Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 24, 2015

Tempo kata sumber berita mereka sahih dan dipercayai

TEMPO pertahan laporan kemewahan Najib, Rosmah
 | April 24, 2015
Pengarang Tempo mendakwa artikel itu ditulis berdasarkan sumber maklumat dipercayai yang dipilih secara cermat.
najib tempo
PETALING JAYA: Majalah Tempo mempertahankan artikel yang mengulas kemewahan Perdana Menteri dan isterinya kerana menggunakan sumber berita yang dipercayai.
Pengarang Kanan Tempo, Puwanto Setiadi berkata, pihaknya memilih secara cermat sumber berita sebelum menyiarkan gaya hidup mewah Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
“Seperti sebelumnya, kami akan memilih sumber (berita) dengan secermat mungkin.
“Sehingga kini kami percaya dengan sumber-sumber yang kami gunakan,” katanya, lapor Malaysiakini.
Puwanto berkata, dalam artikel itu pihaknya turut menyiarkan ulasan Pejabat Perdana Menteri berhubung dakwaan kemewahan hidup Najib dan Rosmah.
Susulan laporan itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mahu mengadakan perjumpaan dengan Pengarang majalah itu untuk menerangkan kedudukan sebenar termasuk latar belakang Perdana Menteri.
Mengulas perkara itu, Puwanto berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Zahrain dan sedia mendengar penjelasan versi Zahrain.
Tempo menyiarkan artikel berkaitan gaya hidup mewah Najib dan Rosmah dalam edisi khas sempena Ulangtahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika di Bandung.
Rencana bertajuk “Hidup Mewah Sang Perdana Menteri’ turut mendakwa gaya hidup yang dipaparkan tidak setanding dengan gaji yang diterima Najib sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.
Artikel itu turut mengaitkan kekayaan luar biasa anak tiri Najib, Riza Aziz.
Dia dikatakan membeli dua unit kondominum di tengah-tengah kota New York berharga ratusan juta ringgit.

3 comments:

  1. Anwar dalam penjara Tak mungkin Anwar yang mempengaruhi tempo memburukan Najib

    Siapa yah?

    ReplyDelete
  2. Kalau sebelum ini gaya hidup Rosmah Najib macam sekarang sudah tentu Mahathir tak sokong Najib

    Tapi antara Najib dengan Hj Hadi bezanya ialah Najib berubah jadi mewah setelah jadi PM Yang Hj Hadi berubah jugak tapi jadi munafik setelah masuk hospital

    ReplyDelete
  3. Hadi itu hanya lah Alat untuk di cemuh rakyat

    Kerja kehancuran PAS oleh UMNO dan setan nya UMNO di lupa Rakyat


    Rakyat yang BODOH biarkan di tipu Hadi dan Najib

    Mereka berdua merancang ke untongan nekaf se belum KIOK

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa