Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 13, 2015

Apa macam Shahrizat?

Mana tahukan?
Entah-entah pengundi Permatang Pauh ingin berubah angin dan undi anak mami ni.
Tak adalah lagi macam didakwa....pi mai..pi mai...tang tu jugak!

PRK Permatang Pauh: Shahrizat dicabar jadi calon - Zuraida
Wan Syamsul Amly,Astro Awani |Kemas kini:April 13, 2015
(Diterbitkan pada: April 13, 2015 13:00 MYT)

PRK Permatang Pauh: Shahrizat dicabar jadi calon - Zuraida
ZURAIDA: PRK Permatang Pauh: Shahrizat dicabar jadi calon - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diminta untuk membuka mata dan mengakui sokongan padu pengundi kepada Pakatan Rakyat (PR) di Permatang Pauh menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) di sana 7 Mei depan.

Sehubungan itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, Shahrizat dicabar untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK berkenaan dan membuktikan kebenaran setiap tuduhannya mengenai kemunduran Permatang Pauh.

"UMNO seolah-olah tidak sedar diri, mereka sendiri tahu pengundi di Permatang Pauh menyokong penuh PKR dan ia sudah dibuktikan sebelum ini.

"Jika Shahrizat cakap banyak lagi, saya cabar dia sendiri untuk jadi calon, lagipun dia memang berasal dari Pulau Pinang, jadi memang sesuailah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zuraida mengulas kenyataan Shahrizat yang menyifatkan Parlimen Permatang Pauh bukan sahaja berdepan isu 'sendirian berhad' tetapi juga soal pembangunan dan anggota Parlimen yang boleh membawa pembaharuan.

Jelas Shahrizat, maklum balas daripada peringkat akar umbi menyatakan pengundi di Permatang Pauh mengutamakan pembangunan dan sudah bosan dengan janji kosong pakatan pembangkang.

Kenyataan Shahrizat disokong Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mengharap pengundi memberi peluang kepada calon BN berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun setengah di kawasan itu sekali gus membawa pembaharuan sebelum membuat keputusan muktamad pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Shahrizat dilahirkan di Pulau Pinang pada 15 Ogos 1953 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Jalan Northam dan Madrasah Tarbiah Islamiah, Pulau Pinang.

Dalam pada itu kata Zuraida, tidak timbul isu tiada pembangunan di Permatang Pauh selain menyifatkan PKR sudah mendapat sokongan padu rakyat untuk terus berkhidmat di kawasan berkenaan.

"Saya percaya kita akan menang besar, ia sebenarnya medan menguji kekuatan Pakatan Rakyat dan menilai sokongan menjelang PRU kelak.

"Ia momentum baru yang menunjukkan luahan hati pengundi terhadap pelbagai isu panas akhir-akhir ini," jelasnya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi Permatang Pauh pada 2004 dan 2008 dengan majoriti 590 dan 13,398 undi mengalahkan calon BN.

Sementara pada PRU ke-13, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalahkan calon BN, Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

6 comments:

  1. Klu sharizat berani bertanding kt kubu pkr confirm aku x nak ungkit lagi pasal lembu.

    ReplyDelete
  2. Shahrizat sudah kaya ber gaya

    Buat duit senang di KL nak buat apa lawan undi di kampong pulau pinang

    Duduk pulau pinang mana boleh buiat duit

    Lembu 250juta pun buat di KL

    ReplyDelete
  3. macamana kawasan pembakang nak maju jika semua peruntukan dibekukan. bodoh piang mami lembu ni.

    ReplyDelete
  4. ada bau lombu pun ada lagi nak sokong ka
    dah latu cukup latu
    pastikan setiap kali ada prk pru
    no mo omno

    ReplyDelete
  5. mami lembu ??

    Lawak !

    Lawak !

    Lawak !

    Lembu pun ada mami ke ????

    ReplyDelete
  6. belum menang p pauh pun umno/bn dah beri khidmat GST. klu menang tak tau nak kata....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa