Hadi Awang nafi sokong POTA
mk - 12:26PM - 11 Apr 2015
Pejabat Presiden PAS berkata laporan Bernama yang memetik Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perkata parti itu menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 adalah tidak benar dan bercanggah dengan kenyataan sebenar presiden PAS itu.
Laporan Bernama itu memetik Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang media di Rusila di Marang semalam.
"Dalam sidang media yang menjadi sumber berita tersebut, presiden PAS menyatakan bersetuju menentang keganasan kerana pada dasarnya itulah yang disebut dalam Islam," jelas Dr Ahmad Samsuri.
"Manakala membawa masuk keganasan ke dalam negara adalah dilarang oleh Islam.
"Dasar untuk menghalang keganasan adalah bertujuan untuk mengelakkan fenomena islamfobia terus dijaja dalam dunia Islam.
"Walaupun begitu, PAS tidak bersetuju dengan kerajaan dalam sudut teknikal undang undang yang telah dibahaskan panjang lebar sebelum ini," tambahnya.
Dengan penjelasan ini, kata Dr Ahmad Samsuri, pejabat presiden PAS berharap, laporan itu tidak lagi mengelirukan penyokong dan pendokong PAS seluruh negara.
Menurutnya, rakaman sebenar sidang media presiden PAS itu boleh dilihat dan telah disebarkan ke dalam media maya untuk pengesahan lebih lanjut.
Kalau sudah darah daging MUNAFIK , sampai KIOK pun ada sikap MUNAFIK tu.
ReplyDeleteKalau Hadi , siapa ada kesah
Yang rugi hanya lah Melayu Melayu yang miskin papa kedana di kampong kampong yang ada dalan jutaan
Pilih pemimpin perlu guna Otak ; tak guna ikut membuta tuli bagai Keldai dan Unta
Nabi SAW pun tak suroh umat nya hidup ikut gaya Keldai dan Unta
Bhai MountDweller...
ReplyDeleteKalo Bernama salah quote atau buat fitnah... aper lagi tunggu... saman la kalu brani.... Hahaha
org alim dah pusing belit
ReplyDeletePerkara yang tak pasti kalau diwartakan ianya menjadi fitnah, apabila fitnah disebar maka yang menyebarnya itu mungkin tidak tahu fitnah tu berdosa atau fitnah tu dah jadi makanan kepada penyebar fitnah. Na'uzubillah.
ReplyDeleteApa bezanya bernama dgn admin, greenboc, alhussyen, tulang besi , dan macai ? Semuanya putar alam !
ReplyDelete