihat kembali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14. Dalam pada itu, Khairy berkata mengabaikan segala persoalan yang dibangkitkan Tun Mahathir bukan pilihan terbaik kerana ia akan memberi persepsi negatif kepada umum.

Menurut Sinar Harian lagi.

"Tun Mahathir bebas untuk bercakap dan menulis. Lebih-lebih lagi sebagai bekas perdana menteri. Sudah pasti beliau ada pandangan tersendiri. Kita harus mendengar dan menghayati apa yang ditulis oleh beliau.


"Bagi saya kita tidak boleh buat tak tahu apa yang dibangkitkan Tun Mahathir.

"Saya rasa kalau kita buat-buat tidak tahu, ia akan menjadi masalah yang lebih teruk lagi. Kita kena jawab. Walaupun jawapan telah diberi, kena jawab lagi. Sama ada isu 1MDB, isu jet kerajaan, isu Sirul dan sebagainya. Kena jawab. Kita tak boleh abaikan sahaja masalah itu. Abaikan masalah itu bukan pilihan yang baik," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa Tun Mahathir mempunyai pengaruh besar terutama kepada orang muda di negara ini.

"Saya harap bahawa mereka yang ada jawapan boleh tampil ke hadapan termasuk saya sebagai menteri. Kita akan turun ke bawah untuk memberi jawapan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan secara spesifik.

"Isu ini disebut dan dicakap dalam kalangan rakyat, jangan kita anggap ini tak penting dan abaikan sahaja.

Sebab Tun Mahathir ada pengaruh besar dalam kalangan rakyat terutama dalam kalangan orang muda. Kalau kita tak jawab, maka mereka akan dapat persepsi yang tidak betul.

"Sebab setiap isu yang dibangkitkan Tun Mahathir ada jawapan...pernah dijawab, pernah diberi jawapan mungkin kita kena ulang jawapan itu dengan lebih terperinci," kata Khairy.

Bersambung..

6 comments:

  1. Khairy bijak

    Najib pasti tak boleh lawan Cikgu yang cipta kerja PM dia

    Tapi kalau Cikgu ikut jejak Kuan Yew , Khairy akan u turn nak jaga periuk nasi

    Dalam UMNO semua biawak kan.....

    ReplyDelete
  2. Tentu ada yg tuduh tun dibayar oleh kerajaan mongolia...

    ReplyDelete
  3. Kj dan mukhriz berganding bahu.

    ReplyDelete
  4. Pak Lah pun juga seorang bekas perdana menteri dan orang lama dlm UMNO. Kenapa hanya Mahathir seorang saja yg sibuk lebih? Ini salah satu bukti menunjukkan Mahathir telah dan sedang memulas tanduk pemimpin2 UMNO, untuk memenuhi kepentingan peribadinya. Kalaulah benar Mahathir memikirkan nasib kaum melayu masa depan, tidak mungkin dia memaksakan pelaksanaan PPSMI dulu. Sebenarnya dia suka jika kaum melayu kekal bodoh atau menjadi lebih bodoh lagi supaya legasi keluarganya senang meratah kekayaan hasil negara, itu sahaja.

    ReplyDelete
  5. Baru hampa nak tau perangai mamak kutty hampa cuba pi kat kedai runcit mamak kat mana-mana pun depa ada spare tin tabung dan dalam harga jualan mereka mesti ada lima sen dihujung jualan itu dan lima sen inilah yang depa dok kutip dari orang melayu bodoh macam aku dan hampa semua tapi la nie aku tak pi kedai mamak dah sebab aku dah sedaq depa semua penipu dan lagi satu hampa perasan dak la nie banyak pemimpin koperat dah besepah dari mamak kutty tu lah sebabnya juga mahadey kutty impot mai banggala besepah dimalaysia nie.

    ReplyDelete
  6. para oportunis dlm umno sdg pening kepala memikirkan 'which way the wind blows'. salah buat ramalan habislah karier politik. wahai org melayu, pikirkanlah cukup2. org2 mcm ni bolehkah dipercayai utk dijadikan pemimpin

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa