Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 22, 2015

Kelantan miskin: Sanggahan statements Dr. Abu Hassan oleh penyokong BN

Hakikatnya adakah Kelantan termiskin?
Komen dari blogger ni ada yang betul dan ada yang beliau terlepas pandang

KELANTAN MISKIN: NAK KATA BODOH, DIA PROFESOR, TAPI PENDAPATNYA MENUNJUKKAN DIA MACAM ORANG BUTA HURUF!!!


Aduhai mamat yang pakai cermin mata bingkai badut nih...

Kenyataan yang dikeluarkannya jelas menunjukkan statusnya tidaklah melambangkan kecerdikan sebenar. Sekaligus menunjukkan betapa terpesongnya seseorang yang bergelar ahli akademik apabila bahana politik sudah merasuk setiap sudut dan sel-sel otaknya.

Katanya, bukti kegagalan Najib dan Perdana-Perdana Menteri terdahulu gagal adalah KEMISKINAN KELANTAN.

Kelantan mempunyai pentadbirannya yang tersendiri. Setiap pentadbiran negeri bertanggungjawab untuk memajukan negeri masing-masing. Kedah memajukan Kedah dan tidak bertanggungjawab atas kemajuan Kelantan. Sarawak bertanggungjawab untuk memajukan Sarawak, bukannya bertanggungjawab menyalurkan kekayaan Sarawak kepada Kelantan. Begitu jugalah dengan Kelantan.

Berada di bawah Kerajaan Pusat, bukan bermakna pentadbiran Kerajaan Negeri goyang kaki dan meletakkan segala tanggungjawab kepada Kerajaan Pusat. Kalau negeri-negeri lain sibuk mencari jalan untuk membawa masuk pelaburan luar ke negeri masing-masing bagi tujuan mewujudkan kekayaan rakyatnya dan aliran tunai yang besar menerusi peluang-peluang pekerjaan, apa istimewanya Kelantan sebagai salah sebuah wilayah dalam Persekutuan Malaysia untuk berpangku tangan dan menggalang dahi sambil mengharapkan duit turun ke riba?

Setakat tadah kopiah dan serban, setakat berjubah dan berjanggut, tanpa sebarang usaha, Allah Taala tidak akan menjayakan seseorang. Asyik-asyik retorik agama, tidak akan membawa Kelantan ke mana-mana.

Semua negeri menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Malahan, melihat kepada bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kelantan terpaksa untuk menguruskan perbelanjaan pengurusan negeri setiap bulan, sudah cukup untuk menunjukkan Kelantan menerima bantuan yang tidak sepatutnya berbanding negeri-negeri lain.

Tak bantu apa lagi?

Gagal apa lagi?

Kelantan miskin, mengapa disalahkan Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri? Apa tugas Menteri Besar dan pentadbiran negeri? Kerja mereka goyang kaki ke?

Tu, mangsa-mangsa banjir yang sudah hampir lima bulan duduk dalam khemah tu, tanggungjawab Kerajaan Pusat juga ke?

Kalau dah semuanya tanggungjawab Kerajaan Pusat, elok jugalah Kelantan ditukarkan statusnya daripada sebuah negeri kepada Wilayah Persekutuan Kelantan, macam Kuala Lumpur, macam Labuan dan macam Putrajaya....

Nak ke Profesor cermin mata badut?

Nama macam ahli akademik hebat, tapi bebalnya, sama tebal dengan bingkai cermin matanya!!!  - sumber

7 comments:

  1. Bahalol

    Kawanan lembu dalam kandangan Keldai tidak membina Lembu seperti Kuda

    Gagal nya Negeri akubat ke bahalolan Mentri Besar dan Rakyat nya

    Cuba benar kan Azmin mentadbir Kelantan atau Lim Guan Eng mengurus ekonomi Kelantan pasti ada beza nya,

    Jangan di sama kan orang lain Bahalol jika sendiri yang Bahalol

    Yang pasti Rakyat Kelantan memang Bahalol memilih Keldai dan Unta untuk memimpin Lembu

    Terengganu pun samaBahalol nya juga

    Orang orang Melayu saja pon

    ReplyDelete
  2. Hadi kata takpe dgn adanya hudud nnt segala masalah boleh selesai. Semua pihak boleh goyang kaki.

    ReplyDelete
  3. Hadi kata takpe dgn adanya hudud nnt segala masalah boleh selesai. Semua pihak boleh goyang kaki.

    ReplyDelete
  4. banyak urusan dari pusat untuk negeri patut dipermudahklan tapi sengaja di susahkan
    biar miskin harta jangan miskin ugama

    ReplyDelete
  5. Kerajaan Persekutuan ada memberikan peruntukan PPRT untuk setiap negeri, tetapi untuk negeri Kelantan siapakah yg telah merembatnya?

    ReplyDelete
  6. Seharusnya Kerajaan Pusat mbantu..Kelantan duduk dalam Malaysia dan kalau tak boleh nak bantu apa ertinya bersatu dalam malaysia?lebih baik buat negara sendiri..hasil tak perlu diberi pada persekutuan..kalau kat US rasa2 ada Obama kata I won't help coz it is your state?hahaha bodoh punya macai..masalahnya Kelantan ni negeri pembangkang sebab tu apa2 pun tak kan ada bantuan..lainlah kalau johor Pahang yg kena malapetaka bantuan pasti cepat jer..pure BN katakan..
    haram jadah

    ReplyDelete
  7. Prof cakap feb. 2012. Dah 3 tahun lepah. Baru la ni macai BN nk komen?? 3 tahun lepah hang pi mana?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa