Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 17, 2015

MH17: Masih ada saki-baki mayat di tapak nahas

Pasukan penyiasat Belanda jumpa saki-baki mayat di tapak nahas MH17

AFP |Kemas kini: April 17, 2015
(Diterbitkan pada: April 17, 2015 13:46 MYT)

Pasukan penyiasat Belanda jumpa saki-baki mayat di tapak nahas MH17
Semua 298 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Boeing 777 berkenaan terkorban apabila ia ditembak jatuh di kawasan konflik di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu. - Gambar fail
THE HAGUE: Pasukan penyiasat Belanda hari ini menemui saki baki cebisan mayat di tapak nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine selepas berjaya memasuki kawasan yang sebelum ini tidak dapat dimasuki.

Semua 298 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Boeing 777 berkenaan terkorban apabila ia ditembak jatuh di kawasan konflik di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu. Seramai 193 penumpang merupakan warga Belanda.

"Misi ini berjaya menemui saki baki mayat dan barangan peribadi di dua lokasi,” kata jurucakap Jabatan Keadilan Belanda Jean Fransman.

Operasi mencari yang disambung semula akibat ditangguhkan sewaktu musim dingin itu dijalankan di Petropavlivka, iaitu kira-kira 10 kilometer di barat Grabove. Lokasi tersebut dikatakan kawasan paling banyak serpihan pesawat ditemui.

Sebelum ini, pasukan penyiasat tidak dapat memasuki Petropavlivk kerana ia zon panas pertembungan puak pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.

Konflik berkenaan sudah berkurangan sejak gencatan senjata pada Februari lalu seterusnya membolehkan pasukan penyiasat menyambung tugas mereka.

“Barangan peribadi seperti barang kemas telah diserahkan kepada ahli-ahli misi tersebut oleh penduduk tempatan,” ujar kementerian tersebut dalam sebuah kenyataan.

Kiev dan pihak Barat mendakwa pesawat berkenaan telah ditembak jatuh oleh puak pemisah menggunakan peluru berpandu darat-ke-udara BUK yang dibekalkan Rusia. Moscow bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyalahkan Kiev.

Article berkaitanMore MH17 remains discovered

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa