PM Korea Selatan letak jawatan kerana skandal rasuah
AFP |Kemas kini:April 21, 2015
(Diterbitkan pada: April 21, 2015 12:01 MYT)

SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan Lee Wan-Koo menawarkan diri untuk meletakkan jawatan pada Selasa selepas namanya terbabit dalam sebuah skandal rasuah bersama orang kanan pentadbiran Presiden Park Geun-Hye.
Geun-Hye yang ketika ini dalam lawatan kerja ke Amerika Latin dan jurucakapnya memberitahu, keputusan untuk menerima peletakan jawatan akan dipertimbangkan sejurus kepulangannya ke tanah air minggu depan.
“Saya amat kesal. Saya juga berasa simpati pada nasib yang menimpa Perdana Menteri,” ujar Geun-Hye dalam satu kenyataan bertulis dari Lima, Peru.
Wan-Koo yang baru dua bulan berkhidmat telah menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Isnin selepas parti pembangkang utama mendesak perbicaraan dijalankan ke atasnya.
Wan-Koo dilaporkan masih bertugas di pejabatnya pada pagi Selasa.
Perdana Menteri adalah merupakan jawatan yang besar di Korea Selatan dengan kuasa ditumpukan dalam badan eksekutif.
Namun di bawah Presiden Geun-Hye, jawatan tersebut ternyata suatu tanggungjawab yang sukar untuk dipikul dan dipertahankan.
Sebelum ini iaitu pada April 2014, Chung Hong-Won meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri negara itu selepas tragedi karam feri Sewol.
Kemudian, dua calon dinamakan untuk menggantikan Hong-Won namun menolak kerana dakwaan salah laku pada masa silam. Setelah itu barulah Wan-Koo dapat menyandang jawatan tersebut.
Skandal terbaru itu mula tercetus dengan kejadian bekas ketua sebuah syarikat pembinaan yang muflis, Sung Wan-Jong membunuh diri.
Pasukan penyiasat telah menemui nota dalam sakunya yang mencatatkan nama lapan orang termasuk Wan-Koo dan ketua pejabat Presiden Lee Byung-Kee, serta angka-angka yang dipercayai nilai rasuah.
Wan-Koo pada mulanya menafikan semua dakwaan tersebut dan berjanji akan mengundur diri jika pihak pendakwa menemui sebarang bukti, namun pihak pembangkang terus memberikan tekanan kepadanya.

Mahathir tidak akan berjaya
ReplyDeleteNajib akan lantik Pas Hadi sebagai timb perdana menteri... Kena jugak muhyiddin hihihi hihi
Pakatan rakyat segera lah tubuh pasma sebagai persediaan ! Cepat lah jgn tunggu
Ada beza nya orang orang Bijak , dan orang orang Bahalol
ReplyDeleteManusia yang hidup sekali amat penting kan nama baik dan maruah dari wang ringgit
Orang orang Bijak saja takut kan Selsa Kubor dan penting kan maruah
Malang nya , Lahanat baik Jantan Betina mana ada otak hanya Nafsu Bahalol saja
Sekim Pembahalolan Bangsa oleh Lord Reid 1948 berjaya mewuujud kan Bsngsawan Benggap Badan Besar
Orang orang Melayu saja