02:30PM Apr 24 2015
oleh Lokman Mustafa
PENDAPAT: Ada satu pepatah Bahasa Inggeris yang berbunyi sebegini, "Kejayaan melahirkan rasa cemburu".
Apa yang cukup pelik, saya tidak dapat mencari peribahasa Melayu yang mempunyai makna yang sama, mungkin kerana orang Melayu lebih cenderung bersikap cemburu tanpa alasan yang jelas. Oleh itu, simpulan bahasa Melayu ‘cemburu buta’ telah dicipta.
Bagaimanapun, penulisan ini bukannya cubaan untuk memahami jiwa Melayu, tetapi melihat kepada perebutan politik antara presiden Umno semasa, Najib Razak dan bekas presidennya, Dr Mahathir Mohamad.
Telah pun diketahui bahawa Najib kini sedang menghadapi kritikan Mahathir.
Walau bagaimanapun, jika Najib boleh menahan tekanan yang belum pernah terjadi sebelumnya ini, beliau akan mengukuhkan statusnya sebagai presiden Umno yang paling berjaya dalam era Umno Baru, sejak Mahathir sendiri.
Dan saya menganggap Mahathir tidak mahu ini berlaku.
Dalam sebuah artikel yang dipaparkan dalam Semut Harian, V Shuman menulis bahawa doktor kelahiran Kedah ini percaya yang ramai pemimpin Umno menyokong Najib kerana rasa takut.
“Sokongan yang ditunjukkan untuk Najib oleh 'kumpulan tertentu' bukan diberikan kerana mereka menyokong 1MDB.
"Mereka takut. Sesetengah berkata kepada saya mengenai 1MDB dan meminta saya melakukan sesuatu mengenainya.
"Sekarang mereka yang tidak menyokong Najib sedang terancam," tulis Mahathir.
Saya tidak fikir 'takut' adalah faktor tepat mengapa kebanyakan pemimpin Umno menyokong Najib.
Sebenarnya, ahli-ahli Umno Baru belajar makna perkataan itu semasa era Mahathir, apabila sejumlah 106 ahli-ahli politik berprofil tinggi, aktivis, ahli akademik dan pengamal media telah ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Oktober 1987.
Malah pengkritik-pengkritik Mahathir dalam parti beliau sendiri turut berasa takut.
Malah, Pentadbiran Mahathir terkenal kerana penindasannya terhadap pembangkang, dengan lebih 60 individu yang dipercayai terlibat dengan apa yang kononnya digelar Kumpulan Malaysia Malaysia (KMM), dikurung dari tahun 2001 hingga 2002.
Walau bagaimanapun, selepas Mahathir meletak jawatan pada tahun 2003, ahli-ahli Umno tidak lagi takut terhadap presiden mereka.
Jadi, bagaimanakah Najib mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin parti Melayu itu termasuk dari perdana menteri terdahulu, Abdullah Ahmad Badawi, anda mungkin bertanya?
Dua perkataan: salahsilah dan reputasi.
Ahli-ahli Umno Baru melihat Mahathir sebagai seorang presiden yang mengasaskan parti mereka, berani memimpin negara selama 22 tahun dan tidak takut untuk bersuara terhadap Barat.
Apabila beliau berada di pucuk pimpinan, Malaysia berjaya memajukan dalam sektor perindustrian. Modal insan menyaksikan pertumbuhan yang besar dengan lebih banyak universiti-universiti awam dibuka dan sebahagian besar rakyat Malaysia, terutamanya dalam komuniti-komuniti yang tertinggal, mampu mendapatkan pendidikan sehingga ke peringkat pendidikan tinggi.
Mahathir melakukannya dengan cara beliau sendiri.
Tetapi ahli-ahli politik Umno nampak pada Najib, sesuatu yang ada Umno lama, iaitu elitisme.
Dan tanpa golongan elit mereka, siapakah Umno?
Cuba bayangkan PAS tanpa puak ulama atau PKR tanpa keluarga Anwar Ibrahim, dan anda akan fahaminya.
Jadi adakah Mahathir akan dapat menyingkirkan Najib, semudah seperti yang dilakukannya dengan Abdullah Badawi?
Jelas sekali, jawapannya adalah tidak.
Sebagai anak lelaki sulung perdana menteri kedua, Najib memahami kuasa dengan baik dan pasti akan menggunakannya terhadap mereka yang bercita-cita untuk menjatuhkannya dalam Umno.
Apabila Najib berjaya mengatasi gelombang kritikan daripada Mahathir, maka beliau akan dapat menerajui parti Melayu itu dengan lebih lama, dan ini adalah sebab sebenar mengapa Mahathir menggesa beliau untuk meletak jawatan.
Tambahan pula, Mahathir marahkan Najib kerana tidak membawa kembali era "Mahathirisme".
Beberapa pihak dalam Umno sudah pun mengatakan yang mereka lebih gemarkan 1Malaysia Najib, daripada Wawasan 2020 Mahathir.
Najib memberi BR1M, sedangkan Mahathir tidak mempunyai mentaliti 'wang adalah segalanya'.
Najib melantik Christoph Mueller sedangkan pada zamannya, Mahathir akan melantik seorang ketua pegawai eksekutif berbangsa Bumiputera untuk memimpin Malaysia Airlines.
Dan yang paling penting, gaya hidup Najib adalah berlawanan dengan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah' Mahathir.
Jadi pertembungan ini sebenarnya adalah di antara lelaki yang telah membentuk Umno Baru dan seorang elit sejati parti Melayu itu, dengan kelebihan berada di pihak Najib.
Tetapi bagi rakyat Malaysia yang bukan ahli parti, soalan yang lebih penting adalah, adakah kita akan memberikan Najib satu lagi kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang?
TunMahathir sudah lepasi zaman cemburu
ReplyDeleteZaman Tun sekarang seperti zamanAyah dengan Anak
Mustahil Tun jenis cemburu si lihat tidak pernah miss sholat jumaat di masjid negara dari dulu dulu lagi , zaman menongkat langit bagi Tun mungkin sudah lepas
Mat Mongol pulak selalu hilang ke mana pun tak tahu sejak dulu dulu lagi
Dengan size badan besar , lagi liat nak sholat waktu jauh lagi sholat jumaat sama jemaah
Gagal jaga sholat macam mana nak kawal nafsu , jauh lagi menolak ajakan setan menongkat langit
Ini semua common sense
Tun Mahathir semesti risau negara Bankrap di bawah Mat Mongol dengan hutang negara 800 bilion di tambah 1 Mat Dah Bahalol 42bilion
Saham Felda pun dah jadi 1,15 lagi murah fari air mineral 500ml
Bidoh lah Mat Mongol
Jadi sebab nak gaya bangsawan dalam umno lah ketua ketua umno sokong Najib
ReplyDeleteSesiapa yang jadi ahli umno adalah kelas bangsawan Ulamak yang cenderung pada umno pun kelas bangsawan
Dua tiga kerat yang darjat bangsawan semua nya dalam umno kelas bangsawan Nanti yang pasang bendera gotong royong pendatang Tak kan bangsawan pulak nak buat Apa kelas
Nak minum kat warung makcik leha yang bukan ahli umno (sebab kalau bangsawan makcik leha tak berniaga warung) jatuh lah kelas bangsawan
Ini bukan bangsawan tapi bangsatwan!
Anon 8:17 PM
ReplyDeleteMaafkan saya kerana saya tak tergamak nak publishkan komen saudara/ri kerana terlalu agak terlalu kasar walau ada satu komen mungkin dari saudara/ri ada saya published sebelum ini.
Kalo negara bangkrap aku akan caci penulis ini dan keluarganye skali . Biar sampai dihina
ReplyDeleteCakap Tun betul. Ramai sokong PM sebab takut. Bukan takut kat dia. Tapi takut kat bini dia.
ReplyDeleteKetakutan yang sangat berleluasa.
Tak percaya?
Mulakan dengan bertanya pada orang gomen dan penjawat awam.
Dapatkan jawapan dari mereka.