Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 20, 2015

Kulit album 'You are not alone': Instagram Nazir Razak pula menjadi teka-teki

Adik PM pula kongsi 'You are not alone'
mk - 4:29PM - 20 Apr 2015

Adik bongsu perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memilih gambar kulit album 'You are not alone' oleh penyanyi pop mendiang Michael Jackson untuk dikongsi di laman sosial.

Gambar tersebut menjadi perhatian apabila beliau memuatkannya dengan komen “kini muncul dalam politik Malaysia”.

Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi kerana ia muncul selepas keluhan perdana menteri Tun Dr Mahathir, yang banyak melancarkan serangan ke atas abangnya, Datuk Seri Najib.


Mahathir pada minggu lalu mengeluh kerana berasa “sendirian” dalam usaha untuk mendapatkan penjelasan dari Najib atas isu yang dibangkitkannya.

Keluhan Mahathir itu disambut dengan sokongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata Mahathir tidak keseorangan dalam usaha itu.

Nazir memuatkan gambar kulit album hit Michael Jackson itu semalam di Instagram, tidak lama semalam selepas Muhyiddin menyatakan sokongan tersebut.

Tindakan itu mencetus pelbagai tanda tanya, memandangkan sebelum ini timbul laporan bahawa hubungan Najib dan adik beradiknya terjejas.

Adik beradik Najib malah terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menjawab dakwaan Pejabat Perdana Menteri bahawa kekayaan PM dan keluarganya adalah daripada harta warisan.

Ini kerana, Pejabat Perdana Menteri mengaitkan harta tinggalan bapa mereka, allahyarham Tun Razak Hussein dalam jawapan kepada satu laporan The New York Times berhubung sumber kekayaan Najib.

Adik beradik Najib itu terpaksa menjelaskan bahawa Abdul Razak sentiasa berjimat cermat dan cakap-cakap mengenai kekayaan bapa mereka akan mencemar nama negarawan tersebut.

Laporan The New York Times itu antara lain membandingkan koleksi beg tangan mewah dan barang kemas isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor dan gaji Najib - US$100,000 (RM370,000) setahun.

Laporan berkenaan turut memperincikan mengenai seorang anak Rosmah dari perkahwinan terdahulu, Riza Aziz, yang muncul sebagai penerbit filem terkemuka Hollywood.

Ini termasuk pembelian apartmen US$33.5 juta (RM117.5 juta) di New York dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5 juta (RM61.5 juta) walau hanya bekerja sebagai pegawai rendah di sebuah bank sebelum ini.

Dalam satu tulisan di blog hari ini, Mahathir turut membangkitkan mengenai kemewahan oleh Najib dan Rosmah.

3 comments:

  1. Adek-beradek Najib bukannya tidak suka kepada abang sulung(Najib). Mereka cuma benci dan meluat kepada badak.

    ReplyDelete
  2. Adik beradik masa kechik kechik saja rapat , bila dah tua kays ber gaya papa kedana ; adik beradik ke tidak lahanat tetap lahanat

    Sekarang nama RAZAK nama sudah busok

    Masa RAZAK , Tunku di aniaya 13 Mei sekarang 2015 pulak 30 juta Rakyat kena aniaya


    RAZAK ini Jenama GAGAL jugak macam HADI dengan Amanat Pil Kuda nya

    Apa apa pun Adik orang Kaya tetap Ber gaya

    Rakyat saja papa kedana sampai KIOK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halo sedap je ckp Tun Razak..Tun Razaklah yg wujudkan Petronas, Felcra, Felda, DEB, yg buat perancangan beli Guthrie pasal nak ambik balik kepunyaan Malaysia.Yang jahanamnya anak dia Najib sebab berbinikan kak mah nafsu serakah

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa