Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 17, 2015

Pertikaian Tun M, Najib seolah tiada penghujungnya, kata Zam

Haider Yutim,Astro Awani |Kemas kini:April 17, 2015
(Diterbitkan pada: April 17, 2015 07:43 MYT)

Pertikaian Tun M, Najib seolah tiada penghujungnya, kata Zam
Zainuddin Maidin berkata keputusan beliau untuk kembali menulis tentang politik antara lain adalah kerana permintaan orang ramai.
KUALA LUMPUR: Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata pertikaian di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seolah tiada penghujungnya.

Katanya, mengenali bekas perdana menteri itu, beliau (Dr Mahathir) tidak akan berhenti dalam memperjuangkan sesuatu selagi matlamatnya tidak tercapai.

"Tun M tahu apa dia buat. Beliau jenis yang tidak akan ambil berat tentang pihak yang bersuara kerana kepentingan diri.

"Bagi Najib pula saya percaya beliau akan gunakan kuasa yang ada di tangannya untuk kekal pada kedudukannya. Jadi saya tak nampak bagaimana ia akan berakhir," katanya ketika dihubungiAstro AWANI.

Zainuddin telah diminta untuk mengulas tentang situasi yang menyelubungi kedua-dua tokoh tersebut berikutan komennya di blog pada Khamis.

Dalam blod zamkata.blogspot.com, beliau telah mengulas tentang catatan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di laman Instagramnya yang menyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir.

Sokongan secara terbuka itu turut dinyatakan oleh pelakon jelita, Rozita Che Wan yang juga dibuat menerusi Instagram.

Ditanya tentang keputusannya untuk kembali menulis mengenai hal-hal politik sedangkan pada suatu ketika dia pernah mengumumkan akan berhenti berbuat demikian, Zainuddin berkata, "Menulis tentang politik membuat minda saya cerdas."

Selain itu, katanya ia juga disebabkan atas permintaan orang ramai.

"Saya cuba untuk kembali dengan cara yang lebih berhati-hati. Bila menulis tentang politik, ia membuat saya berfikir, minda saya jadi kuat dan cerdas," kata beliau yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia.

Bagaimanapun Zainuddin berkata tulisannya kali ini akan lebih menyentuh tentang sejarah pemimpin lama serta perjuangan mereka dan tidak banyak menyentuh tentang politik semasa.

Katanya lagi, beliau tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh sekiranya berdepan tindakan undang-undang berikutan penulisannya itu.

"Saya tak pernah anggap diri saya sebagai seorang pejuang... saya sentiasa menganggap diri saya seorang wartawan yang bukan berniat untuk menjatuhkan siapa-siapa. (Tetapi) kalau penulisan saya memberi kesan besar, bersyukur lah," ujarnya.

Pada Januari lalu, Zainuddin pernah mengumumkan untuk berhenti menulis tentang politik kerana tersinggung kerana dikaitkan dengan konspirasi hendak menjatuhkan Najib.

Meskipun begitu, Zainuddin bagaimanapun berkata beliau akan mendedahkan sebab sebenar beliau berhenti tetapi bukan sekarang.

Mengulas lanjut tentang komennya mengenai Siti Nurhaliza, katanya beliau terkejut kerana artikel beliau sering mencetus kontroversi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa