Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 6, 2015

Adiana Baizieva rupanya rakyat Kyrgyzstan dan dituntut keluarga

Mayat Adiana Baizieva Dituntut Adiknya Bersama Pegawai Kedutaan Kyrgyzstan
Seorang ahli keluarga Aidana Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menuntut mayat wanita tersebut. 

Difahamkan gadis tersebut yang juga adik Baizieva sedang mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu. 
Dia tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin dan ditemani seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan.

Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka. - mstar 


LAPORAN GB SEBELUM INI 

Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan. 
Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.

Ada yang menyatakan bahawa beliau ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan.    
Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier. - sumber GB

14 comments:

  1. Bagitu mudah sekai rakyat asing masuki malaysia hingga mati baru dapat dikesan hinggakan pengenalan diri pun tidak dapat dikesan darimana kedatangan mereka.Malaysia oh malaysia negara ku.

    ReplyDelete
  2. Jeng jeng jeng...cepat save kan rekod kemasukan di Imigresen kang hilang pula tiba-tiba....

    ReplyDelete
  3. Jangan ada ganbang dalam heli tu dah le

    ReplyDelete
  4. Minah ni duduk depan ke duduk belakang. Aku rasa yang duduk sebelah pilot tu mungkin pengawal peribadi JJ.

    ReplyDelete
  5. Malaysia semua boleh...sorok2 pun x per..hehehe..

    ReplyDelete
  6. Malaysia..malaysia...nak buat apa pun semua boleh..dulu mongolia..ni..tan ..tan..pulak..hehe..

    ReplyDelete
  7. Malaysia..malaysia...nak buat apa pun semua boleh..dulu mongolia..ni..tan ..tan..pulak..hehe..

    ReplyDelete
  8. Escort Service pulak mat salih kapir harbi customer umno

    ReplyDelete
  9. INI PUN BAHAN PENYEDAP JUGA KOT MACAM AL TANTUYA DAH BUNTING NAK KENA BUNUH PULAK LE.PUAK NI PUNGUNG PUN DIRABA APA NAK HH JADI DUTA DI AMERIKA PULAK TUAIRAN NAJIB BOLE

    ReplyDelete
  10. JGN TUDUH MENUDUH
    TAK BAIK,,,,INI MEMANG KEPAKARAN RAKYAT MALAYSIA.....DULU INI KERJA ORG PEREMPUAN
    TAPI SKRG LAKI2

    ReplyDelete
  11. Arwah pompuan escort ke ????

    Padan lah kopter hancur , kalau betul ada macam escort service

    Negara kita dah kotor sangat

    Tau tau nak ngentor saja

    ReplyDelete
  12. KEPAKARAN KERAJAAN.... SEMBUNYI FAKTA/PUTAR BELIT/......

    Jangan salahkan rakyat kalau ada yang menuduh.

    ReplyDelete
  13. kalau tak jadi siapa pun tak tau
    bila jadi baru tau
    jangan sasau

    ReplyDelete
  14. Tak tau la apa nak jadi ngan malaysia tercinta nih..banyak sngat bala recently..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa