Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 21, 2015

Aku setuju dengan Wardina, ajaran Islam dari mana entah

Wardina minta maaf kepada penganut Kristian
 | April 20, 2015
Wardina menganggap perbuatan penduduk Islam di Taman Medan membuli golongan minoriti yang menggambarkan mereka bukan umat Islam yang sebenarnya.
wardina-safiyyah
PETALING JAYA: Selebriti Wardina Safiyyah memohon maaf kepada penganut Kristian susulan kekecohan yang berlaku di Taman Medan pada Ahad lalu.
Dia juga menyatakan rasa kesal dengan perbuatan saudara seagamanya yang seolah-olah membuli golongan minoriti.
“Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya.
“Kepada umat Islam di Taman Medan, sikap anda tidak menunjukkan yang anda umat Islam yang sebenar-benarnya,” katanya di laman Facebook.
Wardina yang sedang menyambung pelajaran di Australia berkata, dia memahami perasaan menjadi golongan minoriti yang sering ditindas tanpa alasan yang wajar dan jelas.
“Saya tahu bagaimana rasa menjadi golongan minoriti dan bertapa sakitnya bila dibuli hanya kerana keimanan kita terhadap agama dan erti sebenarnya apabila kita mendapat sokongan daripada orang yang bukan beragama Islam dan bersama dalam solidariti,” katanya.
Di Australia, katanya, jika bukan Islam menyokong umat Islam, mereka akan berasa sangat bersyukur.
“Jadi, saya harap kami dapat menghulurkan sokongan kepada penganut Kristian apabila mereka di layan dengan begitu biadap oleh sebilangan ‘saudara seislam kami sendiri,” tulisnya.

Isu berkaitan: Walaupun dia Cina, saya tidak mahu dia dipukul- Jannah

8 comments:

  1. macam mana rasanya saudara Islam kita serata dunia dihina dipukul dibunuh hanya kerana Islam
    penjajah british bawa masuk agama apa kat negara ni kenapa tak lawan masa tu
    marah salib konon tak perasan ka yang ramai antara kita perangai pun macam orang salib

    ReplyDelete
  2. Anon 12.32 AM

    Betul.....kenapa tak lawan masa tu? Bahkan mereka(dari puak ni) yang mengagungkan British dan ikut cara mereka. Tanyalah datuk nenek UMNO tu!

    ReplyDelete
  3. Yang mengamuk tu bebudak bahalol saja , masjid pun tak jengok kot jauh lagi 5 waktu pun tak ikut betul betul

    Orang melayu memang emosi tu jadi bahalol di main main pemimpin bahalol mereka

    Muka pemimpin bahalol pun di sangks bijak

    ReplyDelete
  4. Demo depa tu ada tak kena panggil macam Khalid Samad ke? Atau sebab salah sorang demo tu saudara tua geng macam drama Berak Khas... maka tak payah panggil pukul 3 pagi untuk ke balai.

    ReplyDelete
  5. Jelas termaktub dlm perlembagaan bahawa agama islam adalah merupakan agama rasmi Persekutuan Malaysia dan pd masa yg sama penganut agama lain juga bebas menganuti agama masing2. Itu dari sudut perlembagaan dan dari segi moralnya ia juga selari dgn ajaran islam itu sendiri. Selagi penganut agama lain tidak mendatangkan ancaman kpd agama islam, mereka adalah berhak untuk mengamalkan ajaran agama mereka.

    لكم دينكم ولي دين (Lakum dinukum waliyadin) Q:6/109, itu adalah antara ayat dari firman Allah jua, membawa maksud 'Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku'.

    ReplyDelete
  6. Dasyat......SALIB Taman Medan ni..!

    1. Sepanjang 25 tahun tinggal di bandar besar ni tak pernah pulak dengar orang masuk Kristian sebab nampak lambang Salib.

    2. Dari dulu hingga sekarang kalau memandu atau berjalan di bandar2 dan pekan2 kecil banyak lambang SALIB yang boleh di lihat tak pulak ada yang membantah.

    3. Orang2 Melayu ISLAM yang ramai2 memenuhi Kelab Malam di Jalan P.Ramlee, Hard Rock cafe dan Sekitar di bandar besar ni. Tak Juga dengar keluar dari ISLAM dan takda pulak orang2 Kg Medan atau mana2 NGO yang buat demonstrasi supaya di tutup pusat2 hiburan tersebut. Hard Rock Cafe KL Rakan Kongsi Melayu plak tu.

    4. Demonstrasi Salib tak nampak motifnya lebih pada Salib. Tapi nampak jelas lebih pada individu2 yang mempunyai tujuan lain.

    5. Kalau dilihat demonstrasi tersebut baru satu Malaysia tahu salah seorang adikberadik KP negara tinggal disitu. itu pun ada percanggahan press statment.

    Tapi perkara tersebut amat memalukan yang mana ramai dikalangan Rakyat di Malaysia ni tak hafal Rukun Negara. Rukun Iman lagi lah.....! kalau ingat Rukun Iman mesti tak jadi perkara yang mana berlaku di Kg Medan.

    Ingat ramai pelajar2 yang beragama Islam dari Malaysia sedang belajar di luar Negara jangan sebab perkara yang kurang bijak ni. pelajar2 kita jadi mangsa di sana. Ini zaman IT perkara ini cepat sampai dalam sekelip mata. jika ia berlaku orang patut di salah dan bertanggungjawab adalah orang2 yang mebuat kerja2 terlebih FAEDAH dan terlalu bijak yang buat demonstrasi.

    Siapa yang mengambil bahagian dalam DEMONSTRASI tersebut menunjukkan betapa teruknya Minda Orang2 Melayu Islam di Malaysia ni.

    Para2 Ulamak Dunia tak sedikit pun menyentuh soal Kristian atau Salib. malah menghormati antara satu sama lain.

    Jadi pada mereka mengikuti dan membuat demostrasi ini, berpandukan pada ajaran apa sebenarnya ?

    ReplyDelete
  7. Yang berdemo tu melayu, melayu tak semestinya islam dan beriman.

    ReplyDelete
  8. konon nak pertahan islam. akhirnya malu sendiri. ni mesti penyokong ketuanan melayu sama mcm kepala lembu. islam sendiri pun tak tentu terdiri. ustaz pas dok buat apa? pi tarbiah sikit org2 ni. kesian kat depa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa