Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 16, 2015

Orang Malaysia memang kaya: Bayar mahal, hidangan 'hampeh'!

Bezanya kos dan kepantasan jalur lebar negara lain dan Malaysia
Madiha Abdullah,Astro Awani |Kemas kini:April 16, 2015
(Diterbitkan pada: April 16, 2015 17:22 MYT)

Bezanya kos dan kepantasan jalur lebar negara lain dan Malaysia
Kadar purata kepantasan Internet di negara-negara Asia Tenggara ialah 12.4Mbps, dan ini meletakkan negara kita di bawah kadar purata. - Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia mensasarkan menjadi sebuah negara maju dalam masa lima tahun lagi. Dan biarpun rakyat negara ini semakin celik IT, hakikatnya kadar kelajuan jalur lebar di negara ini masih rendah. Ini diburukkan lagi dengan kos langganan jalur lebar yang dilihat tinggi berbanding negara-negara serantau.

Jika dilihat pada kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini, negara-negara seperti Singapura dan Thailand lebih ke hadapan dari segi kos dan kepantasan jalur lebar. Singapura dan Thailand, masing-masing secara purata memiliki kepantasan jalur lebar 61 megabits per saat (Mbps) dan 17.7Mbps. Ini diikuti Vietnam (13.1Mbps) dan Kemboja (5.7Mbps). Malaysia pula, mempunyai kepantasan 5.5Mbps.

Kadar purata kepantasan Internet di negara-negara Asia Tenggara ialah 12.4Mbps, dan ini meletakkan negara kita di bawah kadar purata.

Kos jalur lebar 10Mbps di Malaysia dianggarkan RM199 (TM, September 2014). Di Singapura, kos jalur lebar 15Mbps ialah RM95.15 manakala di Thailand, kos jalur lebar 12Mbps ialah RM79.30.

Agak menarik juga untuk melihat bagaimana perkembangan jalur lebar di Korea Selatan yang diiktiraf negara dengan kelajuan Internet terpantas.

Korea Selatan tahun lalu, memperkenalkan jalur lebar dengan kelajuan 10Gbps, yang berupaya memuat turun fail dengan saiz 1GB dalam masa 0.8 saat.

Secara purata, kos jalur lebar 100Mbps di Korea Selatan ialah US$27 (RM98.88).

Amerika Syarikat pula, biarpun memegang status negara maju, turut berdepan situasi yang sama dengan Malaysia. Untuk jalur lebar dengan kelajuan 45Mbps, pengguna di sana perlu membayar kira-kira US$90 (RM330).

ARTIKEL BERKAITAN: '1GB mana cukup' - Media Sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Shabery umum pengurangan harga pakej asas jalur lebar

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mengumumkan penuurunan kadar kos jalur lebar dalam masa dua bulan lagi.

Kadar terbaharu itu menyaksikan penurunan di antara 10 peratus dan 57 peratus dari kadar sedia ada.

Tarif asas berharga RM25 untuk 1GB akan ditawarkan oleh semua pembekal perkhidmatan.

3 comments:

  1. Di Filipina sms percuma.Semasa saya berada di Filipina pada tahun 2000, hampir dua tahun.Rakyatnya mendapat perkhidmatan sms percuma.Nak dikatakan kita lebih maju daripada mereka susah juga nak kata.Kalau direnung dan dikaji ;keberadaan universiti dinegara Filipina ada yang melebihi 400 tahun.Universiti Sta Thomas yang tidak jauh dari apartment saya tinggal, semasa saya tinggal di Manila sedang menyambut ulang tahun yang ke 400 (empat ratus) tahun.
    Bila saya memberitahu kawan kawan orang Filipina bahawa kita dapat bonus setiap tahun, mereka memberitahu bahawa mereka menerima gaji tiga belas bulan setahun tak termasuk bonus.Kerana bonus diberi pada tahun tahun tertentu dan bergantung kepada keadaan tetapi tiga belas bulan gaji memang tiap tiap tahu pasti.Terkedu dan menelan air liur saya.Malu malu alah bawaklah cerita lain.Jadi fikir fikirkanlah dengan tipu helah dan pelbagai alasan bodoh yang diberikan oleh menteri menteri Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Nak jadi macam Indonesia

    Kejap nanti boleh bankrap lah bila duit sudah kechik nilai , tahap perkhidmatan pun macam Shit !

    ReplyDelete
  3. Menteri cakap kalau laju sgt nanti rakyat mesia ni tgk porno jer... huhuhuhuhu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa