Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 16, 2015

Teruknya Malaysia....benarkah ni?

Pencapaian junta tentera lebih baik dari Malaysia!
10:30AM Apr 16 2015
oleh Ng Kee Seng

SUARA LANTANG: Sejak Merdeka pada tahun 1957, Malaysia telah berubah daripada sebuah negara berasaskan pertanian, kepada ekonomi pembuatan.
Walaupun transformasi ini berjaya, pengurusan kekayaan negara adalah mengecewakan.
Walaupun kaya dengan sumber semula jadi termasuk minyak dan gas, Malaysia hari ini berhutang sebanyak RM800 juta atau lebih.
Dan hutang persekutuan semakin membengkak dan menuju jumlah hampir satu trilion ringgit.
Pakar-pakar ekonomi dan kewangan dari kedua-dua belah jurang politik mungkin berbeza pendapat dengan penulis, tetapi itu tidak mengapa. Rakyat Malaysia berhak untuk menyuarakan pandangan dan pemikiran mereka secara bebas.
Bagi kebanyakan orang, jargon ekonomi dan kewangan adalah terlalu kompleks untuk difahami. Kami hanya bergantung kepada logik dan akal untuk membuat keputusan dan terus hidup.
Mereka tidak mempunyai dan tidak memerlukan otak seorang saintis roket untuk memberitahu kenapa semakin sukar untuk mencari nafkah bagi memberi makan orang-orang tersayang.
Mereka juga boleh membuat kesimpulan, secara logik dan dengan mudah, bahawa punca masalah negara ini apabila 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang perlu meminjam daripada seorang hartawan untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM2 bilion, selepas gagal membuat pembayaran balik sebanyak tiga kali.
Banyak yang telah ditulis mengenai masalah sosio-ekonomi dan kewangan yang melanda Malaysia hari ini, dan ia adalah kerana ahli-ahli politik, bidang politik dan pengumpulan kekayaan.
Ia adalah disebabkan rasuah, pengubahan wang haram dan pelarian modal. Dan mengapakah kerajaan persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak memberi maklum balas, kepada pertanyaan mengenai mengapa dana Cayman 1MDB disimpan di Singapura? Apa salahnya jika ia disimpan di Malaysia?
Malah dalam sektor yang tidak begitu berprofil tinggi sekalipun, industri pelancongan, Malaysia terkapai-kapai. Mengapa?
Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan dari Bangkok bahawa ketibaan pengunjung asing di Thailand meningkat 23 peratus kepada 7.8 juta, dalam tempoh tiga bulan pertama 2015.
Pada 7 April, Reuters memetik jurucakap kementerian pelancongan dan sukan, Chanvit Polcheevin sebagai berkata yang pelancong-pelancong dari China, Malaysia, Korea Selatan, Rusia dan Jepun mendahului senarai pelawat.
Bilangan pelawat melonjak 37.8 peratus kepada 337,000 dalam tempoh empat hari pertama bulan April, berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014, dengan pertumbuhan bagi bulan itu dilihat berada pada kadar 25 peratus, jelas Chanvit dalam satu kenyataan.
Ketibaan pelancong meningkat untuk bulan kelima berturut-turut pada bulan Februari, meningkat 29.6 peratus daripada setahun yang lalu, kekal pulih selepas satu rampasan kuasa tentera pada Mei lepas, menamatkan pergolakan politik selama berbulan-bulan.
Kementerian itu menjangkakan yang jumlah pelancong asing setahun penuh akan mencapai jumlah 28.8 juta, menjana kira-kira 2 trilion baht (AS$61.43 bilion/RM227 bilion) dalam perolehan pelancongan.
Sebuah negara yang sedang melalui rampasan kuasa oleh junta tentera masih boleh terus menarik pelancong dan berjaya. Mengapakah Malaysia masih bergelut?
Oleh itu, adalah jelas bahawa politik dan kestabilan politik bukan satu-satunya halangan kepada industri pelancongan sesebuah negara.
Produk dan perkhidmatan kekal sebagai tarikan utama pelancongan. Sama ada sesebuah negara berada di bawah pemerintahan junta tentera atau tidak adalah tidak penting, selagi pelancong berasa selamat dan produk dan perkhidmatannya bertaraf antarabangsa.
Apa yang berlaku di Malaysia pada hari ini? Hukum hudud, polis menangkap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan kerana hasutan hampir setiap hari, isu-isu yang berkaitan kalimah Allah dan lain-lain.
Adakah polis telah mencipta rekod dunia untuk Malaysia? Negara yang mempunyai paling ramai rakyat, terutamanya wakil-wakil rakyat yang telah diundi, ditangkap kerana menghasut?
Dan anda perlu bertanya mengapa industri pelancongan Malaysia sedang kalah kepada semua jiran-jirannya.
Sudah jelas siapa yang perlu bertanggungjawab ke atasnya.
Ng Kee Seng percaya bahawa Tuhan hanya akan membantu mereka yang menolong diri mereka sendiri. Dalam sebuah demokrasi yang sihat, setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan masing-masing dalam politik dan pembangunan negara.

16 comments:

  1. Satu undi untuk Azizah bermakna satu undi penolakan hudud di parlimen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada perkaitan yang signifikat seperti yang didakwa. Namun ada perkaitan yang signifikan antara cecair di dlm tengkorak ahmad maslan dgn cecair tengkorak 3.31 pada tahap p <=.05, pada Cronbach alpha .90.

      Delete
    2. Pas boleh berbaik dgn umno
      Makna
      Pas boleh berbaik dgn yahudi

      Delete
  2. Macai cuba masuk jarum dah!

    Ko dah baca ker draf Hudud yang sibuk nak dibawak ke Parlimen tu?

    Hudud Qur'an ke atau pindaan Hukum jenayah sari'ah Negeri Kelantan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Mountdweller.
      Macai tu bukan tahu apa2 pun, buta kayu dan dapat RM50 tulis meraban. Harap macai simpan sikit bodoh tu.

      Delete
  3. Lupa pulak nak tanya....arrk..satu undi untuk BN pula untuk apa?
    Untuk penipu? penzalim (POTA)? pengkhianat amanah (1MDB)? penindas rakyat (GST)? ker untuk Hadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3:31 macai yg diupah utk menyalak tapi tidak tahu menjawab balik pertanyaan.

      Delete
  4. Ha.ha.ha nK komen baca tak faham. Antara hudus n undang undang jenayah. Kan dah kantoi. Ken kantoi ngan parti sendiri kot. Cam macai je. Sokong buta tuli.

    ReplyDelete
  5. rasanya lah 1 undi utk BN maka terjadi lah Lembu2 NFC dan Ungke Monkey Nation Organization

    ReplyDelete
  6. dari apa yg telah berlaku dari dulu hingga kini dan akan berlaku selamanya...TUKAR PEMERINTAH UTK SELAMATKAN NEGARA KITA...

    ReplyDelete
  7. kalau pindaan hanyalah Hukum Jenayah Sariah Negeri Kelantan kenapa DAP beria-ia benar menentangnya dan disokong pula oleh PKR?Lantak pi lah itu untuk org Islam diKelantan aje. Lagilah tolol pemimpin PKR dan DAP pun tak baca jugak draf Hudud itu apatah lagi rakyat biasa.
    Ahli2 dan penyokong PAS diPermatang Pauh tidak akan memberi undi dan tidak akan membantu PKR dlm PRK ini dan juga bkn beerti akan memberi undi pd BN

    ReplyDelete
  8. Cuba baca kat sini ... apa sbnarnya kerajaan malaysia dah abaikan pd saya bukannya terlepas pandang: http://m.wikisource.org/wiki/Surat_Khalifah_Ali

    ReplyDelete
  9. Orang Orang Melayu rata rata malas bahalol kedekut papa kedana miskin dan peminta minta

    Itu Fakta

    Akibat malas dan malas membaca , orang orang Melayu sanggup memilih pemimpin bahalol tahap Keldai dan Unta untuk memimpin negara

    Kedudukan negara sekarang amat dhaif tunggu bankrap saja

    Indonesia ber kedudukan ekonomi lebih baik dan tahap hutang yang jauh lebih rendah dari Malaysia

    Bahalol saja

    Yang sedih nya bila negara bankrap , yang paling papa kedana ada lah orang orang Melayu juga kerana Cina yang ada dana duit banyak telah chabut ke Australia Amerika Singapore dan Indonesia


    Tanpa Cina sapa nak bayar gaji dan pencen pekerja melayu yang malas tadi ???


    Makan kangkong lah gaya nya

    Hutang 1MDB dan PFI cukup sampai 80bilion hanya nak kaya ber gaya kan melayu lahanat yang secoit.

    Juta Juta Melayu lain jadi Keldai di tanahair yang tiada Unta dan Keldai.

    Hudud. Yang nak di hudud pun orang melayu jugak yang kuat makan rasuah mencuri dan meragut , Rogol pun melayu jugak.

    Kan Bahalol tu,


    Negara kaya tapi rakyat bumiputra papa kedana miskin.

    Bodoh lah jadi Melayu !!!!

    Hang Jebat dan Hang Tuah pun malu jadi Melayu jika hidup bagai Bsngla di kampong sendiri.

    ReplyDelete
  10. macai 3:31 buta hati.baca lain tafsir lain.bodo punya macai!

    ReplyDelete
  11. mat roger..kalau kau nak tukar pemerintah siapa yang kau fikir layak dalam pr kau? pas? pkr? atau dap? tapi yang pasti dap lagi berkuasa dari pkr dan pas amacam? suka kalau cina jadi pemerintah? dan jangan menyesal kalau anak cucu kau nnti jadi pengemis dinegeri sendiri tengok saja spore melayu disana camana itu negeri kecik tak da hasil bumi. pkr pegang selangor apa jadi? dap pegang p.pinang amacam melayu kat sana? fikir dulu sebelum nak tukar! salah menteri kita tukar mentri bukan pemerintah.. ingat! udang kalau dah jadi belacan takan jadi udang lagi .......makcik minta maaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi laaa DAP nk perintah malaysia.tgok laa dulu perlembagaan dan komposisi parti politik yg bertanding..tang tu pon x reti nak fikir.satu lagi..kalo DAP dikuasai oleh Melayu or islamic mcmana?

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa