Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 12, 2015

Kan aku dah kata.......!

Tektik lama......bila kena belasah
Akhbar yang salah petik!

Ismail: Saya tidak samakan Najib dengan Allah
mk - 5:14PM - 12 Apr 2015

Menteri Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan sebuah laporan akhbar Sabah bahawa beliau berkata tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti tidak mempercayai Allah.

Beliau mengulas satu artikel Daily Express bertajuk 'Umat Islam tidak percaya Najib tidak percaya Allah', berhubung Najib bersumpah tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
"Itu tidak benar, dalam ucapan saya, saya berkata Najib telah bersumpah dalam masjid, 'Wallahi, Wabillahi, Wattalahi' (bersumpah dengan nama Allah sebagai saksi).

"Sebagai seorang Muslim, kita harus percaya kepadanya dengan sumpahnya," katanya melalui satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Keratan laporan The Daily Express sedang tersebar di media sosial dengan ramai yang mengkritik Ismail sebagai pembodek.

Najib pada wawancara yang dirakam dengan TV3 pada Khamis berkata beliau bersumpah laknat pada 2008 bahawa beliau tidak tahu Altantuya.

Beliau dengan tegas menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan pada 2006, yang menyaksikan badan Altantuya diletupkan dengan bahan letupan.

14 comments:

  1. kalau nak bodek berpada2 lah. Jgn sampai lari akidah sudahlah...kan nanti ditimpa bencana yg seteruk2nye...baru padan muka..

    ReplyDelete
  2. Senang nye...lepas ni apa kes pun jom kita sumpah jer... YANG DITANYA ; SIAPA ARAH? BUKAN KENAL KE TAK KENAL!!! PENYOKONGNYA PULAK BODOH PIANG... TAK FAHAM FAHAM APA AKIBAT 1MDB.... DSBnya. (Dr.G)

    ReplyDelete
  3. "Senang nye...lepas ni apa kes pun jom kita sumpah jer..."

    Senang?? Apsal Anwar taknak sumpah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah dengan bersumpah maka DSAI akan dibebaskan tuduhan dan tidak akan dihumban ke penjara? Jika bersumpah sahaja sudah cukup untuk membebaskan diri dari sebarang pertuduhan sudah pasti telah ramai banduan pernah bersumpah tetapi tetap menerima pertuduhan di mahkamah.... cuba bersumpah tengok di depan polis trafik bila kau kata kau tak langgar lampu merah sedangkan dia kata kau memang langgar.... tengok laku atau tidak sumpahmu itu.

      Delete
  4. Saman saja kalau surat khabar salah tulis

    Orang UMNO semua tahu jenis penipu

    Wartawan tak menipu

    Wartawan menipu sudah masok politik UMNO BN dah

    ReplyDelete
  5. Kenapa tahap menteri punya pemikiran mcm ni...adoiii..

    ReplyDelete
  6. kalau dengan sumpah tak kena heret kat mahkamah ok jugak
    kalau tak yakin dengan ayat ayat Quran apa pulak
    tak pecaya sapa pulak

    ReplyDelete
  7. Sanggup memperbodohkan diri sendiri semata-mata kerana nak bodek dan mempertahankan ketuanyabyang durjana.

    ReplyDelete
  8. makin lama makin teruk

    ReplyDelete
  9. Inilah sepertimana yang dikatakan, sesat lagi menyesatkan.

    ReplyDelete
  10. Siafool pun bersumpah 9 kali kena liwat tanpa rela, apa pula sampai 9 kali kena tapi tak rela, cuba cerita sikit! Macam itu Shafee punya kelentong kat hakim2 dulu daaa...

    ReplyDelete
  11. Semua pemimpin UMNO dah jadi sewel dek kerana Mahadey naik minyak dulu dia tak pernah pun ambik pot tentang hal-hal rakyat yang di-sokong pembangkang tapi dek kerana dah bosan dengan layanan najib padanya maka dengan sendirinya pelabuhan kontena export impot dia berpindah dari pot kelang kepada pot pembangkang pula horey badapbedu kita tunggu.

    ReplyDelete
  12. Boleh rosak akidah nih...nauzubillah..

    ReplyDelete
  13. ai md...

    sejak bila percaya surat kahabar nih?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa