Hari ini sebuk bersungut dan membantah GST........esok dekat pilihanraya disogok dengan sekeping dua kertas berkepala Agong, terus terkedu dan akan lupa segala sungutan dan kemarahan akan lenyap......itulah taraf pemikiran melayu!
Kritikan Dr Mahathir terhadap Najib ancam politik Melayu, kata Awang Selamat
Published: 12 April 2015 9:23 AM
Utusan Malaysia mendakwa semakin ramai yang tidak selesa dengan siri serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak dan meminta ia dihentikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 April, 2015.
Utusan Malaysia hari ini menggesa kritikan yang dilemparkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak segera ditamatkan kerana dikhuatiri membawa "mudarat" kepada politik Melayu.
Dalam ruangan pojok akhbar milik Umno itu hari ini, Awang Selamat berkata Dr Mahathir seharusnya mengambil kira pandangan orang ramai yang mahukan beliau bersikap lebih adil terhadap perdana menteri itu.
"Belum terlewat untuk redakan keadaan kerana jika berterusan begini, dikhuatiri membawa mudarat besar kepada kedudukan politik Melayu.
"Apatah lagi dalam landskap politik yang jauh lebih mencabar berbanding era sebelum ini. Buktinya sudah ada pihak yang mahu menangguk di air keruh terutama DAP – tersenyum puas," katanya.
Awang bagaimanapun berkata, ketika sokongan terhadap ahli Parlimen Pekan itu dipertahankan, Dr Mahathir juga harus dihormati dengan jasanya yang besar sebagai negarawan.
"Awang tiada jawapan tetapi berharap Dr Mahathir mengambil isyarat, banyak pihak mahukan beliau lebih bersikap adil kepada Najib.
"Pada Awang, kepimpinan Najib perlu dipertahankan sambil kita terus menghormati Dr Mahathir sebagai negarawan yang banyak berjasa," katanya.
Awang berkata, ramai tidak selesa dengan situasi yang berlaku.
"Sesungguhnya, banyak pihak tidak selesa dengan apa yang berlaku dan berdoa agar ada penyelesaian terbaik.
"Awang sokong Najib atas banyak faktor dan pertimbangan. Prinsipnya sama.
"Ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, ramai termasuklah Najib dan insan kerdil seperti Awang, berdiri teguh bersama beliau," katanya dan menambah, mereka menyokongnya walaupun ketika itu Dr Mahathir sering dikritik hebat.
"Biarpun Dr Mahathir selalu dikritik hebat atas banyak isu, ramai ke hadapan pertahankannya, termasuk melalui penulisan. Sokongan itu bukan kosong tetapi bersandarkan merit dan keyakinan.
"Hari ini, giliran Najib pula mendapat sokongan yang sama," kata Awang.
Awang berkata, pihaknya percaya Dr Mahathir dan Najib masih mampu untuk bersama kembali.
"Bukan mustahil untuk Dr Mahathir dan Najib bertaut kembali, meskipun ada kenyataan Dr Mahathir yang dilihat menghina dan membawa aib kepada Najib, tetapi perdana menteri masih memperlihatkan kesabaran dan ketenangannya. Ruang masih terbuka."
Awang turut membangkitkan persoalan apa yang akan terjadi selepas Najib menjawab kritikan Dr Mahathir.
"Selepas Najib tampil menjawab kritikan keras Dr Mahathir, apa pula perkembangan selepas ini?
"Perlahankah Dr Mahathir atau makin kuat lagi tekanan ke atas Najib?" soal Awang.
"Awang tiada jawapan tetapi berharap Dr Mahathir mengambil isyarat, banyak pihak mahukan beliau lebih bersikap adil kepada Najib." – 12 April, 2015. - sumber
Tak perlu lah dipertahankan Najib tu kalau dia bersalah....namun kita rakyat cuma mahu tahu siapa yang arah sirul bunuh....kalau najib tak bersalah mungkin bini dia, mungkin boss kepada saiful... apakata pekara ini di dirungkai dan orang yg mengarahkan pembunuhan ini boleh dihukum..... tak kira siapa.
ReplyDeleteTun M sedang melatih Najib menjadi makin kuat. Kalau Najib boleh menangani kirikan Tun M, maka apa sangatlah kritikan pembangkang.
ReplyDeleteAwang Selamat ni BODOH + BANGANG!!! Sokong membuta tuli..
ReplyDeleteAwang Selamat ini kan orang Utusex.
ReplyDeleteApa yang ada dalam Otak bebudak Utusex pon. Sampah saja
Tanpa UMNO bebudak Utusex semua jual goreng pisang tepi jalan.
Sendiri bahalol cuba memaksa orang lain dan Rakyat ikut sama bahalol demgan nya.
Ini lah dia lahanat bangsa jual jaja bangsa tuk cari makan.