Astro Awani |Kemas kini:April 14, 2015
(Diterbitkan pada: April 14, 2015 22:09 MYT)

KUALA LUMPUR: Isu jambatan bengkok kini hangat semula diperkatakan.
Ia lantas mengingatkan masyarakat negara ini, terutamanya warga negeri Johor, tentang kemelut yang melanda isu tersebut.
Semuanya bercetus daripada perbezaan pendapat dan kritikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jambatan bengkok atau dalam perancangan mahu dinamakan sebagai Jambatan Indah merupakan struktur jambatan sepanjang 1.4 kilometer yang diimpikan bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923.
Idea pembinaan jambatan lurus telah dicetuskan dan kemudian diubah menjadi 'bengkok' kerana Singapura tidak mahu mengubah struktur penghubung di sempadan negaranya.
Persetujuan Singapura pada awalnya tentang projek tersebut dikatakan diberikan secara ‘tidak rela hati sepenuhnya’ dan dilakukan hanya sekadar berdasarkan pendekatan berpakej.
1) Melancarkan aliran lalu lintas ke Singapura dan sebaliknya.
2) Kapal dagang atau pasukan keselamatan boleh belayar melalui Selat Tebrau (Selat Melaka ke Laut China Selatan dan ini akan merancakkan industri perkapalan dan pelabuhan negara iaitu Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.
3) Kelancaran aliran air di Selat Tebrau mampu meningkatkan kualiti air dan juga alam sekitar.
4) Pembukaan laluan air itu boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan Iskandar Malaysia dan negeri Johor secara keseluruhan.
KRONOLOGI ISU ‘JAMBATAN BENGKOK’
5 Julai 1996:Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencetuskan idea untuk merobohkan Tambak Johor yang menjadi pintu masuk selatan negara dan diganti dengan sebuah jambatan baharu.
8 Julai 1996:Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong menganggap cadangan Malaysia untuk menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baharu tidak mengejutkan republik itu.
1 Ogos 1996:Mahathir umumkan jambatan baharu bagi menggantikan Tambak Johor bakal dibina secepat mungkin setelah mendapat persetujuan Singapura. Namun tiada perjanjian secara rasmi dimeterai.
31 Julai 1997:Sebuah perbincangan telah berlangsung di antara Malaysia dan Singapura mengenai pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan Tambak Johor.
4 September 2001:Kedua-dua negara bersetuju dengan cadangan tambahan Malaysia berhubung pembinaan jambatan baharu yang dianggarkan siap pada tahun 2007.
13 Jun 2004:Malaysia yang telah memulakan kerja-kerja pembinaan fasa awal kemudiannya menghentikan sementara pembinaan bagi membolehkan rundingan lanjut dibuat dengan Singapura.
24 Januari 2005:Keputusan untuk membatal atau meneruskan pembinaan jambatan bernilai RM2 bilion itu terus berlarutan dan bergantung kepada hasil rundingan dengan Singapura.
27 Ogos 2005:Tiada kata putus dibuat oleh Singapura berkaitan projek berkenaan, namun Malaysia bertegas mahu meneruskannya.
6 Februari 2006:Singapura sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk meneruskan pembinaan jambatan tersebut tetapi meletakkan dua syarat iaitu menjual pasir kepada republik itu dan membuka ruang udara Johor untuk keperluan latihan jet pejuangnya.
9 Mac 2006:Malaysia meneruskan kerja-kerja awal pembinaan jambatan bengkok atau ‘Jambatan Indah’ berikutan Singapura tidak memberikan kata putus mengenai projek jambatan lurus.
Seni bina jambatan bengkok itu lebih tinggi dan membolehkan kapal-kapal kecil melepasinya namun Singapura enggan berkompromi dengan konsep itu.
12 April 2006:Perdana Menteri selepas Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi memutuskan bahawa Malaysia menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.
“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.”~ Tun Abdullah Ahmad Badawi, 12 April 2006.
26 Jun 2010:Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar cadangan pembinaan jambatan bengkok dipertimbangkan semula.
"Saya yakin seluruh rakyat Johor berasa gembira dengan terbinanya bangunan JB Sentral yang serba lengkap dan indah ini, namun masih terdapat kekurangan dan kecacatannya apabila komponen utamanya iaitu jambatan masih belum dilaksanakan hingga hari ini. Sekali lagi, saya ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor." - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, 26 Jun 2010.
17 April 2014: Mahathir sekali lagi membuat kenyataan mengenai mengapa pentingnya jambatan itu dibina sewaktu menghadiri sebuah acara di Iskandar Malaysia.
Ia lantas mengingatkan masyarakat negara ini, terutamanya warga negeri Johor, tentang kemelut yang melanda isu tersebut.
Semuanya bercetus daripada perbezaan pendapat dan kritikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jambatan bengkok atau dalam perancangan mahu dinamakan sebagai Jambatan Indah merupakan struktur jambatan sepanjang 1.4 kilometer yang diimpikan bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923.
Idea pembinaan jambatan lurus telah dicetuskan dan kemudian diubah menjadi 'bengkok' kerana Singapura tidak mahu mengubah struktur penghubung di sempadan negaranya.
Persetujuan Singapura pada awalnya tentang projek tersebut dikatakan diberikan secara ‘tidak rela hati sepenuhnya’ dan dilakukan hanya sekadar berdasarkan pendekatan berpakej.
Model jambatan bengkok yang dicadangkan Malaysia dihubungkan dengan struktur sedia ada di bahagian sempadan Singapura. -Grafik Astro AWANI
MANFAAT DARIPADA PEMBINAAN1) Melancarkan aliran lalu lintas ke Singapura dan sebaliknya.
2) Kapal dagang atau pasukan keselamatan boleh belayar melalui Selat Tebrau (Selat Melaka ke Laut China Selatan dan ini akan merancakkan industri perkapalan dan pelabuhan negara iaitu Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.
3) Kelancaran aliran air di Selat Tebrau mampu meningkatkan kualiti air dan juga alam sekitar.
4) Pembukaan laluan air itu boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan Iskandar Malaysia dan negeri Johor secara keseluruhan.
Keadaan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor dialami hampir setiap hari khususnya pada waktu puncak. -Foto AFP
5 Julai 1996:Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencetuskan idea untuk merobohkan Tambak Johor yang menjadi pintu masuk selatan negara dan diganti dengan sebuah jambatan baharu.
8 Julai 1996:Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong menganggap cadangan Malaysia untuk menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baharu tidak mengejutkan republik itu.
1 Ogos 1996:Mahathir umumkan jambatan baharu bagi menggantikan Tambak Johor bakal dibina secepat mungkin setelah mendapat persetujuan Singapura. Namun tiada perjanjian secara rasmi dimeterai.
31 Julai 1997:Sebuah perbincangan telah berlangsung di antara Malaysia dan Singapura mengenai pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan Tambak Johor.
4 September 2001:Kedua-dua negara bersetuju dengan cadangan tambahan Malaysia berhubung pembinaan jambatan baharu yang dianggarkan siap pada tahun 2007.
13 Jun 2004:Malaysia yang telah memulakan kerja-kerja pembinaan fasa awal kemudiannya menghentikan sementara pembinaan bagi membolehkan rundingan lanjut dibuat dengan Singapura.
24 Januari 2005:Keputusan untuk membatal atau meneruskan pembinaan jambatan bernilai RM2 bilion itu terus berlarutan dan bergantung kepada hasil rundingan dengan Singapura.
27 Ogos 2005:Tiada kata putus dibuat oleh Singapura berkaitan projek berkenaan, namun Malaysia bertegas mahu meneruskannya.
6 Februari 2006:Singapura sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk meneruskan pembinaan jambatan tersebut tetapi meletakkan dua syarat iaitu menjual pasir kepada republik itu dan membuka ruang udara Johor untuk keperluan latihan jet pejuangnya.
9 Mac 2006:Malaysia meneruskan kerja-kerja awal pembinaan jambatan bengkok atau ‘Jambatan Indah’ berikutan Singapura tidak memberikan kata putus mengenai projek jambatan lurus.
Seni bina jambatan bengkok itu lebih tinggi dan membolehkan kapal-kapal kecil melepasinya namun Singapura enggan berkompromi dengan konsep itu.
12 April 2006:Perdana Menteri selepas Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi memutuskan bahawa Malaysia menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.
“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.”~ Tun Abdullah Ahmad Badawi, 12 April 2006.
Goh Chok Tong (kanan) menganggap cadangan Mahathir untuk menggantikan Tambak Johor dengan sebuah jambatan sebagai sesuatu yang tidak mengejutkan republik berkenaan. - Foto AFP
"Saya yakin seluruh rakyat Johor berasa gembira dengan terbinanya bangunan JB Sentral yang serba lengkap dan indah ini, namun masih terdapat kekurangan dan kecacatannya apabila komponen utamanya iaitu jambatan masih belum dilaksanakan hingga hari ini. Sekali lagi, saya ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor." - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, 26 Jun 2010.
17 April 2014: Mahathir sekali lagi membuat kenyataan mengenai mengapa pentingnya jambatan itu dibina sewaktu menghadiri sebuah acara di Iskandar Malaysia.
“Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor. Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina" - Tun Mahathir Mohamad, 17 April 2014
ISU LAIN MENGENAI PEROBOHAN TAMBAK JOHOR
1) Terbinanya jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor akan membolehkan bot-bot kecil dan kapal bersaiz sederhana merentasi Selat Tebrau dengan mudah. Selama ini kapal-kapal yang dalam pelayaran jauh perlu mengelilingi Singapura. Kemungkinan pengurangan kapal yang singgah ke pelabuhan di republik itu difahamkan menjadi perkara yang ‘dibimbangi’ pihak Singapura.
2) Dengan pembinaan jambatan bengkok, aliran air di Selat Tebrau dijangka bertambah baik kerana selama ini ia terhalang struktur Tambak Johor. Aliran air laut yang lebih terbuka secara tidak langsung memberi kelebihan kepada kualiti air dan beberapa pihak menjangkakan ekosistem laut di Selat Tebrau akan menunjukkan penambahbaikan.
3) Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan kecil dalam kalangan pengusaha penternakan kupang sangkar di beberapa kampung nelayan berdekatan terutamanya di Kampung Senibong. Mereka mengatakan bahawa keadaan air di Selat Tebrau sekarang ini yang tenang dan penuh nutrien membolehkan benih kupang hidup subur.
Jika aliran Selat Tebrau sudah bebas dibuka, mereka bimbang benih kupang akan hanyut dan tidak melekat pada sangkar. Lagipun, para penternak kupang di kampung tersebut percaya bahawa benih induk kupang kebanyakannya berada di Tambak Johor.

TIADA PERJANJIAN
Walau apapun yang didebatkan mengenainya, sebenarnya tidak ada sebarang perjanjian yang ditandatangani oleh Malaysia dan Singapura mengenai pembinaan jambatan bengkok tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Peguam Negara Malaysia mendapati bahawa Malaysia tidak boleh membina jambatan berkenaan secara bersendirian (unilateral) kerana terikat dengan Perjanjian Air Johor-Singapura, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan 1965.

Jambatan Bengkok JB se sumgguh nya tuk memaju kan JB dan pelabuhan2 JB
ReplyDeleteMalang nya Nafsu Najib yang Bengkok ke Tuya Tuya sehinnga di ugut Singapore sampai gadai pulau batu putih dan tanah keretapi tanah melayu di Singapore
Bila nafsu bengkok , otak pun bengkok terus bahalol
Akibat nafsu bengkok , rakyat negara jadi papa kedana miskin dan benggap
Apalah punya komen Jabatan Peguam Negara perlu patuh pd perjanjian bekalan air itu, perjanjian royalti minyak dgn Terengganu dan Kelantan, boleh pula diengkari? Jika tekanan air itu tidak cukup kuat untuk mendaki ketinggian jambatan yg dicadangkan itu,kenapa tidak arahkan shj Singapura memasang pam untuk menambah kuasa tekanan air tersebut? Di tingkat paling atas KLCC pun boleh sampai bekalan air, inikan pula setakat ketinggian jambatan yg dicadangkan itu. Oh ya, disebabkan Jabatan Peguam Negara jugalah menghasilkan situasi menang menang dlm hal kehilangan kedaulatan dan pemilikan Pulau Putih Mata beberapa tahun lepas. Singapura menang sebab dapat memiliki pulau itu, manakala Malaysia pula menang kena kelentong.
ReplyDeleteAdakah kerana kupang, manafaat yang jauh lebih besar dan berpanjangan itu disekat? Menjadi suatu kehairanan besar kenapa perdana menteri Ahmad badawi dan Najib begitu takutkan Singapura namun tidak pula Tun Mahathir.
ReplyDeletePerjanjian air utk bekalkan air. apa pula kena mengena dengan bekalkan air dengan jembatan bengkok? Perjanjian pemisahan dan wayleave itu ada sebutkah tidak boleh buat jembatan bengkok??
ReplyDeleteTak salah aku dalam perjanjian air msia singapore dulu, sebarang tindakan pengalihan paip air yg sekarang ada di tambak johor mestilah mendapat persetujuan kedua2 belah pihak...jadi sebarang usaha menghapuskan tambak johor secara tak langsung perlu mendapat kebenaran pihak singapura kerana paip tuh ada kat tambak johor...
ReplyDelete