Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 11, 2015

Dalam isu ini Ismail Sabri boleh dipercayai

Bersih percaya pendedahan Ismail Sabri, mahu seret SPR ke mahkamah
OLEH KC NAZARI
Published: 10 April 2015 8:35 PM
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 lewat petang ini memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas SPR sekiranya didapati proses persempadanan semula itu tidak dijalankan mengikut undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) menyatakan kepercayaan mereka kepada 'pendedahan' Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang Tun Dr Mahathir Mohamad membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya susulan kemerosotan undi orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) 1999.
Oleh itu, ia menolak penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini yang menafikan dakwaan itu, mengatakan persempadanan semula diurus mengikut proses undang-undang dan SPR tiada kuasa mengubah kawasan mengundi bagi mana-mana individu.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 lewat petang ini memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas SPR sekiranya didapati proses persempadanan semula itu tidak dijalankan mengikut undang-undang.
"Bersih 2.0 melihat tuduhan Ismail ke atas Dr Mahathir yang dikatakan melakukan 'gerrymandering' kawasan pilihanraya sebagai bukti yang SPR adalah 'alat' parti itu semata-mata," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Ismail semalam dilaporkan menuduh Dr Mahathir melakukan perubahan komposisi pilihan raya pada 1999 - dengan mewujudkan 'kawasan bercampur' daripada 'kawasan majoriti pengundi Melayu' - untuk melemahkan undi Melayu yang pada masa itu dilihat tidak memihak kepada BN.
"Inilah cara Umno BN menggunakan agensi kerajaan bagi memastikan mereka terus berkuasa walaupun bercanggah dengan amalan demokratik," kata jawatankuasa itu.
"Bersih 2.0 berikrar untuk tidak membenarkan ini berlaku dan akan meneruskan kempen kami mendidik semua pengundi dan warganegara Malaysia tentang hak mereka.
"SPR juga harus bersedia untuk menghadapi saman di mahkamah jikalau proses persempadanan semula ini dijalankan tidak berpandukan Perlembagaan Persekutuan," kata mereka.
Ketika dihubungi, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam reaksi segeranya berkata, suruhanjaya itu bersedia ke mahkamah jika Bersih 2.0 mahu meneruskan niat mereka berbuat demikian.
"SPR sentiasa mematuhi Perlembagaan Malaysia dalam tindakannya dan tidak ingkar kepada keputusan mahkamah dalam isu persempadanan semula, dakwat kekal dan lain-lain yang dibawa pelbagai pihak.
"Semua keputusan selama ini memihak kepada SPR dan SPR akan mempertahankan dirinya jika dibawa ke mahkamah," kata Aziz kepada The Malaysian Insider. – 10 April, 2015.
# Cerita di zaman Ab. Rasih Abdulrahman - Sila rujuk juga kat sini dan sini

3 comments:

  1. Kalau mahkamah Malaysia buat apa, bukan bole pakai. SPR pun tak takut sbb geng diorg jugak..

    ReplyDelete
  2. mamak kutty sendiri mengaku dia survive 1998 krn sokongan cina. tak heranlah lepas tu dia bertindak utk memanfaatkan undi cina

    ReplyDelete
  3. Ismail ini cakap betul kali ini

    Kalau SPR buat betul2 macam undi di Nigeria , mamat Ismail ini tak akan boleh kaya ber gaya dengan otak bahalol nya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa