Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 24, 2015

Apabila Raja sudah tidak boleh diharap mentadbir negeri kerana sakit atau "lus skru".......

Mencari Hang Nadim dan Bendahara dalam Pas
Thursday, April 23, 2015
Ibarat dalam sebuah negeri apabila orang menjadi raja sudah tidak boleh diharap mentadbir dan menguruskan tanah jajahan dengan baik, sama ada kerana sakit atau "lus skru", maka harus ada satu puak ataupun seseorang dalam kalangan mereka yang cerdik dan bijak akal untuk menjadi penasihat bagi menyelamatkan keadaan negeri.

Mereka harus ditampilkan sebagai pemangku bagi mentadbirkan negeri.

Seperti mana dikisahkan dalam riwayat Singapura di langgar todak, ketika itu wujud seorang budak bernama Hang Nadim yang bijak akal mengatasi masalah todak yang mengganas. Raja atau sultan sendiri ketika itu sudah tidak tahu apa hendak dilakukan lagi, biul kerana ramai penduduk negeri itu mati kerana ditikam todak.

Saat raja sudah hilang akal dan ilmu itulah Hang Nadim muncul menyelamatkan keadaan. Menjadi super hero. Dengan kelebihan akalnya dengan mudah serangan todak itu dipatahkan apabila beliau mengarahkan penduduk menjadikan batang pisang sebagai perisai.

Malangnya kehadiran Hang Nadim itu tidak dihargai oleh sultan. Sebaik Hang Nadim berjaya menewaskan todak dia dihukum bunuh. Alasan sultan ialah bimbang budak yang cerdik itu akan menguasai negeri dan mengambil alih tempatnya. Pemikiran demikian tidak patut diwarisi kerana ia merugikan.

Malang dan sedihnya tidak ada siapa yang mempersoalkan tindakan sultan pada masa itu melainkan setelah ianya terkambus dek sejarah. Mungkin rakyat Singapura semuanya taksub dan wala' bengung kepada raja itu sehinggakan semuanya terminum air kencing pandir.

Begitu juga dalam riwayat dan sejarah Melaka, tindakan raja yang tanpa usul periksa dan dibuat atas pendapat yang naif akhirnya menyesalkan dirinya. Sultan Melaka telah mengarah bendahara membunuh Hang Tuah kerana panglima itu difitnah melakukan kesalahan. Tetapi kerana kebijaksanaan bendahara, Hang Tuan tidak dibunuh sebaliknya disembunyikan di hulu Melaka.

Hinggalah sultan menyesal perbuatannya lalu, beliau teringat kepada Hang Tuah tatkala Hang Jebat mengamuk menuntut bela atas pembunuhan saudaranya yang tidak berdosa itu. Saat inilah bendahara yang bijaksana dan kasyaf itu membawa balik Hang Tuah untuk berdepan dengan Hang Jebat.

Bayangkan apa jadi kalau tidak ada bendahara yang bijaksana itu, tentu Melaka jadi huru hara dan sultan itu sendiri hilang riwayat. Demikian juga dengan kecerdikan Hang Nadim yang melawan todak itu. Kalau bukan kerana kecerdikannya itu mungkin sultan juga disodong todak.

Cukup mengambil dua sejarah separuh dongengan itu untuk dipadankan dengan apa yang berlaku dalam negeri bernama Pas waktu ini. Keadaan Pas hari ini kucar kacir dan mulai hilang rasa hormat dan sanjungan orang ramai. Semuanya ialah seperti apa berlaku di Singapura dan Melaka tadi kerana keadaan raja atau sultan yang tidak bijaksana dan sombong, degil dan enggan mendengar kata.

Ada orang mengatakan keributan dalam Pas kini disebabkan agenda musuh.  Saya kurang bersetuju kerana sudah menjadi harapan musuh untuk memecahkan Pas dengan apa cara sekali pun termasuk memberi cenuai dan wang kepada orang Pas sendiri.

Kalau kita sudah tahu dengan kerja musuh untuk merusakkan Pas, kenapa kita tidak bertindak membendung kejadian itu. Apabila sudah tahu dan ahli tidak dapat dikawal maka kesalahan itu bukan lagi kepada musuh tetapi kepada diri sendiri. Kenapa hendak disalahkan kepada ibu yang mengandung?

Maka itu Pas kini memerlukan budak cerdik atau orang seperti Hang Nadim ataupun bendahara Melaka itu untuk menyelamatkan Pas. Mereka harus muncul dengan segera tidak kira datang dari gunung atau pun lembah. Sekiranya keadaan dalam Pas kini dibiarkan nescaya Pas akan menjadi caca merba dan sebuah parti yang tidak disanjung hormat lagi. Negeri Pas juga akan jadi padang jarak padang terkukur.

Ada beberapa nama yang saya lihat berpotensi untuk menjadi Hang Nadim atau bertindak sebagai bendahara Melaka dalam Pas. Tiga nama ini sangat sesuai apabila integriti mereka masih boleh dipercayai. Ianya dinilai dari sudut sikap dan cara mereka berpolitik yang cukup sedarhana dan tawaduk. Mereka ialah ketiga-tiga naib presiden Pas yang kalau dalam hierarki di Istana mereka adalah panglima; Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Husam Musa. Inilah tiga budak cerdik dalam Pas pada waktu ini.

Cuba perhatikan mengenai sikap mereka dalam Pas, tenang dan sangat berjimat cermat dalam membuat kenyataan. Mereka tidak gelojoh, jauh sekali menunjuk hebatnya. Tuan Ibrahim dari kenyataanya menggambarkan dia seorang pendamai. Dia tidak suka kepada cara sesetengah ahli Pas yang bergasak sama sendiri yang merugikan Pas. Dalam penilaian saya dua atau tiga kali dia menyeru agar berbaik dan tidak membuka pintu kepada musuh.

Demikian juga dengan Salahudin Ayub. Dia lebih mengambil sikap mendiamkan diri dari bercakap. Salahudin mengelakkan diri terlibat atau pun terperosok dalam mana-mana kumpulan yang nampak agresif sehingga nampak kebundakannya. Salahudin juga menyesali apa yang berlaku tetapi tidak ada upaya untuk mengatasinya. Beliau seakan kecewa mengenang nasib Pas kini dan membimbangi masa depan.

Begitu juga dengan Husam Musa. Selepas diasingkan dari mainstream politik Pas Kelantan, Husam banyak bersendirian mengerjakan amal kebajikan. Dia seakan tidak pedulikan kepada apa yang berlaku dalam parti kerana menyedari power yang ada. Walaupun beliau diharap mencabar Abdul Hadi Awang tetapi saya tidak fikir Husam akan tergamak berbuat demikian. Husam juga sama seperti Salahudin dan Tuan Ibrahim bimbang dengan apa yang berlaku kini. Beliau akan meletakkan keselamatan parti lebih dari segala-galanya.

Bila saya menyebut tiga orang naib presiden ini, bukan bermakna mereka yang lain tidak cerdik. Cerdik atau menjadi sebutan saya kerana dengan kedudukan mereka sebagai pemimpin takah ketiga itu dapat mengawal diri. Mereka tidak excited untuk melonjak naik sebaliknya mengintai peluang dengan baik.

Sikap seperti inilah yang kita mahu dan dicontohi kerana mempunyai nilai kepimpinan. Mereka meletakan masalah kemaslahatan parti lebih penting daripada maslahat puak dan kumpulan. Mereka juga tidak membentuk apa-apa kumpulan untuk dilihat bagaikan kumpula rebana tertentu untuk berlawan dengan kumpulan rebana yang lain. Mereka sedar bertanding rebana tidak banyak laba kecuali dapat mendengar talun dan badan berpeluh balik rumah kalau kalah isteri marah.

Sehubungan itu saya yakin kalau mereka bertiga ini berkongsi idea dan tenaga mereka boleh muncul menjadi Hang Nadim dan bendahara Melaka dalam Pas menyelamatkan parti itu dari karam. Mungkin untuk bersendirian sukar, tetapi kalau menggunakan kedudukan mereka selaku naib presiden ia ada kekuatan dan suara mereka didengar.

Apa yang perlu mereka lakukan ialah menyeru agar ahli Pas di semua peringkat tidak ghairah untuk berlawan. Selain itu mereka bertiga juga harus "merantau" mencari penawar untuk mengubati tuan presiden yang kelihatan sakit sehinggakan tidak dapat berkhidmat dengan mampan lagi kini. Dan sebaik-baik tindakan mereka yang boleh mendatangkan keinsafan kepada orang lain mereka bertiga jangan bertanding apa-apa jawatan dalam muktamar Jun hadapan sebagai kompromi dan memberi laluan kepada yang lain yang berhajat.

Kalau mereka mengambil sikap demikian, sudah pasti orang yang ghairah untuk bertanding dengan apa jua alasan akan turut tergencat dan mudah-mudahan mereka akan ikut sama tidak bertanding dan dengan itu kemelut berebut jawatan dalam Pas kini boleh diatasi. Apakah mereka berani dan menerima pandangan ini sebagai bijaksana? [wm.kl.2:10 pm 23/04/15]

5 comments:

  1. Bila baca Hang Nadim teringat pulak nama airport di Batam Indonesia , Hang Nadim International Airport

    Masalah dalaman PAS bukan mencari yang cerdik menerajui Raja Lus Skrew tetapi hakikat dalaman PAS yang mahu di terajui Lemak atau Tidak Cerdik

    Ianya bukan issue UBAH kerana majoriti tidak mahukan apa apa kemajuan


    Ianya seperti ber TOHAN AYAH PIN


    Bukan kesalahan DAP PKR atau si Cerdik dalam PAS tetapi majoriti orang orang PAS sendiri

    Ianya bukan salah UMNO pun. Di sini lah Ustaz Ahmad Awang perlu ber juang pemahaman Islam dan Hudud sendiri kepada ahli ahli PAS sendiri.

    Ini kerana ahli PAS hanya ikut buta tuli saja tanpa pemahaman swbenar agama Islam dan Hudud itu sendiri

    Pendidikan tahap lemak menyerangi PAS dengan sendiri menghancur PAS

    Gaya saja alim ulamak , tetapi sebenar nya Alamak Otak Kosong.

    ReplyDelete
  2. Itu cerita zaman Hang Tuah, zaman ni takde dah zaman keris. PAS tiada kena mengena dengan cerita Hang Nadim.

    ReplyDelete
  3. Asal tak ngam dengan ko macam2 la yang terkeluar dari mulut longkang admin, lus skru la, sakit la.....kalau ngam ngam dengan ko bukan setakat lus skru je tertanggal skru pun ko masih sanjung.

    ReplyDelete
  4. kerana loose crewlah cakap berputar-putar!

    ReplyDelete
  5. Lawak

    Lawak

    Lawak

    Loose Screw & Hang Nadim

    Mungkin di abad ini PAS akan menghasilkan HANG BAHALOL pulak

    Admin pulak di salahkan

    Nampak sangat ptak kechik orang orang PAS ini

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa