Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 11, 2015

1MDB: Satu lagi pendedahan

Bank kedua di Singapura dikaitkan dengan 1MDB, kata akhbar
Published: 10 April 2015 4:49 PM
Menurut Business Times Singapura, bayaran AS$20 juta dipindahkan dari satu akaun cawangan RBS Coutts Singapura kepada akaun Tarek Obaid pada tahun 2009 adalah 'brokers fees' (yuran orang tengah) yang dibayar ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada Tarek untuk sebarang pelaburan dari Timur Tengah ke dalam Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015.

Business Times Singapura hari ini mendakwa memperolehi dokumen mengesahkan penglibatan satu lagi bank negara itu dengan firma pelaburan bermasalah milik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akhbar itu mendakwa sejumlah AS$20 juta dipindahkan dari satu akaun cawangan RBS Coutts Singapura kepada akaun Tarek Obaid pada tahun 2009.
Menurut Business Times, bayaran AS$20 juta itu adalah 'brokers fees' (yuran orang tengah) yang dibayar ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada Tarek untuk sebarang pelaburan dari Timur Tengah ke dalam Malaysia.
Tarek ialah ahli perniagaan Arab Saudi merangkap pengasas PetroSaudi International (PSI) - pemilik usahasama bernilai AS$2.5 bilion dengan 1MDB pada tahun 2009. 
Bayaran itu didakwa dilakukan selepas usaha sama tersebut dimeterai.
Usaha sama itu menyaksikan 1MDB membayar AS$1 bilion kepada PSI dan sebagai timbal balas, PSI menyerahkan aset bernilai AS$2.7 bilion kepada 1MDB.
Baru-baru ini, 1MDB dilaporkan menebus AS$1.1 bilion dari Kepulauan Cayman dan menyimpan dana tersebut di BSI Singapura, satu unit pengurusan aset Switzerland di Singapura.
Putrajaya dalam pengumumannya berkata dana itu disimpan di BSI untuk "melancarkan pengeluaran dengan lebih mudah.
Ini kerana Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan syarat bahawa sebarang pengeluaran melebihi RM50 juta perlu mendapat kelulusannya.
Jabatan Peguam Negara kini sedang meneliti akaun-akaun 1MDB selepas badan itu ditimbuni hutang sehingga RM42 bilion di samping dakwaan urusniaga-urusniaga meragukan.
Penguatkuasa Kewangan Singapura pada bulan lalu berikrar akan menyokong penuh sebarang usaha dalam bidang kuasa undang-undang  untuk sebarang siasatan audit.
Laman pembongkar rahsia Sarawak Report sebelum ini pula melaporkan yang Tarek pada tahun 2009 mengeluarkan satu surat tuntutan kepada syarikat usaha sama itu, 1MDB-PetroSaudi Limited.
Surat itu menuntut dana sebanyak AS$700 juta dipindahkan kepada akaun bernombor 11116073 di RBS Couts Bank Ltd di Zurich, Switzerland.
Surat itu juga mendakwa akaun tersebut didaftar di bawah nama syarikat dikenali sebagai Gold Star Limited yang dikawal ahli perniagaan Taek Jho Low.
"Ini bermakna dana itu yang dikatakan dibayar semula kepada PetroSaudi sebagai sebahagian daripada usaha sama itu sebenarnya dipindahkan Tarek Obaid kepada pihak ketiga iaitu Good Star Limited," lapor Sarawak Report.
Sarawak Report memetik satu salinan perjanjian pinjaman berjumlah AS$700 juta dari PetroSaudi Caymans Holdings kepada 1MDB-PetroSaudi. – 10 April, 2015. - sumber

1 comment:

  1. Yang perlu di tanya kenapa melalui Bank2 di Singapore ????

    Walhal semua bank terbesae dunia ada pejabat di Kuala Lumpur ????


    Ada yang tak kena ????

    Kenapa tak pilih bank di Hongkong ke atau Dubai ????

    Kalsu Presiden Zimbabwe ada gambar2 1 Mat Dah Bahalol dengan Tuya Tuya , mungkin akan ter libat pula Bank di Zimbabwe macam Zenith Bank ?????


    Ini kes kes jalanan melibat orang orang Bahalol patut boleh selesai dalam 3 hari saja di Mahkamah.

    Ada BON BON ke ????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa