Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 14, 2015

Biar betul Chedet oiii........!

Masa hang pegang kuasa dulu hang tak pernah ka buat kerja macam ni?

Mahathir: Ada ugutan jika tak sokong Najib
mk - 6:16PM - 13 Apr 2015

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa terdapat ugutan dibuat terhadap pihak yang tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Oleh itu, katanya, sokongan kumpulan tertentu terhadap Najib tidak bermakna mereka menyokong 1Malaysia Developmement Bhd (1MDB) yang kini diserang daripada segenap penjuru.
“Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

“Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk 'I love PM' dan menyanyi 'IM4U'.

"Tetapi dalam PRU 13 kalah,” sindir Mahathir, perdana menteri keempat.

Mahathir tidak menyebut secara khusus ugutan yang dimaksudkannya itu.

Bagaimanapun, ketika ketegangan memuncak akibat kritikan kerasnya, anak tunggalnya yang menyertai politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir mula terasa bahangnya.

Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengingatkan Mukhriz supaya bertanggungjawab memastikan Umno Kedah tidak berpecah susulan pertemuan khasnya dengan pemimpin-pemimpin negeri semalam.

Bukan kerana 'jambatan bengkok'

Mukhriz malah digesa meletakkan jawatan jika tidak menyokong kepimpinan Najib, yang dilihat mewujudkan keadaan serba salah kepada ahli politik muda itu.

Sementara itu, kenyataan Mahathir hari ini juga dilihat hampir selari dengan pendirian Umno Pulau Pinang yang mahu 1MDB disiasat, walaupun mereka mendakwa menyokong kepimpinan Najib.
Dalam tulisan di blognya hari ini, Mahathir juga menolak dakwaan beliau menyerang Najib kerana cadangannya membina “jambatan bengkok” ke Singapura tidak dilayan.

“Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut peletakan Najib sebelum PRU13.

“Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan,” katanya lagi.

Najib pada 9 April berkata Mahathir pernah memintanya melaksanakan projek itu untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura, sebelum melancarkan serangan terbuka ke atasnya.

Dalam wawancara khas di TV3, Najib juga berkata Mahathir juga tidak bersetuju dengan penyaluran bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Najib, selepas itu barulah Mahathir melancarkan serangan kepadanya, yang dilihat semakin sengit sejak beberapa minggu lalu.

7 comments:

  1. Dulu dia buat juga.

    ReplyDelete
  2. Bila sudah tua rasa rasa nak ikut Lee Kuan Yew , cubs cuba buat baik lah sikit

    Ini standard lah bila rasa rasa nak KIOK

    ReplyDelete
  3. Itulah akibatnya dimana UMNO yg sepatutnya adalah untuk ahli melayu, tetapi menerima mamak sebagai ahli. Padan muka, ambek kau!

    ReplyDelete
  4. Tun marah sebab 1MDB lingkup 45 Billion tanpa mendatangkan apa2 faedah kepada rakyat Malaysia sedangkan kalau bina jambatan bengkok tak samapai 5 billion pun. Aku agak gitulah

    ReplyDelete
  5. Mèmang anti BN. Tetapi kalau dia betul dan untuk kebaikan rakyat dan negara kita sokong. Kita sokong dan tidak sokong bukan kerana individu tetapi niat, objektif, polisi dan rancangan

    ReplyDelete
  6. org yg dulu cium tgn det skrg cium tgn najib. periuk nasi kena jg. pas pun dok ikut perangai sama

    ReplyDelete
  7. Suda suda la....tok wan blik p jaga tok kt rumah...x tau nnti tok dah padam...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa