Tulisan Umum
23 April 2015
PERSAINGAN DEMOKRASI DI ROMPIN TIDAK HARUS MELUPAKAN TAN SRI JAMALUDDIN JARJIS
2. Namun persaingan demokrasi di Rompin ini tidak seharusnya melupakan puncanya iaitu pemergian tokoh penting dan sahabat ‘perencana’ dibelakang Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Tokoh ini wajar tidak boleh dilupakan, khususnya misteri trajedi kemalangan itu harus diberi perhatian sewajarnya seiring apabila negara memutuskan untuk mengebumikan jenazah arwahyarham di Makan Kehormat Negara iaitu Makam Pahlawan.
3. Jujurnya saya mengenali beliau secara peribadi. Dalam 5 tahun perkenalan dengannya banyak kali kami bertemu bersembang, ada sehingga pertemuan sehingga 2 – 3 jam lamanya. Bagi saya ia seorang tokoh yang ‘cool’ dan focus dengan matlamat kerjanya. Dia seorang yang bekerja meletakkan matlamat di depan dan dengan apa cara pun matlamatnya pasti dicapai. Mungkin ramai punya perbagai versi cerita mengenai arwah tetapi bagi saya dia ada sisi baiknya juga. Pernah sekali ketika kami berbual, datang seorang lelaki yang saya kira ia kakitangan di bawahnya untuk menguruskan bantuan peribadi beliau ke satu kawasan majoriti orang Islam yang amat memerlukan di negara jiran. Bila ditanya kenapa tidak ada hebahan media , dia menjawab kerja politik nak raih sokongan dan undi kena masuk media tetapi sumbangan ini urus niaga saya dengan pencipta maka tak perlu orang tahu. Malah ketika berbicara dalam talian beliau sendiri bersetuju membantu Koop SAMM Berhad untuk mendapat tanah pertanian tanpa meminta apa balasan pun malah beliau pesan jangan beritahu orang lain sebab nanti kalau ada ‘geng Umno’ tahu beratur pula yang minta. Arwah kata dia kalau nak bantu luar urusan politik biar dia bantu orang yang mampu bekerja bukan dapat tanah lepas itu jual.
4. Mungkin ramai juga tidak tahu bahawa dia jugalah ‘pencatur’ atau ‘penyusun’ penting politik negara. Dari pemerhatian saya tidak melampau dikatakan dia antara ‘nyawa politik’ Najib Razak. Namun bila kami bersama banyak perbezaan pandang kami letak tepi tapi bersembang banyak perkara yang punya pandang serupa. Cuma sempena 20 hari perginya tokoh ini dan mengambil kesempatan persaingan demokrasi di Rompin ayuh kita teliti trajedi tersebut
5. Pertama yang saya pelikkan ialah sepanjang perkenalan saya dengan arwah tidak pernah beliau menggunakan khidmat ‘bodyguard’, malah beliau sendiri pernah menyatakan dengan saya beliau tidak selesa jika ada ‘bodyguard’ lainlah kalau memang ada ancaman bunuh yang serius. Beberapa pertemuan beliau membawa kenderaan sendiri. Untuk satu pertemuan sembang santai, dia mengambil saya dan teman saya dengan kenderaan yang beliau pandu sendiri. Maka apabila melihat senarai penumpang mangsa tragedi helikopter tersebut maka sesuatu yang pelik. Kenapa tiba – tiba Tan Sri Jamaluddin Jarjis menggunakan khidmat ‘bodyguard’, adakah beliau mendapat ancaman serius ?
6. Jujurnya beberapa minggu sebelum trajedi saya dan seorang kawan yang biasa kalau saya bertemu Jamaluddin Jarjis dia akan bersama, ada saling berhubung. Dalam salah satu pesanan ringkas arwah menyatakan maaf sibuk sangat kerana sedang menyelesaikan pergeseran antara Mahathir dan Najib. Beliau ada berkongsi beberapa perkara termasuklah peranan beliau menjadi orang pengantara dan ‘selesai bertemu Tun Daim’.
7. Maka persoalan muncul adakah selepas terlibat serius secara dalam sebagai orang tengah menyelesaikan masalah pertembungan Najib dan Dr. Mahathir ini dia menggunakan ‘bodyguard’ ? Adakah ada pihak yang tidak senang melihat Najib melayan permintaan Dr. Mahathir ? Adakah dia diancam serius selepas itu sehingga menggunakan ‘bodyguard’ ?
8. Helikopter tiba - tiba meletup juga sangat pelik. Rekod menyatakan Helikopter punya rekod pemeriksaan penuh dan dalam keadaan baik sebelum penerbangan. Dua saksi awal menyatakan helikopter terbang dalam keadaan baik dan tiba – tiba meletup. Cuaca baik ketika itu, jika letupan berpunca dari mechanical failure untuk mencetuskan api dan menyambar fuel tank maka ia seharusnya berasap dan ia tidak terus meletup, pilot seharusnya membuat panggilan ke menara kawalan ‘may day…may day’ , namun menara kawalan melaporkan tidak ada langsung panggilan kecuali yang terakhir melaporkan semua baik.
9. Kotak hitam ditemui dan dihantar ke AAIB. AAIB ialah pihak yang terlibat dalam penyiasatan. Helikopter ini buatan Airbus. Sama macam ‘GermanWings’. Teringat kes ‘GermanWings’ dimana hanya beberapa minggu lepas nahas pasukan penyiasat terus menyatakan bahawa juruterbang bunuh diri. Kes tragedi kemalangan yang membawa kematian arwah ini polis awal lagi telah menolak unsur sabotaj dan kini mengumumkan menyiasat akaun juruterbang pula, moga penyiasatan tidak hanya untuk dipermudah dengan mewujudkan kambing hitam sahaja.
10. Carian rekod menyatakan dari 93-2015, 11 kejadian libat helikopter jenis yg sama. Tiada yg meletup kecuali yang dinaiki Jamaluddin Jarjis.
11. Ia meletup diudara bukan terhempas dan meletup. The Malaymail online (13 April) menyebut dengan jelas “ It did not specify any indications or reasons as to why the helicopter had exploded in mid-air during the flight. However, the team hopes that the combination of both black box data and reconstruction of the wreckage would provide answers to what had happened that fateful evening on April 4”
1 2. Selasa 30 Disember 2014, helikopter Ecureui Unit Udara PDRM terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir. Helikopter yang penuh dengan bahan bantuan, berat dan sarat jatuh dalam keadaan cuaca buruk tetapi semua penumpang selamat. Saksi kejadian melihat helicopter itu berlegar – legar, berasap sebelum jatuh dan kemudian ada letupan. Tetapi helikopter yang dianiki oleh arwah dalam keadaan baik dan tiba – tiba meletup.
13. Sepatutnya setiap penerbangan harus dilaporkan semua penumpang dan bagasi kepada pihak berkuasa, tetapi dalam penerbangan tersebut penumpangyang dikatakan pada peringkat awal sebagai pembantu juruterbang itu tidak punya rekod lengkap. Apa bagasi dibawanya ? Adakah letupan itu ada kena mengena dengan bagasi yang dibawanya ?
14. Helikopter yang nahas itu model Eurocopter AS365 n2. Sejarahnya model ini mengalami pengubah suaian apabila Airbus ambil alih Aerospatiale dan kemudian upgrade helikopter model ini dari 1 enjin kepada 2 enjin. Airbus dalam memperkatakan kemampuan helikopter ini menyatakan its capable of travelling long range, well suited to operating in climates of a high ambient temperature or at location of significant altitude. Jadi hanya terbang dari Kuantan dalam cuaca baik dan ia tiba – tiba meletup tanpa panggilan kecemasan dari juruterbang, hanya mampu diperjelaskan adakah ia diletupkan ? Adakah ini berkaitan pertembungan politik yang beliau terlibat ditengahnya ? . Pihak berwajib harus tampil menjelaskan perkara ini dan penyiasatan serta keadilan buat mangsa perlu diperlihatkan.
15. Al fatihah dan doa buat orang yang pernah ku kenali, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis tenanglah kau di sana. Moga Allah mengampunkan dosanya dan dosa – dosa kita semua. Moga Allah menerima amal baiknya dan amal baik kita semua.
Tulisan : che’GuBard
Dan mereka berkata kepada kulit mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.
ReplyDeleteKamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.
ramai orang suka sebut pencipta tapi kerja buat macam tak takut pun kat pencipta
apa pun didunia ini bolelah belakon
disana nanti lemah longlai ketakutan yang amat sangat
Cuba kita kembalikan ingatan Tragedies Datuk Yahya bekas Empunya Proton.Kes yg lebih kurang sama.sampai lah ni tak selesai.
ReplyDelete