Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 14, 2015

Transfomasi ketara PAS

Manusia pelastik memang ada dalam PAS?
TUESDAY, APRIL 14, 2015
Hj Hadi tidak buat apa-apa walaupun budaya fitnah memfitnah dan label melabel berleluasa sesama ahli didalam PAS. Malah Hj Hadi sendiri tumpang semangkuk ikut kelaku memfitnah dan melabel 'Barua' dan 'Broker' kepada dua ahli PAS yang jelas telah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ekoran isu MB Selangor tahun lalu.

Kejadian demo sekumpulan pemuda dari Kuantan Pahang, apabila Hanifa Maidin bertanya mengenainya, Hj Hadi menjawab tidak tahu mengenai kejadian tersebut waima beliau berjalan dicelah-celah pendemo dengan placard mengecam Dr Hatta dan beberapa pimpinan PAS lain supaya meletakan semua jawatan dalam parti.

Hj Hadi langsung tidak menegur perbuatan tidak sopan bila timbalannya, Hj Mat Sabu diaibkan oleh segerombolan 50 budak yang kencing berjemaah sewaktu dia mula berucap di perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi Johor yg baru lepas. 

Hj Hadi juga hanya diam seribu bahasa bila 'doa laknat' dikumandangkan ketika Muktamar PAS ke-60 lepas. Episode tersebut tentunya sangat mengguris perasaan Mat Sabu hingga dia menempelak segala kelakuan tersebut dengan ungkapan sinis, "Saya bukan orang pelastik, sedikit sebanyak tersentuh juga perasaan saya..." 
Sekarang kita semakin sedar, rupa-rupanya dalam PAS kita ini memang ada 'manusia pelastik'. 
Wakil Kuala Kedah, Ust Ridzwan Abu Bakar menuntut agar tindakan  dikenakan ke atas Azhari Ariffin yang membacakan doa laknat kepada timbalan presiden pas dan 2 adun selangor serta pro-pakatan rakyat.(Transkrip doa klik  di sini)

Manusia pelastik walaupun menyerupai rupa manusia sebenar, hakikatnya ialah benda mati yang tugasnya hanya sekadar “ada” tanpa deria yang berfungsi yakni sensitif terhadap perubahan persekitaran.    
Ada mata, tapi tidak nampak. Ada telinga tapi pekak badak. Ada hidung tapi tak menghidu. Ada lidah tapi kelu. Ada kulit tapi keras kematu ....

Itulah antara ciri-ciri yang ada kepada manusia pelastik yang langsung tidak sensitif terhadap apa yang sedang berlaku dipersekitarannya.    

Malah orang-orang yang ada disekelilingnya juga adalah manusia-manusia robot pelastik yang tidak tahu menegur Presiden yang lemah tetapi hanya pandai mengampu!  - sumber

12 comments:

  1. Broker, barua, pil kuda dan u-turn je hujah macai-macai ni...carilah hujah yang lbh besar dan kukuh yang boleh meyakinkan ahli akar umbi untuk tolak TGHH. Tak terkesan la dengan lirik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangang.. kalau perangai hj hadi yg macam tu pun engkorang rasa masih layak lagi memimpin jemaah islam.. maka jangan lah komen apa apa kesalahan pemimpin dari jamaah bukan islam..

      Delete
  2. Hadi ini Jenama Munafik

    Cukup lah.

    Ahli PAS tidak akan memilih Munafik sebagai pemimpin mereka

    Ingat lah ajaran Nabi SAW

    NO! Kepada MUNAFIK

    ReplyDelete
  3. Cuba buktikan secara detail munafik yang dimaksudkan. Sejauh mana kamu kenal TGHH? Habis yang tolak hudud tu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bongok.. org ramai bukan tolak hudud tapi org tak konfiden dgn hj hadi yg nak laksanakan hudud.. pemimpin tak ada maruah.. macamana nak pikul tanggungjawab sebesar hudud.

      Delete
  4. kau pun bodoh juag.apakah hanya hujah tolak hudud Pas dah jadi munafik? Nauzubiilah.Hudud yang kau kata tu hanya hdudu yang tak lengkap.bila orang persolakan kau terus tuduh.apa punya akal mamat ni

    ReplyDelete
  5. Kalau kamu cerdik itu bukan hujahnya, berhujahlah dengan fakta yang menyakinkan, tuduhan munafik itu amat berat, perincikan tuduhan kamu, guna akal jgn guna nafsu. Kebodohan berpanjangan akan menyebabkan kamu jadi manusia yang sia-sia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Munafik ni cakap dusta.. cakap berbalik balik... hari ni setuju..esok tak setuju... dulu tuduh umno (bukan org umno) kafir sekarang umno dah okay..
      bila diberi amanah dia mungkir.. diamanahkan jadi ahli parlimen... tapi ponteng

      Delete
  6. Kalau kamu tak faham tentang hudud eloklah kamu belajar dulu, jangan gunakan kebodohan kamu untuk memunafikkan seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu tak faham isu.. tak ada siapa yg tolak hudud.. yg org takut sipelaksana hudud ni tidak boleh dipercayai

      sudah sudahlah.. kalau tak ada kebolehan memimpin.. berhentilah.. menambah dosa sendiri dan dosa org lain

      ada fahamkah?

      Delete
  7. Semua hujah kamu diatas tidak menunjukkan keperibadian sebenar TGHH, kamu belum kenal lagi cuma kenal nama je. Jom datang sini dengar kuliah TGHH maghrib hingga ke subuh baru kamu faham. Tidak terkesan langsung.

    ReplyDelete
  8. Kahkahkah pasmacai, base jenis bod do dok dapat diajo kata UAI. Hukumang kepada pesalah hudud bukan TGHA yang tentukang....kahkahkah bod do la...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa